window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta Terbaik WapCar COTY 2021 - Undi kereta terbaik bawah RM 100k anda!

Haris Β· Dec 13, 2021 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketiga-tiga sedan segmen B popular - Honda City, Nissan Almera, dan Toyota Vios - masih lagi tersenarai. Tahun lepas, Nissan Almera memenangi anugerah Kereta Terbaik tahun 2021 dan dijangka akan mempertahankan gelarannya.

Baca: Nissan Almera dinobatkan WapCar 2020 Car of the Year, Honda City jadi Pilihan Editor

Kereta Terbaik WapCar COTY 2021 - Undi kereta terbaik bawah RM 100k anda! 01

Harga bagi ketiga-tiga sedan ini masih lagi di bawah RM 100k dan pasaran segmen B adalah pasaran terhangat di Malaysia ketika ini. Kebanyakannya juga kini sarat dengan ciri dan teknologi terkini, setanding dengan model 2 segmen atas.

Baca: Nak beli sedan segmen B? Ini 3 pilihan terbaik kami untuk harga bawah RM 100k!

Kereta Terbaik WapCar COTY 2021 - Undi kereta terbaik bawah RM 100k anda! 02

Selain daripada sedan, kami juga menyenaraikan hanya 2 hatchback segmen B - Toyota Yaris dan Perodua Myvi. Hal ini kerana, Honda City Hatchback masih belum dijual ketika undian ini dimulakan. Tidak adil rasanya jika pengguna tidak berpeluang merasai Honda City Hatchback untuk menyenaraikannya. 

Baca: Honda City Hatchback 2022 dilancar ke Malaysia, dari RM 76k, boleh bikin Yaris goyang!

Kereta Terbaik WapCar COTY 2021 - Undi kereta terbaik bawah RM 100k anda! 03

Calon kegemaran ramai, Perodua Myvi baru sahaja menerima facelift dengan perubahan major, kini dengan transmisi baharu dan ciri keselamatan yang sangat baik dalam kelasnya. Malah, ia mengekalkan harga bawah RM 60k yang menyaksikan 14,000 unit ditempah untuk tahun 2021 sahaja.

Baca: 14,000 tempahan untuk Perodua Myvi 2022 dalam masa 2 minggu, separuh ‘convert’ dari pra-FL

Kereta Terbaik WapCar COTY 2021 - Undi kereta terbaik bawah RM 100k anda! 04

Akhir sekali, Perodua Ativa yang merupakan SUV terhangat masa ini juga kami senaraikan. Ia merupakan salah satu kereta yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2021. Jika anda mengikuti laman web atau saluran YouTube kami, anda akan mengetahui bahawa kami telah membeli sebuah Perodua Ativa bagi tujuan pengalaman pemilikan jangka - tentunya untuk pembaca dan penonton yang budiman.

Baca: Video: Perodua Ativa vs Nissan Almera Turbo vs Proton Iriz ‘drag race’ di KLIA! Siapa menang?

Kereta Terbaik WapCar COTY 2021 - Undi kereta terbaik bawah RM 100k anda! 05

Sejujurnya, kami juga mempunyai beberapa perasaan yang kurang enak dengan Perodua Ativa, walaupun memilikinya. Justeru jangan risau kerana kami tidak akan log masuk hari-hari ke dalam aplikasi sendiri untuk mengangkat undi Perodua Ativa. Anda tentukan kesemuanya.

Apa apa pun, begitulah senarai pendek kami untuk Kereta Mampu Milik Tahun 2021. Anda boleh mengundi satu daripada model yang disenaraikan ini untuk menjadi juara. Jangan lupa undi pilihan anda (undian tamat pada 19-Disember 2021) dan teruskan mengikuti Wapcar dan Wapcar-BM untuk melihat keputusan undian pembaca.

Baca: WapCar Of The Year 2021 - Undi kereta terbaik tahun 2021 hari ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda