window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta buruk tersadai di Putrajaya akan ditunda, pemilik akan didenda

Mersita · Oct 5, 2020 07:00 PM

Kereta buruk tersadai di Putrajaya akan ditunda, pemilik akan didenda 01

Jika ada yang membiarkan kereta tersadai terlalu lama di kawasan kuarters kerajaan di Putrajaya, anda harus pergi selamatkan kereta anda sebelum anda didenda dan kenderaan tersebut ditunda.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata dalam satu operasi bersepadu dimana kereta tersadai dialih oleh pihak berkuasa, pemilik kereta yang disita akan dikenakan upah alih sebanyak RM 150 serta caj simpanan sebanyak RM 10 sehari di Depoh Kenderaan Tersadai PPj.

Kereta buruk tersadai di Putrajaya akan ditunda, pemilik akan didenda 02

Sumber: Utusan

Beliau menjelaskan hal ini ketika Program Kick Off Pengalihan Kereta Tersadai Kuaters Kerajaan Di Putrajaya yang berlangsung semalam. “Operasi pada hari ini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi memastikan tiada penyalahgunaan petak-petak parkir di kuarters-kuarters kerajaan di Putrajaya.”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Selain itu, kami juga telah mengenal pasti sebanyak 17 kereta dan 50 motosikal tersadai untuk dialihkan dalam tempoh dua bulan dan jika pemilik tidak berbuat demikian BPH akan mengambil tindakan selanjutnya,” jelas beliau.

Beliau juga menyatakan yang pemilik kenderaan tersadai akan diberi notis 3 kali dan JPJ serta JPN akan bekerjasama untuk mengesan pemilik dan mendapatkan maklumat mereka.

Kereta buruk tersadai di Putrajaya akan ditunda, pemilik akan didenda 01

Sumber: FB Bahagian Pengurusan Hartanah

Pemilik juga diberi masa 6 bulan untuk mengambil semula kenderaan yang disita. Kereta yang tidak dituntut akan dilupuskan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH). Oleh itu, orang ramai diseru untuk tidak menjadikan perilaku ini satu tabiat dan menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan.

Kereta yang tersadai bukan sahaja menyusahkan pemandu lain yang ingin mencari ruang parkir selamat, ia juga membahayakan nyawa jika diparkir di kawasan yang menghalang pandangan. Jika perkara ini semakin berleluasa di sesuatu tempat, semakin susah bagi pihak berkuasa untuk mengekangnya.

Kereta buruk tersadai di Putrajaya akan ditunda, pemilik akan didenda 02

PPj juga akan mengapit kenderaan menghalang lalu-lintas. Sumber: BH Online

Bagi kawasan-kawasan lain selain daripada Putrajaya, masalah ketiadaan sistem parkir yang berkesan telah mengundang pelbagai masalah seperti laluan menjadi sempit dan menyekat kenderaan kecemasan. Kadangkala, kes ini terjadi kerana pemilik tidak berkemampuan untuk membetulkan kenderaan mereka yang tiba-tiba rosak atau baru kemalangan. Ada juga yang membiarkan kereta tersebut tersadai kerana pemiliknya pulang ke luar negara. Apa pendapat anda pula? Jom kongsi di ruangan komen.

Sumber berita: Utusan

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda