window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030!

Haris · Feb 3, 2023 10:00 AM

Kereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030! 01

  • Malaysia sasar EV cecah 9 peratus daripada TIV menjelang 2025, 15 peratus menjelang 2030
  • Perodua hibrid yang akan dilancarkan pada 2024 adalah model serba baharu (bukan Ativa Hybrid), asimilasikan pembekal tempatan ke arah kenderaan elektrik
  • Hibrid akan menyaksikan pertumbuhan pesat di Malaysia antara 2024 hingga awal 2030-an, selepas itu EV akan mengatasi

Perodua menjangkakan pengakhiran enjin pembakaran dalaman (ICE) akan berlaku lebih cepat daripada apa yang disasarkan oleh pengeluar automotif lain yang beroperasi di sini.

Pada taklimat mengenai syarikat itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad memaparkan slaid pembentangan yang memberikan gambaran ringkas mengenai unjuran Perodua untuk 10 tahun akan datang.

Kereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Zainal menjelaskan bahawa Perodua akan mula memperkenalkan model hibrid keluaran tempatan baharu pada tahun 2024. Perodua Ativa Hybrid – ketika ini hanya tersedia untuk sewaan kepada pelanggan terpilih, telah diketepikan.

"Ia akan menjadi varian Full Model Change (FMC, istilah industri untuk model generasi baharu)," kata Dato' Sri Zainal. Kenyataan ini seolah-olah merujuk kepada Perodua Bezza versi hibrid serba baharu, yang dijangka akan menerima model generasi baharu pada tahun 2024.

Kereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030! 01

Perodua menjangkakan pertumbuhan pesat dalam jualan hibrid, berkembang sehingga akhir dekad ini, manakala permintaan untuk model enjin pembakaran dalaman (ICE) konvensional akan mula menurun.

Mempercepatkan lagi permintaan untuk hibrid dan pengakhiran ICE adalah sasaran kecekapan bahan api purata korporat (Corporate Average Fuel Efficiency) baharu yang akan diumumkan oleh kerajaan Malaysia tidak lama lagi.

Butiran dan tempoh masa masih belum ditetapkan tetapi Perodua berkata ia telah diberikan sasaran 4.2 liter/100 km.

Baca: Toyota, Daihatsu dan jenama Jepun lain dikritik kerana lambat dalam pembangunan kereta elektrik

Kereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030! 02

Sasaran CAFE berbeza antara satu syarikat dengan syarikat lain, dan dikira berdasarkan berat dan jenis kereta dalam nisbah campuran jualan syarikat. Buat masa ini, ia akan terhad kepada kereta penumpang sahaja.

Bagi EV mampu milik, Perodua berkata ia memerlukan 10 tahun lagi sebelum teknologi bateri dan infrastruktur pengecasan mencecah tahap matang di mana EV boleh diterima oleh orang ramai – segmen di mana Perodua bersaing.

Pada masa yang sama, Perodua berkongsi bahawa kerajaan Malaysia telah meminta pengeluar tempatan untuk menyokong matlamat kerajaan untuk mempunyai EV bateri (BEV) yang menyumbang 9 peratus daripada jumlah jualan kereta baharu di Malaysia menjelang 2025, meningkat kepada 15 peratus menjelang 2030.

Kereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030! 03

17 vendor Perodua mungkin tidak mampu beralih ke arah EV

Pengeluar kereta nasional kedua itu amat menyedari cabaran peralihan kepada EV, sambil menegaskan bahawa 17 daripada 135 pembekal Perodua ketika ini mungkin tidak dapat bertahan dalam peralihan tersebut. Pembekal yang perniagaannya tertumpu pada penghasilan, tempaan, dan mesin bahagian berkaitan enjin adalah yang akan paling terjejas.

Sebagai pengeluar kereta nasional, Perodua mempunyai tugas yang tidak dapat dielakkan untuk memikul tanggungjawab sosial bagi mengembangkan vendor tempatan. Untuk tujuan ini, Perodua telah mula mendorong vendornya untuk beralih ke ruang EV. Pengenalan hibrid Perodua merupakan langkah pertama dalam memperkenalkan kabel voltan tinggi, bateri dan teknologi berkaitan motor elektrik kepada vendor tempatan.

"Jika, katakanlah, kita memperkenalkan kenderaan elektrik, kita mesti memastikan penyetempatan akan berlaku," kata Dato' Sri Zainal.

Beliau menambah bahawa salah satu daripada tiga komponen utama EV - iaitu bateri voltan tinggi, inverter, dan motor elektrik - perlu disetempatkan "kerana kami adalah Perodua dan kami mahu membangunkan industri tempatan."

Kereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030! 04

Bersama-sama Daihatsu, Perodua juga sedang memadankan vendor tempatan dengan syarikat asing untuk mewujudkan pembangunan bersama dan perkongsian strategik bagi projek berkaitan EV.

Matlamatnya adalah untuk memastikan vendor tempatan mencapai tahap di mana mereka dapat secara bebas mencadangkan penyelesaian elektrifikasi kepada Daihatsu dan kumpulan Toyota yang lebih luas, di mana Perodua adalah sebahagian daripadanya.

Baca: Perodua bekerjasama dengan MIDA untuk meningkatkan bekalan melalui digitalisasi Industri 4.0

Kereta Perodua hibrid pertama menyusul tahun 2024, sasar EV atasi enjin konvensional menjelang 2030! 05

Daihatsu mempamerkan Ayla EV Concept untuk Indonesia, berdasarkan Perodua Axia

Selain itu, Daihatsu tidak mempunyai sebarang model EV bateri yang dijual. Jadi buat pertama kalinya dalam sejarah Perodua, syarikat itu bermula pada kedudukan yang sama dengan rakan teknikal Jepunnya.

Perodua tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada Daihatsu kerana Daihatsu juga tidak mempunyai pengalaman dalam arena kenderaan elektrik. Bagi mewujudkan vendor tempatan berkeupayaan EV dan memperkenalkan EV kos rendah yang sesuai untuk rakyat Malaysia, Perodua berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada Daihatsu untuk menentukan apa yang betul.

Baca: Daihatsu belum bersedia jual model hibrid atau elektrik, beri kesan kepada perancangan Ativa Hybrid?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia