window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru

Mersita · Mar 21, 2023 06:20 PM

Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru 01

Trak pikap Mitsubishi Triton yang ‘berpengkalan’ di Thailand dieksport ke kira-kira 150 negara di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Tapi, setelah 9 tahun, model serba baru generasi ke-6 bakal mendarat di pasaran tidak lama lagi.

Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru 02

Namun, buat masa ini, Mitsubishi Motors baru saja menayangkan Mitsubishi XRT Concept di Bangkok International Motor Show (BIMS) 2023. Walaupun nama diberi berbeza, trak pikap konsep ini secara amnya adalah satu bentuk gambaran awal untuk versi produksi Mitsubishi Triton 2023 serba baru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru 01

Berinspirasikan tenungan tajam burung helang, pandangan awal rupa bentuk Triton serba baru ini menampilkan rupa bentuk garang di bahagian hadapan serta hud yang tampak teguh, melarat hingga ke bahagian sisi dengan penggayaan berani dan bertema melintang.

Juga baca: Mitsubishi Triton dinobatkan Trak Pikap dengan Kualiti Terbaik di Thailand, menewaskan Isuzu D-Max dan Toyota Hilux!

Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru 02

Walaupun rupa bentuk agresif Triton generasi kini masih dikekalkan pada model generasi baru, Triton serba baru akan dibina di atas platform yang juga serba baru – boleh dilihat daripada ketiadaan garisan J antara badan ‘cab’ di hadapan dan ‘bed’ trak di belakang.

Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru 03

Trak konsep ini menampilkan ‘over-fenders’ depan dan belakang berserta tayar jenis ‘mud terrain’. Di samping itu, badan trak pikap ini disaluti rekaan celoreng diinspirasikan daripada batuan lava selain dihiasi dengan grafik jenama RalliArt.

Juga baca: Anda peminat tegar Mitsubishi? Video perlumbaan legasi 40 tahun Ralliart kini di Youtube!

Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru 04

Presiden dan CEO Mitsubishi Motors, Takao Kato, berkata, Triton serba baru sedang menjalani proses sentuhan terakhir sebagai persediaan untuk pelancarannya, termasuk “ujian ketahanan yang ketat di seluruh dunia di samping menggabungkan pengetahuan dikumpul dari aktiviti-aktiviti rali.”

Juga baca: Mitsubishi Triton raih tempat PERTAMA dalam perlumbaan rali Asia Cross Country Rally 2022!

Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru 05

Triton serba baru akan dikuasakan oleh enjin-enjin baru, namun maklumat lanjut berhubung angka prestasi dan sebagainya hanya akan didedahkan pada sesi tayangannya kelak. Selain itu, Triton generasi ke-6 akan turut ditawarkan sebagai trak pikap elektrik (EV) – selaras dengan komitmen Mitsubishi untuk elektrifikasi kenderaan.

Juga baca: Spyshot: Mitsubishi Triton baharu diintip di Thailand, reka bentuk terkini tanpa "Dynamic Shield"?

Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru 06

Triton serba baru akan didebut secara global di Thailand pada Julai 2023 dan ia akan dilancarkan secara berurutan di rantau ASEAN, Oceania, dan pasaran-pasaran global lain.

Juga baca: Video: Mitsubishi Triton membuktikan kehebatannya di acara rali paling sukar di Asia Tenggara dengan trio pemandu Thai-Indo

Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru 07

Selain Triton, Mitsubishi juga sedang merancang untuk melancarkan satu lagi model serba baru bagi pasaran ASEAN pada 2023, iaitu SUV kompak yang akan dibina berdasarkan XFC Concept, pada mulanya ditayangkan di Vietnam tahun lalu.

Juga baca: Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda