window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kerajaan Thailand mahu bayar pemilik kereta lama untuk menukar kepada kenderaan elektrik

Faisal · Sep 4, 2020 08:55 AM

Kerajaan Thailand mahu bayar pemilik kereta lama untuk menukar kepada kenderaan elektrik 01

Negara Thailand merancang untuk menjadikan industri automotif mereka lebih mesra alam. Kali ini, kementerian perindustrian Thailand mempunyai matlamat masa hadapan yang berpaksikan kegunaan tenaga elektrik. Perkara Ini diketengahkan melalui pengenalan insentif cukai yang menggalakkan pemilik untuk menukar kepada kenderaan jenis elektrik.

Insentif tersebut ditawarkan kepada kenderaan milik persendirian dan milik syarikat untuk menukar kereta lama kepada kereta yang lebih mesra alam ataupun kenderaan elektrik.

Kerajaan Thailand mahu bayar pemilik kereta lama untuk menukar kepada kenderaan elektrik 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rancangan ini dikhususkan kepada kereta terpakai yang berusia 15 tahun dan ke atas. Kerajaan Thailand berharap agar insentif ini dapat meningkatkan jualan kenderaan elektrik dan kereta baharu yang mematuhi piawaian Eco-Car seperti Honda City, Nissan Almera, dan Toyota Yaris Ativ.

Kerajaan Thailand mahu bayar pemilik kereta lama untuk menukar kepada kenderaan elektrik 01

Selain itu, kerajaan Thailand merancang untuk meningkatkan pengeluaran kenderaan elektrik sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan dalam tempoh 10 tahun. Menurut mereka, matlamat jangka pendek ialah untuk menghasilkan 60,000 – 110,000 unit kenderaan kerajaan, bas awam, motosikal teksi jenis elektrik dan lain-lain.

Di samping itu, mereka berharap agar negara memiliki lebih dari 300,000 unit kenderaan elektrik dan bas Smart City. Pada masa yang sama, matlamat utama kementerian perindustrian ialah untuk menghasilkan 750,000 unit kenderaan elektrik dalam tempoh 10 tahun.

Kerajaan Thailand mahu bayar pemilik kereta lama untuk menukar kepada kenderaan elektrik 02

Namun demikian, rancangan ini bergantung kepada pengalaman pemilikan kenderaan elektrik. Selain daripada insentif yang menggalakkan pertukaran daripada sistem pembakaran dalaman kepada sistem elektrik, kerajaan Thailand juga berhasrat untuk mengetengahkan aspek kualiti pada kenderaan elektrik.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda