window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta elektrik bakal ancam industri alat ganti dan servis?

Haris · Dec 1, 2020 11:00 AM

Kereta elektrik bakal ancam industri alat ganti dan servis? 01

Indonesia dan Thailand adalah 2 negara yang sedang memacu penjualan kereta elektrik namun bukan semuanya indah. Antara kesan timbal balik oleh peningkatan industri kereta elektrik adalah ancaman terhadap industri alat ganti kereta dan servis.

Kereta elektrik bakal ancam industri alat ganti dan servis? 02

Menurut Dr. Ir. Riyanto M.Si, seorang pengkaji dari University of Indonesia berpendapat bahawa ancaman terhadap industri sekunder seperti komponen, alat ganti dan minyak pelincir bakal berlaku dengan peningkatan bilangan kereta elektrik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pendapat tersebut adalah hasil daripada kajian simulasi kesan daripada kereta elektrik. 

Kereta elektrik bakal ancam industri alat ganti dan servis? 01

“Kesannya untuk industri komponen Indonesia adalah besar, inilah perkara yang perlu dikhawatiri oleh Kementerian Perindustrian," jelas beliau dalam perbincangan maya yang diadakan oleh Forum Wartawan Automotif Indonesia (Forwot) dan Forum Wartawan Industri (Forwin) Khamis lalu.

Kereta elektrik bakal ancam industri alat ganti dan servis? 02

Pendapat beliau sememangnya berasas kerana kenderaan elektrik memerlukan kos selenggara yang agak rendah. Tinjauan mendapati, pemilik kereta elektrik di Malaysia hanya melakukan penyelenggaraan berkala pada brake pad, tayar dan pengelap cermin sahaja. Selain itu, komponen major yang mungkin ditukar adalah bateri kereta.

Kereta elektrik bakal ancam industri alat ganti dan servis? 03

Sekiranya Malaysia bergerak ke arah kenderaan elektrik secara berkala, perhatian perlu diberikan kepada industri-industri sampingan yang bakal terjejas dan pekerja dalam industri tersebut perlu terbuka untuk menyesuaikan diri dengan komponen-komponen baharu. Ini juga merupakan cadangan Dr Ir Riyanto kepada kerajaan Indonesia.

Kereta elektrik bakal ancam industri alat ganti dan servis? 04

Hal ini supaya tiada kejutan daripada anjakan paradigma yang berlaku ketika mengubah dari kenderaan petrol kepada kenderaan hybrid terhadap sektor pekerjaan.

Kereta elektrik bakal ancam industri alat ganti dan servis? 05

Walaubagaimanapun, pendapat daripada penulis Autofun Indonesia mendapati bahawa Indonesia lebih realistik dan cenderung untuk menjadi pengeluar bateri dan kereta elektrik berbanding menjadi negara pengguna kereta elektrik. Oleh itu, adakah langkah Malaysia yang sekadar tunggu dan lihat dalam isu ini suatu keputusan yang bijak?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda