Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk

Mersita · Sep 22, 2020 08:00 PM

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 01

Sebagai satu jenama yang menjadi pelaburan rakyat (secara spesifiknya pembayar cukai) selama lebih 35 tahun, sebut saja nama “Proton” anda pasti akan dapat respon kuat dari segenap lapisan masyarakat Malaysia. Kita semua ada pendapat dan persepsi masing-masing terhadap Proton. Ada yang bagus, ada juga yang tidak.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 02

Tapi, apa yang pasti ialah kereta-kereta Proton generasi terkini - iaitu Proton X50 dan Proton X70 yang dihasilkan daripada Geely - sememangnya produk berkelas dunia. Dari segi barisan produk, Proton kini lebih maju dan kuat dari sebelumnya. Dengan produk-produk yang kuat, kepimpinan pasaran dan keuntungan akan datang dengan semulajadi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 01

Walaupun identiti Proton dianggap ‘hilang’ di mata segelintir rakyat Malaysia, ataupun samada kita masih boleh menggelarnya syarikat kereta nasional atau tidak, dalam entri kali ini kita nak melihat Proton dari perspektif lain pula.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 02

Malah, kami ingin meraikan sejarah 35 tahun Proton. Sama seperti kisah hidup yang lain, pasti ada beberapa sejarah hitam dan pastinya ada juga zaman kegemilangannya. Jika anda imbau sejarahnya lama sebelum kemunculan Geely, Proton telah membuktikan diri mereka sendiri dengan kebolehan mereka untuk menghasilkan kereta-kereta yang sangat bagus. Masalahnya cuma kejayaan ini kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi.

Kami akan mulakan dengan model-model yang ‘gagal’ terlebih dahulu supaya kita boleh beransur-ansur lihat kejayaannya dalam masa mendatang.

5 kereta Proton terburuk sebelum era Geely

1. Proton Tiara

Dengan asal-usulnya yang datang daripada Citroen AX yang kurang mendapat sambutan, permulaan bagi Proton Tiara tak pernah indah. Malah, ia adalah kereta “DOA” – “dead on arrival” atau gagal dari awal lagi.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 03

Kredit gambar: citroenet.org.uk

Citroen AX bukanlah kereta yang teruk. Ia cuma tersangatlah biasa – sebuah kereta yang tak berapa padan dengan keperluan pemandu di luar Perancis. Perkara yang menambah lagi kepada masalahnya ialah langkah USPD (dulu pengedar Tiara) dalam memasarkan kereta ini dengan panggilan yang terlalu tinggi untuk tahapnya – “The Jewel of the Nation” gelaran diberi.

Hm... “Jewel of the Nation” 1.1 liter ini ada jam pada panel instrumennya, bukannya kaunter ‘rev’. Dan fungsi honnya diletakkan di batang signal / pengelap cermin.

Iklan TV yang terlalu pelik langsung tak kena dengan produk tersebut, dan pembeli pun kurang yakin dengan model ini.

2. Proton Saga LMST

Ini barangkali satu-satunya kereta yang jauh lebih teruk daripada kereta yang digantikannya. Entah bagaimana, orang-orang Proton pada era tersebut merasakan yang mereka patut meleraikan semula semua kelengkapan berguna di dalam Proton Saga/Iswara Aeroback yang dah cukup elok, dan menggantikannya dengan ruang dalaman yang acah-acah ‘minimalis’ berinspirasikan Lotus Elise.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 04

“Siapa yang nak guna ‘glovebox’, kan? Pemanduan selesa dan senyap dah biasa sangat, jom pasang ekzos besar pulak, sebab itu lah yang orang ramai nak.” Perkara ini boleh dielakkan kerana ia tak masuk akal sikit.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 05

Walaubagaimanapun, pada masa itu, ia adalah kereta yang paling murah di pasaran Malaysia (harga bermula kurang daripada RM 27,000). Pada masa itu juga, tak banyak pilihan yang ada dalam pasaran kereta kita yang dilindung ketat, maka pembeli pun dah tak boleh nak cakap banyak.

3. Proton Gen.2

Proton mengatakan yang Gen.2 disasarkan kepada keluarga kecil, dan pereka bentuknya diberi cabaran untuk berfikir “di luar kotak”.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 06

Hasilnya? Kita dapat sebuah ‘hatchback’ keluarga yang tiada perehat kepala (‘headrest’) yang boleh dilaras di kerusi hadapan dan juga ruang simpanan yang sangat sedikit dan tak praktikal.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 07

Pada tahun 2000-an, Proton mempunyai percanggahan kognitif yang agak serius. Mereka mengeluarkan kereta-kereta yang direka oleh orang yang nampak gayanya tak faham dengan cara penggunaan kereta di kalangan konsumer.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 08

Kualiti binaannya juga sangat teruk. Tahun 2000-an adalah zaman gelap bagi Proton dari segi kualiti dan kereta-kereta yang dikeluarkan dalam era itu jadi buktinya.

4. Proton Juara

Yang ini susah sikit untuk dibincangkan. Proton Juara bukanlah kereta yang tak bagus, tapi penggayaannya terlalu melampau bagi zaman itu. Secara komersialnya, ia adalah produk Proton yang mempunyai prestasi paling teruk. Ia dijual selama tiga tahun sahaja - dari 2001 hingga 2004.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 09

Dibina berdasarkan kereta ‘kei’ Mitsubishi Townbox pasaran Jepun, penggayaan berbentuk kotaknya tampak ‘cool’ apabila dilihat di tepi jalan di Tokyo. Tapi, ia nampak pelik dalam suasana Malaysia.

Masa kini, konsumer tiada masalah dengan Toyota Alphard yang juga mempunyai reka bentuk berkotak. Tapi, pada masa dahulu, ramai yang terkejut melihat penggayaannya yang tampak ganjil.

5. Proton Savvy AMT

Sebelum anda buat apa-apa kesimpulan, Proton Savvy bukannya kereta yang teruk. Malah, model ini akan muncul semula di dalam senarai 5 kereta Proton terbaik yang akan kami kupas nanti. Proton Savvy dengan transmisi manual 5 kelajuan cukup bagus dan menarik. Tapi, Proton Savvy dengan transmisi manual automatik (‘automated manual’) 5 kelajuan pula lain ceritanya.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 10

Sama seperti semua kotak gear manual tanpa klac pada era tersebut, pemanduannya sangat teruk. Dengan keadaan trafik di Lembah Klang yang terhenti-henti, kotak gearnya yang dikalibrasikan gaya Euro tak padan sama sekali.

Kereta-kereta bertransmisi manual masih lagi digemari oleh peminat-peminat kereta yang mahukan kereta murah, dan ini membawa kami kepada senarai yang seterusnya…

5 kereta Proton terbaik sebelum era Geely

1. Proton Savvy MT

Menjuarai carta kali ini ialah Proton Savvy. Jika anda mencari kereta belasahan yang murah, belilah Proton Savvy. Tapi, pastikan ia yang transmisi manual 5 kelajuan.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 11

Enjin Renault 1.2-liternya sebenarnya lebih tahan lasak dari sangkaan ramai. Chassisnya dibangunkan dengan bagus sekali walaupun dengan teknologi terhad pada era tersebut. Sehingga ke hari ini, mungkin sukar bagi anda untuk mencari kereta bersaiz kecil dengan pengendalian yang bagus dan pemanduan yang selesa seperti Savvy.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 12

Proton Savvy juga ialah produk hasil binaan sendiri oleh Proton. Bagi kami, perkara ini melakarkan satu kejayaan besar bagi Proton. Ia membuktikan kebolehan pasukan tempatan dalam penghasilan kereta bandar yang murah - lebih bagus daripada banyak lagi pembuat kereta Jepun dan Eropah.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 13

Ia dilancarkan pada masa yang lebih kurang sama dengan Perodua Myvi generasi pertama. Walaupun Savvy ini bersaiz lebih kecil daripada Myvi, pemanduan dan pengendaliannya jauh lebih bagus daripada “jaguh kampung” iaitu Myvi yang berteknologikan Daihatsu/Toyota.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 14

Tapi, yang pastinya, konsumer biasa tak begitu pedulikan dinamik pemanduan dan Savvy tidak dapat menandingi jualan Myvi yang mempunyai ruang lebih luas.

2. Proton Arena

Bagi peminat kereta, mereka faham kenapa Proton Arena masuk dalam senarai ini. Cuba tanya mana-mana pengumpul kereta tentang sebab Proton Arena mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding Proton Wira. Hanya lawati laman-laman seperti Mudah.my dan anda akan lihat Proton Arena berusia 15 tahun pun masih lagi dijual pada harga RM 25,000. Bandingkannya dengan Proton Wira yang selalunya bernilai kurang daripada RM 5,000.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 15

Perlu diingatkan yang Proton Arena dijual sekitar harga RM 50 ribu pada tahun 2000-an. Siapa kata kereta Proton tak ada nilai jual-semula?

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 16

Semakin ia berusia, semakin ramai yang mula sedar tentang keistimewaan Proton Arena. Keistimewaannya lebih kurang seperti Chevrolet El Camino di Amerika.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 17

Memandangkan ia berkongsi banyak bahagian yang sama dengan Proton Wira (yang dibina berdasarkan Mitsubishi Lancer), pilihan modifikasinya lebih meluas.

Seperti Wira, Arena cukup tahan lasak dengan pemanduan yang bagus. Ditambah pula dengan ruang terbukanya yang luas di belakang, ia menawarkan kemudahan utiliti seperti pikap.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 18

Arena juga adalah salah satu model ekspot Proton yang paling berjaya. Ia tidak terjual dengan begitu rancak di sini, tapi ia amat digemari di Australia (dijual sebagai Proton Jumbuck). Dengan harganya, Jumbuck dikira sebagai pembelian yang sangat berbaloi.

3. Proton Waja CPS

Model Proton Waja yang terawal tidak begitu bagus dan sama seperti Proton Gen.2, ia kurang digemari kerana kualiti binaannya yang teruk. Walaubagaimanapun, peningkatan dalam model seterusnya seperti Waja CPS amat ketara.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 19

Varian spesifikasi tinggi serba serbi cukup kelengkapannya (mengikut standard era tersebut) dan ia sememangnya lebih seronok dipandu berbanding Toyota Vios/Honda City pada masa itu. Ia diberi lampu hadapan Xenon, dua beg udara, ABS, pembuka but kawalan jauh, perehat kepala yang disengetkan ke depan, sarung kerusi kulit, kawalan peluncuran, dan juga butang kawalan audio di sterengnya.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 20

Tidak seperti Vios/City pada era itu, pemanduan Waja tidak dihadkan seperti kereta untuk pasaran membangun. Malah, Waja seperti diberi suntikan Eropah dalam dinamik pemanduannya.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 21

Memandangkan ia diimpot ke UK sebagai Proton Impian, ia juga terpaksa mematuhi undang-undang keselamatan standard Eropah. Inilah aspek-aspek yang kita tak dapat pada Vios/City generasi awal.

4. Proton Perdana V6

Tak banyak pengilang yang menawarkan enjin V6 dalam kapasiti 2.0 liter dan Proton Perdana dianggap sebagai kereta yang lebih bagus disebabkan oleh tren kuasanya yang unik.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 22

Pengendaliannya sangat bagus bila disaingkan dengan pesaing Jepunnya. Penggayaannya yang lebar dan rendah memberikannya gaya ‘sporty’ sambil mengekalkan karakter korporatnya.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 23

Masa kini, Perdana dalam rupa bentuk aslinya masing lagi digemari oleh peminat-peminat kereta. Model V6 terawalnya tampak lebih cantik berbanding model baru dengan gril seperti Alfa Romeo setelah sekian lama.

5. Proton Putra

Satria GTI mendapat lebih perhatian tapi kami rasakan Putra adalah kereta yang lebih istimewa. Antara sebab utamanya ialah anda boleh mengubah-suai Satria biasa untuk nampak seperti Satria GTI celup/palsu, tapi anda tak dapat buat perkara yang sama dengan Putra.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 24

Putra hanya boleh didapati dengan enjin DOHC 1.8 liter, dipadankan samada dengan transmisi automatik 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan, hanya sebagai coupe.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 25

Semua varian Putra didatangkan dengan kerusi Recaro dan stereng Momo. Satria GTI dengan badan hatchback yang kecil lebih tangkas, tapi Putra mempunyai ‘feel’ pemanduan yang lebih matang dan berkelas tinggi. Disebabkan oleh but belakangnya, ia mempunyai imbangan berat yang lebih bagus dan ia terasa lebih padu/cengkam berbanding Satria.

Kereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk 26

Hanya beberapa buah Putra yang masih bertahan hari ini. Kebanyakannya rosak disebabkan oleh pemandu mudanya, atau hilang bentuk selama-lamanya disebabkan oleh ubahsuai teruk dan melampau, atau dicuri dan dileraikan. Ya, Putra adalah antara model ‘terpanas’ dalam sindiket curi kereta kerana kerusi dan sterengnya yang ‘rare’ atau jarang ditemui dalam model lain.

Beberapa buah Putra dalam kondisi sempurna yang masih mampu bertahan hingga ke hari ini sangat bernilai dan patut disimpan baik-baik. Ia sememangnya mercu tanda Proton.

Itu saja – 5 kereta terburuk dan 5 kereta terbaik Proton sebelum kedatangan Geely. Sejarahnya tidaklah begitu sempurna dengan banyak kegagalan yang sepatutnya boleh dielakkan. Semoga kereta berdasarkan Geely yang menjadi generasi baru Proton masa kini akan lebih konsisten dalam kejayaannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru