window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta elektrik premium Geely, “Zeekr” rancang saingi Tesla

Mersita · Mar 22, 2021 07:00 PM

Kereta elektrik premium Geely, “Zeekr” rancang saingi Tesla 01

Dalam usaha untuk menyaingi jenama kereta terkenal, Tesla, Geely telah mengumumkan perancangan mereka untuk melancarkan satu jenama premium baharu bergelar “Zeekr”. Zeekr akan diposisikan di bawah nama syarikat LingLing Technologies iaitu syarikat entiti untuk kenderaan elektrik (EV) Geely yang akan dilancarkan nanti.

Automotive News Europe melaporkan yang Zeekr merupakan cubaan terbaharu Geely untuk menembusi pasaran kereta premium. Strategi ini sejajar dengan cita-cita pengasas dan pengerusi Geely, Li Shufu, bagi menghasilkan kereta-kereta premium.

Kereta elektrik premium Geely, “Zeekr” rancang saingi Tesla 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Logo jenama ini belum lagi didedahkan. Setakat ini, maklumat yang diketahui termasuklah rancangan Zeekr untuk mengeluarkan model-model berasaskan chasis EV Geely bersumber terbuka (open-source) dipanggil Sustainable Experience Architecture (SEA) yang diumumkan pada September 2020 lalu.

Kereta elektrik premium Geely, “Zeekr” rancang saingi Tesla 01

Platform SEA Geely

Zeekr juga sedang mempertimbangkan pelancaran pelan pemilikan secara perkongsian (share ownership plan) yang membolehkan pelanggan untuk menjadi pemegang saham LingLing. Langkah ini diharap boleh merancakkan jualan serta membentuk hubungan antara jenama itu dengan pelanggannya.

Selain dari itu, Geely juga akan membuka bilik pameran atau “hab” di pusat-pusat bandar bagi menjual kereta pada harga tetap – berbeza daripada kaedah tradisional iaitu menjual kereta menerusi pengedar.

Kereta elektrik premium Geely, “Zeekr” rancang saingi Tesla 02

Geely juga merancang strategi-strategi jualan dan pemasaran yang pelbagai bagi membentuk hubungan yang lebih akrab dengan pembeli-pembeli kenderaan elektriknya. Strategi ini termasuklah pelancaran koleksi gaya hidup (pakaian dan aksesori eksklusif jenama) serta kelab pemilik kereta.

Kereta elektrik premium Geely, “Zeekr” rancang saingi Tesla 03

Pada awal bulan ini, Geely sudahpun mengumumkan rancangan mereka untuk melabur USD 4.6 bilion bagi kilang bateri EV di China. Pelaburan Geely untuk EV hampir sama jumlahnya dengan pengeluar kereta Eropah iaitu Volkswagen.

Baca juga: Geely bakal melaburkan RM 20.5 bilion untuk kilang bateri EV, Proton akan mendapat teknologi ini?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda