window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V!

Haris Β· Jul 25, 2021 04:00 PM

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 01

Kenderaan 7-penumpang moden bukan lagi satu segmen yang terhad seperti zaman dahulu. Malah, pasaran ini juga semakin moden, meliputi fungsi, kelengkapan dan teknologi yang relevan bagi meletakkannya setanding dengan kenderaan jenis lain.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 02

BR-V lebih mirip crossover berbanding MPV

Dengan harga bawah RM 100k, pilihan kenderaan 7 penumpang sudah semakin banyak. Walaupun beberapa model seperti Toyota Avanza, Honda BR-V dan Perodua Alza masih ada dan semakin berumur, berita baiknya, model ini dijangka akan menerima kemaskini.

Oleh yang demikian, mari semak dulu apa yang mungkin akan ditawarkan oleh kenderaan 7-penumpang baharu sebagai pertimbangan anda!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda BR-V 2022 - Lebih SUV dari MPV!

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 01

Honda BR-V adalah antara model perintis bagi segmen ini. Kini tenggelam dengan saingan seperti Xpander dan Aruz, Honda dijangka akan menawarkan Honda BR-V generasi kedua tidak lama lagi. Ini diperkuatkan lagi dengan pratonton Honda N7X Concept di Indonesia.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 02

Pada awalnya Honda mengatakan bahawa N7X ini bukanlah Honda BR-V baru. Namun kenyataan tersebut semakin kabur apabila Honda didapati mendaftarkan tanda dagang ciri-ciri rekaan Honda N7X Concept di bawah nama BR-V.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 03

Honda BR-V generasi pertama

Aspel mekanikal nampaknya mengekalkan BR-V generasi baru pada bahagian trenkusas. Berdasarkan maklumat yang didaftarkan di 'JPJ' Indonesia ini, enjin 4-silinder 1.5-liter i-VTEC (120 PS, 145 Nm) dengan padanan transmisi automatik CVT sekarang akan tetap digunakan pada model generasi kedua kelak.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 04

Berdasarkan Honda N7X Concept pula, kelihatan ciri-ciri Honda Sensing bakal dilengkapi pada model Honda BR-V generasi baru. Perhatikan kamera kecil pada cermin sisi yang menandakan fungsi Honda Sensing.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 05

Model spesifikasi Malaysia pastinya tidak akan menggugurkan fungsi terbaru ini. Malah, ia juga mungkin mencatatkan skor ASEAN NCAP yang baik, kerana ujian tersebut kini lebih cenderung kepada aspek keselamatan sekeliling.

Bagi mereka yang berminat, anggaran harga sekarang iaitu RM 86,726 hingga RM 93,420 (harga tanpa SST) dijangka tidak akan berubah banyak atau kenaikan harga minimal.

Toyota Avanza 2022 - Tiada lagi 'tarik belakang'?

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 06

Model Toyota Avanza sedia ada mungkin tidak begitu popular berbanding generasi terdahulu. Namun, hal ini tidak bermakna Avanza akan berundur di dalam gelanggang pasaran ini. Malah, model Toyota Avanza generasi akan datang akan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Macam biasa, kerjasama dengan Daihatsu bukan janji tapi pasti.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 07

Toyota Avanza​​​​​​

Perubahan terbesar pada Avanza generasi baru nanti adalah ketiadaan transmisi automatik 4-kelajuan kuno dan pacuan roda belakang.

Kedua-dua aspek mekanikal tersebut adalah sesuatu yang tidak penting bagi pembeli Malaysia kerana pacuan roda belakang lebih sesuai untuk pembeli di pedalaman Indonesia yang mempunyai keadaan jalan yang lebih teruk.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 08

Enjin 1.5 liter NA pada Toyota Avanza

Terdapat ura-ura di mana enjin 3-silinder 1.0 liter turbo (98 PS, 140 Nm) pada Perodua Ativa bakal digunakan pada Toyota Avanza generasi baharu. Mengapa tidak? Avanza sekarang berkongsi enjin 1.5 liter NA (102 PS, 136 Nm) dengan model tambatan, Perodua Myvi. Tak mustahil untuk Toyota Avanza berkongsi enjin dengan model mercu terbaru Perodua Ativa pula kan?

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 09

Selain itu, Toyota Safety Sense (TSS) juga hampir disahkan untuk Avanza serba baru. Hal ini bermakna, model spesifikasi Malaysia berkemungkinan menerima ciri seperti AEB, ACC dan LKA. Aspek ini berbalik kepada ujian ASEAN NCAP 'silibus' baharu yang menekankan aspek keselamatan sekeliling.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 10

Dengan platform DNGA, Toyota Avanza generasi baru tentunya akan mempunyai tahap keselesaan dan keselamatan yang jauh lebih baik. Ketika ini, harga Avanza adalah di antara RM 77,963 hingga RM84,848 (tanpa SST) justeru jangkakan kenaikan harga sekitar 10% untuk model baharu.

Perodua Alza 2022 - Bakal jadi kembar Avanza?

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 11

Perodua Alza sebelum ini merupakan model yang diasaskan berdasarkan Toyota Passo Sette. Model tersebut telah dihentikan pengeluaran justeru Perodua berkemungkinan besar akan membangunkan Alza berdasarkan Toyota Avanza.

Situasi ini tidak mustahil kerana ia mengikuti strategi Aruz-Rush yang turut dijual bersama-sama di sini. 

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 12

Oleh yang demikian, kebanyakan spesifikasi Perodua Alza akan mencerminkan spesifikasi Toyota Avanza. Kelainan yang dibawakan mungkin adalah sistem bantuan pemandu (ADAS) Perodua iaitu A.S.A generasi baru untuk Perodua Alza.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 13

Adakah ini bermakna kerugian kepada Toyota Avanza? Tidak, ia akan menjadi model dengan rekaan yang sedikit berbeza, untuk menarik pelanggan yang berbeza dan dipasarkan dengan harga yang berbeza.

Perodua dan Toyota masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri dan mempunyai bahagian pembangunan R&D masing-masing.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 14

Perodua Alza

Perkongsian platform, enjin dan transmisi bukanlah sesuatu yang baru. Malah, ia adalah resipi yang berjaya kerana telah membawa Perodua menjadi pengeluar kenderaan nombor 1 Malaysia. Nantikan Perodua Alza baru ini, atau boleh dipanggil model 'Alvanza'!

Mitsubishi Xpander 2023 - Hybrid adalah masa hadapan?

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 15

Mitsubishi Xpander mungkin masih terasa baru di pasaran Malaysia namun sebenarnya ia adalah model terbaik di seluruh ASEAN. Malaysia menjadi negara ke-5 di ASEAN yang menerima Xpander tetapi apa yang ditawarkan Mitsubishi adalah hasil ciri terbaik dan maklum balas kumulatif pengguna di negara lain.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 16

Hal ini jelas kerana Mitsubishi Xpander yang hadir ke Malaysia adalah model facelift.

Bergerak ke hadapan, Mitsubishi Xpander 2023 generasi baharu disahkan bakal menampilkan trenkuasa hibrid. Ini sejajar dengan cita-cita Mitsubishi supaya kenderaan elektrik menyumbang separuh daripada penjualan global menjelang tahun 2030.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 17

Tiada perincian mengenai spesifikasi hibrid baru ini tetapi ia dijangka akan dijual bersama-sama Mitsubishi Xpander biasa - enjin 4-silinder 1.5 liter NA, (105 PS, 141 Nm) dan transmisi automatik 4-kelajuan.

Gandingan spesifikasi biasa tersebut menjadikan model hibrid lebih mengujakan, lebih kuasa dan mungkin dengan transmisi hibrid yang lebih lancar.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 18

Tidak keterlaluan juga sekiranya Mitsubishi Xpander generasi baru akan ditawarkan dengan ADAS. Malangnya, model sekarang tidak ditawarkan dengan ciri keselamatan penting tersebut. Didatangkan dengan 2 beg udara, ada alasan tersendiri untuk menawarkan spesifikasi keselamatan sebegini untuk Xpander.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 19

Antara alasan tersebut adalah kos. Pada harga RM 92,263 (tanpa SST), sebarang usaha untuk peningkatan kelengkapan akan meletakkan harga Mitsubishi Xpander di atas RM 100k.

Lebih malang lagi, kita semua tahu bahawa harga atas RM 100k adalah kawasan yang lebih kompetitif justeru strategi Mitsubishi nampaknya menarik untuk dibincangkan.

Konklusi

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 20

Berdasarkan senarai di atas, Malaysia bertuah kerana pengeluar kereta masih mahu menawarkan model-model terbaik mereka di pasaran ini. Kini, ia tertakluk kepada minat pembeli dan hala tuju atau polisi kerajaan yang berkisar dengan kenderaan elektrik.

Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V! 21

Rekaan yang moden turut membawa dimensi baharu kepada jualan kenderaan 7 penumpang di Malaysia. Keselesaan dan ruang juga tidak dikompromi oleh pengeluar, malah ramai antara kita sudah tidak segan untuk dilihat memandu kenderaan besar sebegini. Berminat dengan salah satu model ini?

Bacaan Lanjut:

5 kenderaan 7 penumpang bawah RM 100k tapi mana satu pilihan terbaik?

ASEAN NCAP bakal menggunakan 'silibus' baru bermula Jan 2021, pentingkan keselamatan penunggang motor!

Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda