Kereta Honda lebih murah, potongan sehingga RM 9k kerana pengecualian cukai jualan
Mersita ยท Jun 15, 2020 12:54 PM
0
0
Honda Malaysia telah mengumumkan penurunan harga bagi kereta-kereta Honda berikutan pengumuman pengecualian cukai jualan oleh Kerajaan, dimana 100% pengecualian diberi untuk model CKD (Completely Knocked Down) dan penurunan separuh daripada cukai jualan asal bagi model CBU (Completely Built Unit). Usaha ini adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA).
Dengan pelarasan baru ini, harga bagi model-model CKD Honda iaitu Jazz, BR-V baru, City, HR-V, Civic baru, CR-V dan Accord serba baru akan diturunkan antara RM 2,788.46* dan RM 8,545.63*.
Manakala bagi model CBU Honda iaitu Odyssey pula akan mengalami penurunan sebanyak RM 9,502.47*. Harga baru ini berkuatkuasa dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020. Selain dari itu, pelanggan juga boleh menikmati tawaran istimewa yang sedang berlangsung dengan pembelian kereta Honda dibawah kempen “Kita Bersama Deals”***.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.