window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90

Faisal · Feb 7, 2022 10:00 AM

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 01

Kalau anda perasan, segmen kereta 7 tempat duduk di Malaysia sama ada dalam kategori SUV atau MPV sejak beberapa tahun ini tidak ada pembaharuan yang ketara. Sedar tak sedar, Proton Exora dan Perodua Alza adalah model yang sudah tua. Keluarannya pun sudah melebihi 10 tahun. Model seperti Nissan Grand Livina dan Proton Ertiga pula masih tiada pengganti.

Juga baca: MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun?

Kemudian pada tahun 2017, Honda BR-V dilancarkan ke tanah air kita, diikuti dengan Perodua Aruz pada tahun 2018.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 01

Semenjak itu, iaitu sepanjang 3 tahun lepas, kategori kereta ini tidak ada penawaran baru langsung.

Apapun pada tahun 2022, pembeli di Malaysia bakal disajikan dengan empat pilihan model baru yang bakal menghangatkan kembali pasaran kereta 7 tempat duduk.

1. Proton X90

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 02

Kredit foto: Funtasticko.

Sebelum tahun 2022 lagi, Proton telah sibuk dengan kerja-kerja pembangunan model baru mereka. Pertamanya adalah Proton Saga facelift MC2 (minor/model change 2) dan yang keduanya adalah Proton X90, iaitu sebuah SUV yang berasaskan Geely Haoyue.

Juga bacaSpyshot: Proton X90 dipandu uji sekitar Midvalley, nak uji keadaan lot parkir sesak?

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 03

Kereta ini kiranya akan menjadi model Proton ketiga yang diambil dari Geely, iaitu selepas X70 dan X50.

Juga bacaProton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 04

Secara amnya, Geely Haoyue membuat debut pada Mac 2020 dan pada Mei 2021, ia diintip buat pertama kalinya di tanah air kita.

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 05

Nadi Geely Haoyue adalah enjin petrol 1.8L turbo (184 PS, 300 Nm) dan transmisi DCT sama dari Proton X70.

Juga bacaProton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely?

2. Perodua Alza 2022 (D27A)

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 06

Lakaran Perodua Alza generasi kedua oleh Theophilus Chin.

Dalam bulan ini, Perodua akan menghentikan produksi Perodua Alza yang telah beransur di Malaysia selama 13 tahun.

Juga bacaPerodua Alza masih laku, henti produksi April 2022 - model baru menyusul Mei ini?

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 07

Model ini akan diganti dengan jentera D27A yang berasaskan Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 08

Alza baharu akan guna enjin Myvi 1.5L.

Setakat ini, kami sudah tahu bahawa Perodua Alza generasi seterusnya akan menjadi kembar kepada Toyota Avanza, iaitu mirip susunan yang dibuat untuk Perodua Aruz dan Toyota Rush.

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 09

Melihat kepada Perodua sekarang yang menawarkan rangkaian Perodua Safe Drive Assist (PSDA) pada Ativa dan Myvi facelift, Alza baru nanti nampaknya akan hadir dengan ciri sistem bantuan keselamatan ADAS.

Juga bacaPerodua Alza generasi baru (D27A) sah dilancarkan pada tahun 2022, siap D-CVT, DNGA & ADAS!

3. Honda BR-V 2022

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 10

Jentera lambang H yang membuat debut generasi kedua pada September lalu ini dijangka tembus ke pasaran Malaysia menjelang suku keempat 2022.

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 11

Secara mata kasar, Honda BR-V serba baharu nampak cukup matang. Terdapat pelbagai lekuk badan yang telah dikemas semula untuk penampilan yang lebih rapi dan moden.

Juga bacaHonda BR-V generasi baharu dah mula pengeluaran, pintas Avanza yang masih sepi

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 12

Selain rupa paras baru, BR-V generasi kedua juga hadir dengan enjin petrol 1.5L DOHC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork. Pada masa yang sama, ciri keselamatannya jauh lebih menyeluruh berbanding model sedia ada.

Juga bacaGambar: Honda BR-V 2022 generasi baru, lebih 'hensem' daripada Avanza dan Aruz?

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 13

Sebelum ini, Honda BR-V hanya dilengkapi dengan dua beg udara dan kawalan kestabilan. Untuk model serba baharu ini, bilangan beg udara telah ditambah kepada enam. Menariknya, ADAS Honda Sensing juga turut ditawarkan.

Juga bacaPandu uji Honda BR-V generasi baru di Indonesia, lebih baik daripada Avanza dan Xpander?

4. Toyota Avanza 2022

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 14

Dua bulan selepas Honda merasmikan BR-V 2022, Toyota bertindas pantas dengan mendedahkan Toyota Avanza generasi baru, sekali dengan kembar Toyota Veloz dan Daihatsu Xenia. Antara pembaharuan ketara yang diperlihatkan adalah penggunaan format pacuan roda depan, menggantikan pacuan roda belakang yang sudah digunakan sejak berzaman.

Juga bacaDaripada konsep kepada pengeluaran: Bagaimana DN Multisix berkembang menjadi Toyota Avanza!

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 15

Kabin varian Veloz di pasaran Indonesia, iaitu Avanza spesifikasi paling tinggi.

Dalam proses ini, Toyota juga menggugurkan transmisi automatik 4 kelajuan dan menggantikannya dengan Dual-mode CVT (D-CVT).

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 16

Selain itu, Avanza baharu juga dipertingkatkan dengan ADAS Toyota Safety Sense (TSS).

Juga bacaDaihatsu Xenia 2022 membuat debut – potensi kembar Perodua Alza serba baharu kini rasmi

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 17

Pada bahagian kabin pula, nama model yang cukup terkenal ini diperbaharui dengan ciri electric parking brake (EPB), infotainment terapung 9 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kluster instrumen digital 7 inci dan larasan atas bawah dan teleskopik untuk roda stereng.

Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90 18

Apabila dilancarkan ke Malaysia kelak, ia mungkin hadir terus sebagai varian teratas Veloz.

Juga baca2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022?

Komen WapCar:

2022 adalah tahun yang cukup menarik buat pasaran kereta 7 jenis tempat duduk di Malaysia.

Malah, kalau anda perasan dalam senarai ini, penawaran model baharu yang akan hadir ke pasaran kita nanti meliputi pelbagai tahap harga di mana setiap golongan akan berpeluang untuk membeli jentera 7 tempat duduk yang baharu dan serba moden.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda