window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021!

Faisal · Nov 23, 2020 03:08 PM

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 01

Setiap individu mempunyai pemahaman tersendiri dari segi pemilikan harta benda. Seperti sebuah rumah, memilih kereta yang tepat adalah keputusan yang akan dikenang sampai bila-bila.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 02

Sekiranya anda ingin menaik taraf ke sesuatu yang lebih premium, carta tertinggi kali ini dibawakan istimewa untuk anda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 01

Pelancaran awek cun ini pada minggu lalu

Minggu lepas, kita melihat senarai kereta terhangat yang akan dilancarkan pada tahun 2021. Namun begitu, sesetengah daripada anda mungkin merasakan bahawa tiada banyak pelancaran untuk kereta mewah. Sebenarnya banyak cuma kami hendak khususkan di dalam artikel ini.

Pelancaran kereta mewah untuk tahun 2021
Jenama Model
Audi Audi A3 2021 baru
Audi Audi Q7 2021 
BMW BMW 5 Series 2021
BMW BMW 6 Series GT 2021
Ferrari Ferrari Roma 2021 baru
Jaguar Jaguar F-Type 2021
Land Rover Land Rover Defender 2021 baru
Lexus Lexus LS 2021
Mercedes-Benz Mercedes-Benz E-Class 2021
Mercedes-Benz Mercedes-Benz GLA 2021 baru
Porsche Porsche 911 Turbo 2021 baru
Volvo Volvo S90 2021

Berdasarkan senarai ini, kami akan menumpukan kepada 6 pelancaran yang paling ditunggu oleh ramai.

Mercedes-Benz GLA 2021 baru

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 02

Bukan lagi rekaan seperti sebuah A-Class yang ditinggikan, GLA generasi kedua kelihatan seperti sebuah SUV dengan gaya yang tersendiri.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 03

Dengan perkongsian platform dan tren kuasa seperti keluaran MFA2 Daimler yang lain (termasuk GLB yang lebih besar), GLA baharu masih sebuah SUV yang mempunyai 5 tempat duduk walaupun mempunyai cermin tambahan pada tiang-C.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 04

SUV kompak oleh Mercedes-Benz ini dijangka tiba di Malaysia sekurang-kurangnya melalui dua varian. Salah satunya ialah GLA 200 yang dikuasai oleh enjin 1.3L 4-silinder turbo yang dibangunkan bersama Renault (163 PS/250 Nm tork). Satu lagi ialah varian AMG GLA 45 (421 PS/500 Nm tork).

Lexus LS facelift 2021

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 05

Lexus LS berada di dalam dunia automotif sejak 30 tahun yang lalu. Walaupun pasaran kini lebih ke arah SUV dan crossover, Lexus masih mengekalkan tradisi sebuah sedan mewah melalui raja dalam barisan model mereka.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 06

Berikutan perasmian model facelift secara global pada Julai yang lalu, Lexus LS 2021 dijangka tiba di Malaysia pada tahun depan. Selain daripada pembaharuan dari segi visual dan trim, anak sulung Lexus ini menampilkan sistem bantuan pemandu ADAS dengan teknologi Artificial Intelligence (Al) yang dikenali sebagai Lexus Teammate.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 07

Sistem ini bukan sahaja membenarkan kereta untuk memandu secara sendiri, malah ia boleh memotong kenderaan lain.

Volvo S90 facelift 2021

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 08

Volvo S90 telah memulakan rekaan Volvo yang sangat menarik sejak ia dilancarkan pada tahun 2016.

Dengan pembaharuan pada lampu kabus, lampu belakang dan juga bahagian bampar, model 2021 ini masih mengekalkan rekaan Scandinavian yang cantik dan kemas.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 09

Volvo S90 facelift dijangka tiba di Malaysia pada tahun depan dimana ia akan dipasang tempatan (CKD) seperti sekarang.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 10

Menariknya, varian hibrid ringkas (pelancaran di Malaysia belum dipastikan) kali ini menggunakan nama “B” (huruf “T” pada model sebelum facelift). Untuk maklumat anda, varian ini menggunakan sistem brake-by-wire yang lebih efisien untuk bekerjasama dengan sistem pemulihan tenaga untuk menghasilkan tenaga kinetik.

Mercedes-Benz E-Class facelift 2021

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 11

Sebuah lagi model facelift di dalam segmen yang sama ialah Mercedes-Benz E-Class facelift. Model 2021 ini menampilkan beberapa penambahbaikan daripada model sebelum facelift.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 12

Antaranya termasuklah rekaan lampu depan dan belakang yang baru untuk membezakannya dengan sebuah C-Class.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 13

Selain itu, E-Class 2021 dijangka tiba di Malaysia dengan enjin 2.0L M254 yang menggantikan enjin M264 yang sedia ada. Engin terbaru ini menggunakan sistem hibrid ringkas melalui voltan 48V dimana ia membantu enjin untuk menghasilkan kuasa sebanyak 292 PS.

Land Rover Defender 2021 baru

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 14

Lebih digemari oleh golongan askar, peladang, dan juga kerabat, Land Rover Defender adalah sebuah simbolik yang sebenar buat jenama Land Rover.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 15

Sayangnya, Defender 90 yang mempunyai 3 pintu tidak akan dilancarkan di Malaysia

Dengan perasmian Defender generasi baharu pada tahun ini, ia berkemungkinan tiba di Malaysia pada tahun depan.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 16

Secara keseluruhan, Defender baharu menggabungkan rekaan yang ranggi dengan teknologi yang moden. Peminat tegar semestinya tidak akan kecewa memandangkan ia masih berkebolehan untuk menguruskan pemanduan off-road seperti sebuah Land Rover yang sejati.

BMW 5 Series facelift 2021

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 17

Mengakhiri senarai pelancaran yang dinantikan di Malaysia tahun depan ialah BMW 5 Series facelift. Memandangkan ia masih belum mengenakan gril BMW yang sebesar alam, ramai menganggap bahawa ini wajah BMW terakhir yang boleh diterima oleh ramai.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 18

Selain daripada beberapa sentuhan baru yang kelihatan lebih rapi, BMW juga memperkenalkan sistem hibrid ringkas melalui voltan 48V untuk kesemua enjin 4 dan 6-silinder. Sistem ini memberikan kuasa tambahan sebanyak 11 PS.

Kereta mewah yang akan dilancarkan pada tahun 2021! 19

Pada masa yang sama, sambungan Android Auto diperkenalkan termasuk sistem operasi yang terkini melalui BMW Operating System 7.

Melalui senarai yang telah kami berikan, kereta mewah manakah yang anda nantikan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 BMW 5 Series 530e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda