window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenderaan keluar masuk makin banyak, Woodlands di sempadan Johor-Singapura akan diperbesar

Faisal ยท May 27, 2022 04:00 PM

Kenderaan keluar masuk makin banyak, Woodlands di sempadan Johor-Singapura akan diperbesar 01

Seperti yang telah dirancang sebelum ini, Pusat Pemeriksaan Woodlands yang terletak di sempadan negara Singapura dan Malaysia akan dibesarkan sehingga ke Pusat Bandar Old Woodlands.

Inisiatif oleh kerajaan Singapura ini bertujuan untuk membendung bilangan kenderaan keluar masuk yang semakin meningkat sehingga berlaku kesesakan yang luar biasa.

Juga bacaSempadan buka, MB Johor pastikan SEMUA kaunter kastam dibuka untuk 400,000 pengunjung!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenderaan keluar masuk makin banyak, Woodlands di sempadan Johor-Singapura akan diperbesar 01

Kredit: news.sg

Menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Memeriksaan ICA, menjelang tahun 2050, jumlah kenderaan di Woodlands dijangka meningkat sehingga 40%. Dari segi purata, sebanyak 400,000 kenderaan akan keluar masuk Singapura setiap hari.

Kenderaan keluar masuk makin banyak, Woodlands di sempadan Johor-Singapura akan diperbesar 02

Kredit: The Singapore.

Kalau fasiliti tidak dipertingkatkan, masa perjalanan bagi trafik waktu puncak nanti akan bertambah sehingga 70%. Jadi untuk memperbesarkan Pusat Pemeriksaan Woodlands, 7 blok merangkumi 730 unit yang sudah dijual dan Blok 212 hingga 218 Marsailing Crescent/Lane akan diperoleh semula. Apapun, pampasan mengikut harga pasaran unit masing-masing akan diberi kepada pemilik kediaman.

Menariknya, mereka turut diberi pilihan untuk membeli pangsapuri baru dengan harga bersubsidi serta status pemilikan selama 99 tahun.

Kenderaan keluar masuk makin banyak, Woodlands di sempadan Johor-Singapura akan diperbesar 03

Kredit: SG Daily Press.

Secara amnya, projek pembesaran ini akan menambah lorong pelbagai yang memproses pelepasan kereta dan motosikal. Mengikut kiraan, masa perjalanan nanti akan pendek 4 kali ganda berbanding sekarang. Jadi kalau selama ini pada waktu puncak mengambil masa 60 minit, ia akan dipendekkan menjadi 15 minit sahaja.

Sumber: News Asia

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda