window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta rakyat sebenar, Proton Saga facelift capai jualan 100,999 unit selepas 2 tahun pelancaran!

Haris · Dec 15, 2021 10:00 AM

Kereta rakyat sebenar, Proton Saga facelift capai jualan 100,999 unit selepas 2 tahun pelancaran! 01

Proton Holding Berhad dengan bangganya mengumumkan bahawa Proton Saga facelift 2019 kini telah melepasi angka jualan 100k unit, dengan angka tepat sebanyak 100,999 unit terjual. Pencapaian ini sangat mengagumkan apabila mengambil kira ianya tercapai hanya 2 tahun selepas pelancarannya.

Pencapaian ini diumumkan selepas Proton berjaya menjual sehingga 5,666 unit Proton Saga pada bulan November 2021, sekaligus mengekalkan momentum sebagai model terlaris Proton untuk setiap bulan. Angka tersebut juga merupakan rekod bulanan paling cemerlang Proton Saga facelift sejak Disember 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta rakyat sebenar, Proton Saga facelift capai jualan 100,999 unit selepas 2 tahun pelancaran! 01

Model ini bukan sahaja memenangi hati rakyat Malaysia, malah Pakistan juga dilaporkan antara negara yang menggemari Proton Saga. Di sana, Proton Saga kini dalam proses pemasangan tempatan CKD Pakistan susulan sambutan yang menakjubkan oleh pembeli.

Menariknya, Proton Saga facelift 2019 ini hadir dengan kotak gear automatik 4-kelajuan, suatu ‘penurunan’ daripada transmisi automatik CVT dalam model pendahulu.

Seolah-olah ada magis yang tersendiri apabila Proton melakukan ‘penurunan’ spesifikasi, di mana selepas ini Proton X70 juga akan beralih kepada enjin berkapasiti yang lebih rendah 1.5 liter turbo, berbanding 1.8 liter turbocaj TGDi yang digunakan sekarang.

BacaProton X70 baharu tahun 2022 bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo, kongsi dengan X50!

Kereta rakyat sebenar, Proton Saga facelift capai jualan 100,999 unit selepas 2 tahun pelancaran! 02

Walaubagaimanapun, penurunan spesifikasi ini tidak hadir tanpa pembaharuan yang besar. Proton Saga dengan sistem infotainment 7-inci, beberapa naik taraf perincian dalaman dan ciri yang paling digemari ramai, bunyi pintu ditutup terasa lebih mampat dan padu.

Bukan itu sahaja, Proton Saga juga telah diintip dalam samaran baru-baru ini yang memberi petanda bahawa naik taraf kecil (Minor Change 2) dalam perancangan. Apa pula kemampuan yang akan ditawarkan oleh Proton Saga MC2 ini? Sama-sama kita nantikan.

Baca: SPYSHOT: Samaran Proton Saga misteri dengan logo baharu Proton, facelift MC2 2022 bakal tiba!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda