window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kerajaan Sarawak digesa hapuskan cukai 2.5% untuk tayar import

Mersita ยท Feb 2, 2021 06:00 PM

Kerajaan Sarawak digesa hapuskan cukai 2.5% untuk tayar import 01

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, tayar import yang dibawa masuk ke Sarawak dikenakan cukai 5 peratus bermula 1 Januari 2020. Dalam konteks jualan, cukai ini bernilai RM 10 untuk satu tayar kereta bawah 5 tan dan ia melibatkan semua tayar yang dibawa masuk ke Sarawak. Namun, setelah mendapat banyak tentangan dari ramai pihak, ia ditangguhkan berikutan impak pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Kerajaan Sarawak digesa hapuskan cukai 2.5% untuk tayar import 02

Pekeliling cukai jualan 5% untuk tayar oleh kerajaan negeri Sarawak yang diedarkan tahun lepas. Tayar basikal buruk pun kena, gais...

Namun, pada hujung tahun lepas, kerajaan negeri melalui Pengawal Selia Cukai Jualan Negeri (SST) telah bersetuju untuk menurunkan kadar cukai sebanyak 50 peratus ke atas tayar import berkuatkuasa 4 Januari 2021 sehingga diberitahu kelak. Penurunan tersebut turut diberikan untuk tayar yang dipasang pada kereta yang diimport ke Sarawak.

Cukai ini dikenakan oleh kerajaan negeri bagi tayar yang diimport ke Sarawak, selain daripada cukai jualan sedia ada yang dikenakan oleh kerajaan Persekutuan berjumlah 5 peratus dan tambahan cukai 5 peratus lagi bagi tayar yang diimport dari negara di luar Asean. Kerajaan negeri mempunyai autonomi untuk mengenakan cukai jualan tambahan 2.5 peratus ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kerajaan Sarawak digesa hapuskan cukai 2.5% untuk tayar import 01

MP Stampin Chong Chieng Jen. Gambar oleh Firdaus Latif

Walaubagaimanapun, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen semalam (1 Feb) berkata beliau menggesa kerajaan negeri untuk menghapuskan cukai jualan 2.5 peratus itu bagi meringankan beban rakyat Sarawak yang sudahpun bergelut dengan kesan buruk dari pandemik COVID-19 sejak tahun lepas lagi.

Kerajaan Sarawak digesa hapuskan cukai 2.5% untuk tayar import 02

Beliau berkata tayar amat penting bagi sektor pengangkutan, dan dengan cukai jualan yang dikenakan, ia pastinya akan memburukkan lagi inflasi dan membebankan rakyat. Kerajaan negeri tidak sepatutnya mengenakan kos tambahan terhadap peniaga dan konsumer, terutama sekali ketika menghadapi kepayahan ekonomi masa kini, katanya lagi.

Kerajaan Sarawak digesa hapuskan cukai 2.5% untuk tayar import 03

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu ketika pembentangan Bajet Sarawak 2021 yang anggaran pendapatan negeri Sarawak untuk tahun 2021 daripada hasil cukai adalah bernilai RM 4.742 bilion atau 47 peratus dari hasil pendapatan keseluruhan negeri itu. Cukai tayar menyumbang RM 10 juta daripada jumlah ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda