Kereta dengan torsion beam suspension tak bagus? Betul ke?
Mersita · Feb 12, 2021 02:00 PM
0
0
Jika anda ada kereta bajet, besar kemungkinan kereta tersebut mempunyai tetapan ‘torsion beam’ (atau ‘twist beam’). Jika kereta anda kereta “premium” atau “performance”, ia barangkali menggunakan tetapan ‘multi-link suspension’. Maka, ‘torsion beam’ adalah jenis suspension yang kurang baik lah, kan?
Padan dengan namanya, ‘torsion beam’ memintal untuk menampung daya menegak.
Tapi, kereta-kereta seperti Renault Megane RS dan FK2 Honda Civic Type R menggunakan tetapan ‘torsion beam suspension’. Mazda 3 pun beralih dari ‘multi-link’ ke ‘torsion beam’. Oleh itu, ia mungkin ada kelebihan ketara juga dan bukannya lebih teruk berbanding jenis lain.
Sama seperti teknologi lain, ‘torsion beam suspension’ ada kelebihan serta kekurangannya.
Berbeza dengan sistem ‘multi-link’, roda kiri dan kanan tidak bebas antara satu sama lain.
Kekurangan yang paling ketara dengan tetapan ‘torsion beam’ ialah kebergantungan antara roda kiri dan roda kanan. Ini kerana ‘torsion beam’ dikimpal pada lengan belakang / ’trailing arms’ pada kedua-dua belah roda.
‘Solid axle’ dengan ‘leaf springs’ boleh ditemui di dalam trak seperti Toyota Hilux.
Jika dibandingkan dengan ‘solid axle’ (contohnya di dalam Toyota Hilux), ‘torsion beam’ boleh melentur dan mengurangkan daya yang dihantar dari kanan ke kiri atau sebaliknya. Maka, ‘torsion beam’ ini lebih kurang seperti “semi-dependent suspension”.
Namun, tetapan suspension yang bebas sepenuhnya (‘multi-link’) adalah lebih bagus dalam pengasingan gelombang permukaan jalan raya.
Dayanya masih lagi disalurkan, hasilnya tahap keselesaan semakin berkurang bagi penumpang yang duduk di belakang.
Kelebihan utama bagi suspension yang bebas (‘independent’) ialah pengasingan gelombang jalan tidak rata.
Tahap keselesaan tetapan ‘torsion beam’ boleh dipertingkatkan dengan kaedah rekaan ‘beam’ itu sendiri (ketebalan, titik/posisi kimpalan, bentuk, titik pangsi). Semakin banyak kereta-kereta moden yang menggunapakai rekaan-rekaan ‘torsion beam’ dengan kompromi yang minima atas keselesaan pemanduan. Tapi, had bagi rekaan ‘torsion beam’ sentiasa akan ada hadnya.
Kekurangan – Potensi rekaan dan pengubahsuaian yang terhad
‘Toe’ dan ‘camber’ sudah agak tetap pada sebuah ‘torsion beam’, melainkan anda gunakan ‘custom washers’ bagi menyelaraskan sudut roda/tayar dan ia agak rumit untuk dilakukan.
‘Torsion beam suspension’ mempunyai had-had tertentu dalam cubaan untuk ubahsuai. Perkara ini mungkin jadi dilema besar bagi mereka yang gemar mengubahsuai kereta sendiri. Dengan rekaan ‘torsion beam’, anda terpaksa akur dengan lengkungan ‘camber’ yang tetap. Sifat semulajadinya yang tegar / ‘rigid’ juga mengehadkan pelarasan sudut ‘toe’nya.
Lengkungan ‘camber’nya pula menunjukkan bagaimana ‘camber’ berubah mengikut pergerakan menegak roda kereta. Dengan ‘torsion beam’, anda tak boleh tukar lengkungan ‘camber’ tersebut.
Namun, jika ia direka dengan keutamaan pengendalian / ‘handling’ dari awal lagi, tetapan ‘torsion beam’ sepatutnya tidak akan menjadi satu isu bagi mereka yang mahukan pengalaman pemanduan yang lebih bersemangat.
Hot-hatch seperti Renault Megane RS dan FK2 Honda Civic Type R telah membuktikan yang ‘torsion beam suspension’ cukup layak untuk digunakan oleh kereta ‘sport’ berprestasi tinggi.
Kelebihan – Kos
Bagi pengilang, tetapan ‘torsion beam’ menjimatkan kos memandangkan ia terdiri daripada bahagian yang lebih sedikit dan lebih mudah untuk dipasang. Ia mungkin berkos lebih tinggi dalam R&Dnya memandangkan pengendalian, keselesaan, dan kebolehtahanan perlu dioptimumkan bersama bagi satu bahagian ‘torsion beam’.
Sebagai pemilik kereta, ‘torsion beam’ lebih murah untuk dijaga kerana ia hanya ada dua ‘bushings’ yang melekapkan ‘trailing arm’ kepada chassis.
Kelebihan – Ruang
Tetapan ‘torsion beam’ membolehkan penghasilan ruang bonet yang lebih luas seperti dalam Proton Persona
Secara amnya, ‘torsion beam suspension’ membolehkan lebih banyak ruang dibuka untuk keluasan dalam kabin dan bonet. Ia tidak memerlukan ‘sub-frames’ dan batang ‘anti-roll’. Inilah sebabnya mengapa ia sangat popular bagi kereta-kereta saloon dan hatchback.
Beberapa kereta beralih semula kepada ‘torsion beam’
Selain daripada kereta-kereta bajet yang biasa, beberapa kereta mahal juga menggunakan tetapan ‘torsion beam’ termasuklah Mazda 3 dan Toyota Corolla Cross yang akan datang.
Kisah Mazda 3 menarik sedikit kerana ia juga menggunakan tetapan ‘torsion beam’ pada Mazda 3 versi AWD. Dengan ketebalan yang pelbagai pada ‘torsion beam’nya, sebelah kanan dan kiri kereta tersebut terasa hampir bebas / ‘independent’ antara satu sama lain. Tahap keselesaannya hampir serupa dengan tetapan ‘multi-link’.
Satu lagi kes menarik ialah dengan tetapan ‘torsion beam’ pada Toyota Corolla Cross. Walaupun ia berkongsi platform TNGA-C yang sama dengan Toyota Corolla dan Toyota CH-R, Corolla Cross menggunakan tetapan ‘torsion beam’ dan bukannya tetapan ‘double wishbone’.
Nampak gayanya teknologi ‘torsion beam’ sudah semakin maju sesudah sekian lama. Kita sudah beralih kedepan dari zaman tetapan ‘double wishbone’ pada semua empat sudut Honda CR-V generasi pertama.
Adakah semua ‘multi-link suspension’ secara semulajadinya lebih bagus?
Hanya kerana sesebuah kereta menggunakan tetapan ‘multi-link’, ini tidak bermaksud kereta tersebut lebih bagus dari segi pengendalian mahupun keselesaan. Kami sudah pandu-uji beberapa kereta dengan tetapan ‘multi-link/double wishbone’ dan hakikatnya ada antaranya yang tidak menepati jangkaan kami dari segi keselesaan.
Apabila bercakap tentang prestasi pula, hot-hatch seperti Megane RS dan FK2 Type R membuktikan yang tetapan ‘torsion beam’ boleh mencapai prestasi yang sangat bagus jika dilakukan dengan betul.
Selain daripada rekaan, talaan tetapan suspension itu juga memainkan peranan penting.
Rumusan
Kelebihan-kelebihan yang ketara bagi ‘torsion beam’ ialah kosnya yang rendah dan rekaannya yang kompak.
Kekurangannya yang paling ketara pula ialah pengasingan terhad bagi gelombang permukaan jalan. Samada anda suka atau tidak, ia masih ada perbezaan fizikal antara sebelah kiri dan kanan kereta.
Ia juga ada batasannya dari segi pengendalian, akan tetapi pembeli kereta zaman moden lebih mengutamakan kos dan kecekapan minyak. Serupa dengan teknologi automotif yang lain, teknologi ‘torsion beam’ sudah semakin maju dan cukup untuk memenuhi keperluan pemanduan biasa dan penggunaan harian.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.