window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta EV boleh terbakar selepas kemalangan, pemadaman sepenuhnya makan berhari-hari?

Faisal ยท Sep 25, 2021 02:00 PM

Kereta EV boleh terbakar selepas kemalangan, pemadaman sepenuhnya makan berhari-hari? 01

Foto.

Dengan beransurnya industri dari enjin pembakaran dalaman ke elektrik sepenuhnya kelak, persoalan yang akan tertimbul oleh para pengguna sudah pastinya mengenai kemudahan untuk mengecas. Tetapi satu perihal yang ramai tidak tahu ialah kereta EV boleh terbakar selepas kemalangan. Malah, ia mengambil masa beberapa hari untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kereta EV boleh terbakar selepas kemalangan, pemadaman sepenuhnya makan berhari-hari? 02

Tidak akan mudah seperti ini. Foto: Hush Naidoo Jade Photography.

Cabaran sekiranya bateri terbakar

Menurut Confederation of Fire Protection Associations Europe (CFPA-Europe), bateri yang ada pada kereta elektrik dan hibrid mempunyai satu bentuk cabaran dari sudut kecemasan.

Secara teknikal, sel individu yang ada pada bateri lithium-ion boleh rosak sewaktu kemalangan. Perkara ini sebenarnya berpotensi meningkatkan haba dan ia boleh merebak dari sel ke sel. Dari segi istilah, fenomena ini dikenal sebagai thermal runaway. Senang cerita, ia merupakan reaksi yang sukar untuk dihapuskan apabila sudah mula bertindak balas.

Kereta EV boleh terbakar selepas kemalangan, pemadaman sepenuhnya makan berhari-hari? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di China, terdapat satu kes dimana sebuah EV jenis BYD Han terbakar kira-kira 48 jam selepas menjalani ujian pelanggaran. Menurut BYD sendiri, ia mungkin berpunca daripada kebocoran cecair penyejuk. Insiden ini secara tidak langsung telah menimbulkan kerisauan terhadap pemilik Han di negara tersebut.

Kereta EV boleh terbakar selepas kemalangan, pemadaman sepenuhnya makan berhari-hari? 01

Di Amerika pula, berlakunya satu kes yang viral dengan hebatnya dimana sebuah Chevrolet Bolt yang terbakar perlu dipadamkan sehingga dua kali. Malah pada kali kedua, pihak bomba hanya mampu menembak air dan bahan anti-api secara berterusan kerana ia masih membara.

Berikutan kejadian itu, General Motors (GM) menasihatkan pemilik untuk parkir Chevrolet Bolt mereka sekurang-kurangnya 50 kaki daripada kenderaan sebelah bagi mengurangkan risiko kebakaran yang lebih besar. Apapun, syarikat itu sudah membuat pemanggilan semua terhadap kesemua unit Chevrolet Bolt berkenaan isu kebakaran spontan tersebut.

Kereta EV boleh terbakar selepas kemalangan, pemadaman sepenuhnya makan berhari-hari? 02

Chevrolet Bolt ini masih terbakar selepas 4 jam.

Gas bahaya yang dikeluarkan oleh bateri yang terbakar

Bateri yang terbakar akan mengeluarkan gas yang cukup toksik. Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih dari 100 jenis gas toksik seperti hydrogen florida akan dihasilkan sewaktu bateri terbakar. Malah menurut pakar perubatan, baunya sahaja boleh mengakibatkan paru-paru berair.

Disebabkan Ini, anggota bomba perlu memakai alat pernafasan khas semata-mata untuk menangani EV yang terbakar.

Kereta EV boleh terbakar selepas kemalangan, pemadaman sepenuhnya makan berhari-hari? 03

Jadi apa jalan penyelesaiannya?

Menurut Deputy Director of Emergency Services di Copenhagen, “Bateri cukup sukar untuk dipadamkan. Malah beberapa jam kemudian, ia boleh terbakar semula. Ada juga kes yang mana ia kembali terbakar seminggu selepas dipadamkan.”

“Jalan raya pula mustahil untuk ditutup sehingga berjam-jam. Jadi untuk EV yang terbakar, kami akan mengalih kereta tersebut. Kami juga menyediakan satu bekas yang khas untuk meletakkan EV yang terbakar.”

Kereta EV boleh terbakar selepas kemalangan, pemadaman sepenuhnya makan berhari-hari? 04

EV yang terbakar diletakkan dalam bekas rendaman cecair anti-api buat sementara waktu.

“Secara umumnya, EV yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan tidak boleh dihantar ke bengkel terus (banyak kereta) kerana ia berisiko untuk mencetuskan kebakaran yang besar. Disebabkan ini, ia perlu diletak dalam satu tempat yang khusus terlebih dahulu sebelum kerja-kerja baik pulih dibuat.”

Kereta EV boleh terbakar selepas kemalangan, pemadaman sepenuhnya makan berhari-hari? 05

Walau apa jua cabaran yang tertimbul, isu ini semestinya mendapat perhatian para jurutera dan penyelidik buat syarikat pengeluar bateri, khususnya untuk kereta EV. Untuk pengetahuan anda, dilema yang sama pernah berlaku sewaktu industri berubah dari penggunaan enjin berkuasa wap ke enjin pembakaran dalaman yang ada di zaman kita. Jadi, usah risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannnya.

Sumber gambar: Facebook Brandweer Midden-en West-Brabant

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia