window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kerajaan Indonesia bakal umum harga Pertalite (RON90) yang baru, mungkin cecah RM 4.00/liter!

Faisal ยท Aug 24, 2022 07:00 PM

Kerajaan Indonesia bakal umum harga Pertalite (RON90) yang baru, mungkin cecah RM 4.00/liter! 01

  • Presiden Jokowi bakal umumkan harga baru buat Pertalite (RON90) pada minggu ini
  • Harga minyak dunia sudah naik dan kuota kerajaan sudah hampir habis
  • Harga minyak Pertalite boleh cecah 13,150 Rupiah seliter (~RM 3.98/liter)

Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo (Jokowi) berancang untuk mengumumkan penerapan harga baru buat Special Assignment Fuel Type (JBKP). Perkara ini melibatkan harga petrol Pertalite dan subsidi dari Pertamina.

Kerajaan Indonesia bakal umum harga Pertalite (RON90) yang baru, mungkin cecah RM 4.00/liter! 02

Luhut Binsar Pandjaitan.

Menurut beliau, harga mungkin berubah apabila State Revenue dan Expenditure Budget (APBN) dikaji semula, terutama setelah kuota subsidi bahan api habis. Menariknya, Kementerian Pelaburan dan Hubungan Maritim Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan berkata bahawa harga bahan api akan dinaikkan. Lagipun, Presiden Jokowi sendiri memberitahu bahawa sukar untuk mengekalkan harga sekarang.

Harga Pertalite boleh cecah 13,150 Rupiah seliter (~RM 3.98/liter)

Kerajaan Indonesia bakal umum harga Pertalite (RON90) yang baru, mungkin cecah RM 4.00/liter! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sementara itu, Kementerian Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto menjelaskan bahawa sekiranya Pertalite tidak disubsidikan, harga petrol RON90 itu tidak akan jadi 7,650 Rupiah seliter (~RM 2.31/liter) macam sekarang, tetapi 13,150 Rupiah seliter (~RM 3.98/liter).

Mengenai Pertamax (RON92) pula, harga kini adalah 12,500 Rupiah seliter (~RM 3.77/liter). Kalau ikut harga dunia, ia mencecah 15,150 Rupiah seliter (~RM 4.58/liter). Untuk diesel, kalau tidak disubsidikan, ia boleh naik sampai 8,500 Rupiah seliter (~RM 2.57/liter).

Subsidi bahan api dari kerajaan Indonesia sudah nak habis

Kerajaan Indonesia bakal umum harga Pertalite (RON90) yang baru, mungkin cecah RM 4.00/liter! 01

Menurut data dari Luhut, sehingga Julai 2022, penggunaan Pertalite telah mencecah 16.8 juta kilo liter. Kuota untuk tahun ini pula sebanyak 23 kilo liter. Jadi, tinggal 6.2 kilo liter sahaja.

Bagi anda yang belum tahu, situasi inilah yang berlaku di Malaysia dan kerajaan kita sedang mengetengahkan pendekatan subsidi bersasar iaitu untuk golongan yang berpendapatan lebih rendah.

Juga bacaKementerian Kewangan M'sia mahu pendapat orang awam tentang subsidi bahan api bersasar

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda