window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta rasmi PM Anwar Ibrahim rupa-rupanya Proton Perdana Limousine, bukan Camry hitam!

Mersita · Dec 6, 2022 11:59 AM

Kereta rasmi PM Anwar Ibrahim rupa-rupanya Proton Perdana Limousine, bukan Camry hitam! 01

Walaupun Proton Perdana generasi terdahulu adalah berasaskan Honda Accord, ia masih mempunyai aura mewah tersendiri – terutama sekali apabila ia sering digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan dan juga untuk Perdana Menteri.

Seperti ramai sedia maklum, dua PM terdahulu memilih Toyota Vellfire/Alphard sebagai kenderaan rasmi mereka. Tapi kali ini, PM 10 kembali ke akar umbi dan memilih jenama harimau Malaya sebagai kereta pilihannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada Jumaat (2 Dis), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara dengan menaiki sebuah Proton Perdana Limousine (VED 4008) berwarna hitam seperti yang boleh dilihat dalam beberapa klip video laporan media.

Kereta rasmi PM Anwar Ibrahim rupa-rupanya Proton Perdana Limousine, bukan Camry hitam! 01

Beliau dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan senarai kabinet kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong pada pagi itu.

Perdana yang dinaiki Anwar juga dilihat menggunakan nombor plat pendaftaran baharu dan berbeza walaupun ia dilihat seperti kereta sama yang digunakan oleh Perdana Menteri ke-7.

Kereta rasmi PM Anwar Ibrahim rupa-rupanya Proton Perdana Limousine, bukan Camry hitam! 02

Kereta rasmi Tun M ketika beliau menjadi PM 7

Perdana tampil semula sebagai kereta rasmi PM berkenaan setelah ia digunakan kali terakhir oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dari tahun 2018 sehingga 2020. Sepanjang tempoh pimpinan beliau, “Accordana” ini dilihat dipakaikan dengan plat pendaftaran samada ‘Malaysia 2020’ ataupun ‘Proton 2020’.

Juga baca: Tun M terima Perodua Ativa dengan sentimen ‘Wawasan 2020’

Kereta rasmi PM Anwar Ibrahim rupa-rupanya Proton Perdana Limousine, bukan Camry hitam! 03

Kedua-dua nombor plat pendaftaran ini besar kemungkinannya dimiliki oleh Tun M sendiri. Nombor plat ‘Proton 2020’ juga boleh dilihat pada Proton Perdana V6 yang dipamerkan di Galeri Sri Perdana.

Juga baca: “Kita boleh buat sendiri semua.” Tun M lawat Proton Saga klasik, juga sahkan Ativa dibeli sendiri

Kereta rasmi PM Anwar Ibrahim rupa-rupanya Proton Perdana Limousine, bukan Camry hitam! 04

Selepas Tun M meletak jawatan, kedua-dua Perdana Menteri yang seterusnya masing-masing memilih Toyota Vellfire dan Toyota Alphard sebagai kenderaan rasmi. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilihat menaiki sebuah Proton Perdana Limousine bernombor pendaftaran W 9 M ketika beliau memimpin negara buat sementara waktu.

Juga baca: Dari RM 5.8k sebulan, Toyota Vellfire ganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri!

Kereta rasmi PM Anwar Ibrahim rupa-rupanya Proton Perdana Limousine, bukan Camry hitam! 05

Bagaimana pula dengan Toyota Camry yang dilihat membawa PM Anwar Ibrahim tempoh hari? Nampak gayanya Camry hitam (WRN 222) yang disaksikan pengamal media beberapa hari sebelum pelantikannya mungkin digunakannya sekali-sekala sahaja. Ia merupakan salah satu kenderaan dalam armada kenderaan kegunaan Pejabat Perdana Menteri.

Ini berikutan kenyataan dibuat oleh Anwar dimana beliau enggan menerima dan membatalkan tempahan sebuah Mercedes S600 dibuat oleh PM terdahulu.

Juga baca: Ini harga Toyota Camry kenderaan rasmi PM-10 Anwar tanpa cukai, boleh buat pemimpin lain malu!

Anwar tolak Mercedes S600 "bukan perkara luar biasa", Ismail Sabri pun guna kereta lama?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda