Kenderaan tanpa pemandu mula dikomersial di bandar Beijing, diuji sehingga jutaan km!


Sejak akhir tahun lepas, operasi dan ujian kenderaan tanpa pemandu telah mula dijalankan di Beijing, Chongqing, wuhan, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen. Secara amnya, kenderaan tersebut mempunyai petugas keselamatan yang duduk memantau di bahagian dalam.
Kalau anda nak tahu, setakat Mac tahun lepas, panjang jalan raya yang dibuka untuk ujian ini telah melebihi 5,000 km. Yang lagi mengagumkan adalah kenderaan itu sendiri telah mencatat perbatuan lebih 10 juta km.


Berkenaan bandar-bandar yang terlibat, ia dikenal sebagai Kawasan Pembangunan Teknologi Ekonomi. Penduduk setempat kiranya dapat menikmati perkhidmatan kenderaan tanpa pemandu itu dengan hanya menggunakan aplikasi, lebih kurang macam e-hailing tapi tiada pemandu.
Setakat ini, kerajaan China sedang menaik taraf sebuah jalan pintar kepada 3,500 km supaya teknologi kenderaan tanpa pemandu itu dapat mencapai pengiktirafan dunia dan pengunaan yang lebih menyeluruh.
Untuk makuman anda, pelbagai syarikat di China sedang menerokai teknologi ini dan yang paling banyak menggunakan teknologi kenderaan itu adalah Baidu.
Secara amnya, Baidu mula menerokai teknologi kenderaan tanpa pemandu sejak tahun 2013 lagi dan hasil ciptaan mereka iaitu Apollo L4 telah diuji mencecah perbatuan 45 juta km.


Apa yang hebatnya Baidu sekarang adalah mereka ada 3,477 paten kenderaan tanpa pemandu. Dari segi pengiktirafan, Apollo Baidu disenaraikan sebagai salah satu daripada empat perintis selama dua tahun berturut-turut oleh Guidehouse iaitu agensi penyelidikan terkemuka di dunia.
Juga baca: Geely bekerjasama dengan Baidu untuk hasilkan kereta elektrik tanpa pemandu
Sumber: Bernama


Faisal Penulis
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.