window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah

Mersita · Apr 30, 2021 04:00 PM

Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah 01

Sejajar dengan komitmen yang dibuat oleh Honda untuk beralih sepenuhnya ke kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2040, pengakhiran era kereta Honda dengan enjin pembakaran semakin nyata.

Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah 02

Langkah ini juga bermaksud VTEC dan Type R akan lupus ditelan era EV yang akan menguasai pasaran kita dalam jangkahayat terdekat ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah 01

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif terbaru Honda, Toshihiro Mibe, menjelang tahun 2030, 40 peratus daripada kenderaan Honda di pasaran-pasaran utama akan terdiri daripada xEV atau FCV (fuel cell vehicle). Honda menjangkakan jumlah ini meningkat sekali ganda kepada 80 peratus pada tahun 2035. Menjelang 2040, keseluruhan barisan model Honda akan terdiri daripada EV atau FCV.

Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah 02

Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah 03

Malah, Honda menyasarkan penggunaan 100 peratus kenderaan elektrik di Jepun menjelang 2030 yang juga merangkumi kenderaan hibrid petrol-elektrik. Honda juga akan memperkenalkan satu model EV di dalam segmen kereta kei pada 2024.

Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah 04

Dalam topik EV, Honda juga berkata yang mereka akan menjalankan penyelidikan bebas terhadap bateri berkeadaan pepejal sebagai bateri generasi seterusnya. Bateri berkeadaan pepejal berkapasiti lebih besar berbanding jenis lithium-ion (Li-ion) ataupun nikel-logam-hidrida (Ni-Mh) terkini pada harga yang lebih rendah.

“Ini adalah sasaran yang mencabar, dan bagi mencapainya, kami mesti melakukan usaha kolektif dari seluruh rantaian nilai kami. Namun, kami membuat keputusan untuk mengambil sasaran lebih tinggi supaya kami semua berkongsi visi yang sama bagi apa yang kami cuba capai dan mengatasi cabaran untuk merealisasikan matlamat kami,” katanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda