Apakah satu-satunya hatchback Segmen B yang masih menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan?
Apakah satu-satunya kereta serba baharu yang masih tak ada ABS?
Apakah satu-satunya hatchback Segmen B yang masih menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan?
Apakah satu-satunya kereta serba baharu yang masih tak ada ABS?
Perodua Axia (E).
Pembuat kereta yang manakah masih belum memasang brek parkir elektronik pada mana-mana keretanya?
Perodua.
Kereta-kereta Perodua sangat popular hanya kerana 1 sebab utama – ianya mampu-milik. Seperti sebuah rahmat bagi pelanggan Perodua yang keretanya boleh diharap dan cukup bagus untuk pemanduan harian.
Walaupun dengan kejayaan yang dikecapi Perodua, kereta-kereta mereka sebenarnya sudah 'ketinggalan tren'. Mereka tetap menggunakan kotak gear automatik 4-kelajuan dan enjinnya senantiasa jenis ‘naturally-aspirated’. Tetapi, walaupun ketinggalan zaman, itulah yang membuatkannya satu jenama lokal yang sangat popular dan berjaya.
Jom kita lihat dan kaji beberapa kereta Perodua:
1. Perodua Axia
Perodua Axia dilancarkan pada tahun 2014 – setahun selepas Daihatsu Ayla dilancarkan di Indonesia. Pada 2014, penghasilan pertama Axia tidak didatangkan dengan VVT dan untuk harga RM 33,200, Perodua Axia G tak ada ABS pun. Disambut gembira, facelift tahun 2017 melihat kedatangan enjin VVT pada Axia, tetapi ia masih dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan yang konvensional.
2. Perodua Myvi
Percaya atau tidak, kereta kegemaran ramai Perodua Myvi ialah satu-satunya hatchback Segmen B yang masih dengan transmisi automatik 4-kelajuan. Hatchback yang lain dalam segmen ini samada telah bertukar ke CVT (Iriz, Yaris, Jazz) atau telah meningkatkan jumlah nisbah gear di dalam transmisi planet gear automatik dan menambah ‘tiptronik’ (Mazda 2, Volkswagen Polo).
3. Perodua Alza
Perodua Alza, diperkenalkan 11 tahun dahulu, masih lagi dijual di pasaran hingga sekarang. Walaupun penambaikan kosmetik telah dibuat, Alza masih lagi dipadatkan dengan enjin 3SZ-VE dari tahun 2009. Enjin 1.5 liter itu digandingkan dengan kotak gear automatik 4-kelajuan yang tradisional. Walaupun 11 tahun berjalan dengan enjin dan teknologi yang sama, Alza masih kekal megah di jalanan berbanding pesaing ketatnya iaitu Proton Ertiga.
4. Perodua Aruz
Perodua Aruz dibina di atas ‘ladder-frame’, iaitu satu cara pembinaan yang agak tradisional untuk kereta persendirian. Dikategorikan sebagai "SUV", enjin 1.5 liternya kurang berkuasa untuk tayar belakang dengan transmisi automatik 4-kelajuannya.
Ada banyak lagi model-model Perodua yang kita boleh bincangkan, tetapi setakat ini anda mesti dah faham apa yang kami cuba sampaikan. Perodua masih lagi setia dengan enjin kecil ‘naturally-aspirated’ dan transmisi automatik 4-kelajuan selama ini. Teknologi baru selalunya digunapakai lambat sedikit berbanding jenama-jenama saingan.
Contoh terakhir, jom lihat pula 'ferarri' hero Malaya – Perodua Myvi generasi kedua.
Dilancarkan di Malaysia setahun selepas pelancaran Toyota Passo, penghasilan Myvi “Passo” bermula pada tahun 2005 dan berakhir pada tahun 2017. Generasi pertama menggunakan stereng berkuasa hidraulik manakala generasi kedua didatangkan pula dengan stereng berkuasa elektronik atau Electronic Power Steering (EPS).
Perkara yang kekal sama pada kedua-dua generasi Myvi adalah penggunaan throttle mekanikal. Untuk konteks yang lebih jelas, Proton sudah menggunapakai kawalan throttle elektronik pada Proton Persona 2007.
Menjadi satu jenama yang ketinggalan zaman memang ada cabarannya, terutama sekali dalam aspek keselamatan. Walaubagaimanapun, dalam konteks Perodua, inilah yang membuatkan mereka padan lagi ‘kena’ dengan pelanggannya.
Memandangkan kebanyakan kereta Perodua hanya digunakan untuk pemanduan harian yang biasa, transmisi automatik 4-kelajuan yang sudah dicuba dan diuji adalah perlahan tapi mencukupi. Dengan cara mengelakkan tambahan pengecas turbo, kereta Perodua sehingga kini mudah dijaga dan dibaiki. Dengan mengelakkan CVT, Perodua tidak perlu bersusah-payah memikirkan cara untuk membetulkan kotak gear yang lembap. DCT apatah lagi…
Dengan menghasilkan kereta yang berkongsi banyak alatganti dengan model-model lama, agak mudah bagi pemilik Perodua untuk mencari alatganti kereta mereka – memanjangkan lagi jangkahayat servis kereta tersebut.
Bagi penggunaan yang sangat biasa dan untuk pemilikan jangka-masa panjang, kereta Perodua adalah pilihan tepat. Ya, pemanduannya membosankan, konvensional dan tidak mengghairahkan. Tetapi, mereka juga dibina di atas penyelesaian kejuruteraan yang telah dicuba dan diuji. Yang penting, ia berfungsi dengan baik.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA
Upgrade
Add your car