window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenderaan EV jadi faktor baru dalam perancangan bekalan elektrik negara

Haris Ā· Nov 11, 2021 07:00 PM

Kenderaan EV jadi faktor baru dalam perancangan bekalan elektrik negara 01

Rentetan daripada pengumuman pengecualian cukai import, duti eksais dan cukai jalan serta rebat cukai pendapatan sehingga RM 2,500 untuk kenderaan elektrik bateri (BEV), topik mengenai kenderaan elektrik menjadi perdebatan di dalam dan di luar dewan rakyat.

Terbaru, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sedang merangka Dasar Tenaga Negara bagi memastikan bekalan elektrik negara mencukupi, lebih-lebih lagi di ambang era elektrifikasi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenderaan EV jadi faktor baru dalam perancangan bekalan elektrik negara 01

“Proses peralihan kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV) atau cekap tenaga (EEV) perlu dibuat secara berhati-hati,

"Strategi atau pelan galakkan pengeluar kenderaan tempatan bukan sahaja tumpukan kepada EEV tetapi juga secara hibrid.

"Ini juga antara langkah sedang dibincangkan dengan pihak industri dan kementerian supaya apabila kita beralih kepada EV atau EEV, menggantikan kenderaan enjin pembakaran dalaman, keperluan penggunaan tenaga negara perlu diberikan perhatian serius," katanya.

Kenderaan EV jadi faktor baru dalam perancangan bekalan elektrik negara 02

Selain itu, dalam menjawab persoalan lain berkaitan usahasama pembangunan EV di Malaysia, Azmin menjawab bahawa Malaysia dijangka memperoleh pelaburan daripada sebuah syarikat pembuatan kenderaan yang sedang beralih untuk memperkenal teknologi EV.

Beliau berkata, pelaburan tersebut merupakan hasil daripada pertemuan perdagangan bersama beberapa syarikat pembuatan kenderaan di dunia yang sedang beralih untuk memperkenal teknologi EV, di Eropah, baru-baru ini.

Kenderaan EV jadi faktor baru dalam perancangan bekalan elektrik negara 03

"Sebuah syarikat mengambil keputusan dan mengumumkan akan meletakkan pelaburan di Gurun, Kedah dalam masa terdekat. Ini akan memberi peluang kepada kita untuk mendekati teknologi hijau yang sedang rancak dijalankan," katanya.

Selain itu, beberapa jenama automotif tempatan nampaknya sudah mula mengorak langkah dengan menawarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) masing-masing. Antaranya BMW Malaysia dengan barisan model BMW iX dan BMW iX3, manakala Hyundai Sime-Darby Malaysia dengan Hyundai Kona Electric.

Baca: Bajet 2022: Tarikh luput 0% cukai import dan eksais bagi BEV – 2023 untuk CBU, 2025 untuk CKD

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Porsche Taycan RWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda