window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya!

Mersita · Oct 8, 2021 08:00 PM

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 01

Jika anda sedang mencari kereta terpakai untuk dibeli, selalunya anda akan disarankan untuk membeli kereta dengan jarak tempuh (mileage) yang rendah atas rasional ia lebih bagus daripada kereta yang sudah menempuh perjalanan lebih panjang.

Katanya, kereta dengan ‘mileage’ rendah tidak mengalami kelusuhan (wear and tear) berbanding yang satu lagi. Oleh itu, lebih rendah peluang anda untuk dapatkan kereta terpakai dengan komponen yang rosak.

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak semestinya berlaku dan dalam beberapa kes, kereta ‘mileage’ rendah akan mendatangkan lebih banyak masalah di masa akan datang.

Ini kerana jarak perjalanan yang ditempuh oleh kereta tersebut tidak menggambarkan keseluruhan sejarah perjalanannya. Dalam aspek ini, penjual selalunya tak akan jelaskan bagaimana kereta itu dipandu sepanjang perjalanan yang ditempuhnya, ataupun berapa lama enjin dihidupkan untuk menempuh jarak tersebut.

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 01

Kereta dengan ‘mileage’ tinggi yang sebahagian besarnya dipandu pada kelajuan sekata di lebuh raya lebih besar kemungkinannya untuk mempunyai enjin lebih sihat berbanding kereta yang sebahagian besarnya dipandu dalam keadaan trafik terhenti-henti seperti di bandar oleh pemilik asalnya.

Oleh sebab ini, memilih kereta terpakai dengan ‘mileage’ tinggi tak semestinya salah. Ia masih layak untuk dipertimbangkan, asalkan ia dijaga dan diselenggara dengan baik sepanjang hayatnya.

Mula-mula, kita perlu jelas tentang maksud ‘mileage’ rendah dan ‘mileage’ tinggi.

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 02

Kebanyakan pengilang di Malaysia menganggap ‘mileage’ tahunan sejauh 20,000 km adalah normal. Ini adalah kerana waranti pengilang selalunya ditetapkan pada 5 tahun/100,000 km, mana-mana yang sampai dahulu. Salah satu daripada angka ini adalah untuk pengguna ‘mileage’ rendah, dan satu lagi adalah untuk pengguna ‘mileage’ tinggi.

Oleh yang demikian, jika sesebuah kereta melalui perjalanan lebih pendek berbanding anggaran 20,000 km setahun yang ditetapkan – atau kira-kira 55 km sehari – ia dianggap sebagai ‘mileage’ rendah.

Baca juga: Nak cari kereta terpakai ‘condition’ Neelofa dengan usha iklan je? Ini 5 petua mudah!

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 03

Selalunya, sesebuah kereta yang mempunyai kira-kira 80,000 km atau kebawah selepas 5 tahun akan dianggap sebagai kereta ‘mileage’ rendah. Namun, jika ia telah dipandu sejauh 120,000 km atau lebih selepas 5 tahun, ia boleh dikira sebagai kereta ‘mileage’ tinggi.

Namun, kiraan ‘mileage’ hanyalah salah satu perkara yang perlu diambil perhatian

Seperti yang kami nyatakan tadi, jangan ambil kira ‘mileage’ semata-mata apabila anda hendak membeli kereta terpakai. Kami akan berikan satu contoh; kereta A dan kereta B, dan anggap kedua-duanya dipandu selama 90 minit sehari.

Penggunaan kereta mileage rendah vs. mileage tinggi
  Kereta A (mileage tinggi) Kereta B (mileage rendah)
Penggunaan harian 90 min / 1.5 jam 90 min / 1.5 jam
Mileage harian  70 km 35 km
Penggunaan selepas 5 tahun 19,163 jam 19,163 jam
Mileage selepas 5 tahun 127,750 54,750
Jumlah servis @ selang 10,000 km 12 5

Walaupun ‘mileage’ kereta B lebih rendah, jam atau tempoh penggunaannya tak banyak beza.

Tanpa mengira berapa jauh kereta itu dipandu; enjin, kotak gear, sistem pengecasan, sistem penghawa dingin dan penyejukan semuanya masih beroperasi. Oleh itu, ‘wear and tear’ masih berlaku.

Tambahan pula, kereta dengan ‘mileage’ lebih tinggi itu telah ditukar minyak enjinnya sekurang-kurangnya 12 kali berbanding 5 kali pada kereta ‘mileage’ rendah, semuanya dalam tempoh masa yang sama.

Jika ia telah dipandu dengan lebih jauh, lagi banyak masalah?

Ini membawa kita kepada poin kedua dalam kupasan ini, iaitu bagaimana kereta ini dipandu/digunakan.

Kereta ‘mileage’ rendah

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 04

Kereta dengan ‘mileage’ lebih rendah selalunya dipandu di sekitar kawasan bandar. Oleh itu, walaupun ia tidak menempuh perjalanan jauh, ia masih terpaksa menghadap trafik terhenti-henti di bawah cuaca panas terik di Malaysia.

Dalam keadaan trafik terhenti-henti, kotak gearnya perlu mengalih-alih gear lebih kerap kerana kereta bertukar kelajuan dari laju dan perlahan dengan lebih kerap – memberi beban tambahan kepada trenkuasa kereta berkenaan.

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 05

Tambahan pula, terdapat kekurangan aliran udara yang masuk ke radiator kereta. Ini menyebabkan sistem penyejukan terpaksa bekerja dengan lebih keras dan perkara sama terjadi pada sistem penghawa dingin kereta berkenaan. Ketika cuaca panas, isu-isu ini boleh jadi lebih serius.

Isu lain termasuklah kondensasi minyak. Jika sesebuah kereta sebahagian besarnya dipandu dalam perjalanan pendek dan minyaknya tidak sempat mencapai suhu pengoperasian normal, kondensasi akan berlaku dan ini mengakibatkan lembapan masuk ke dalam minyak.

Baca juga: Gaji RM 4k banyak ke pilihan kereta terpakai? Tengok 6 pilihan ini dari Civic ke C-Class!

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 06

Jika kereta berkenaan dipandu dengan jarak cukup jauh, haba terhasil dari enjin kereta akan menghapuskan lembapan ini. Namun, jika enjin dimatikan sebelum perkara ini boleh terjadi, lama-kelamaan lembapan ini akan membentuk asid yang menghakis minyak.

Selalunya ia mengambil masa lebih kurang 15 – 20 minit untuk dipanaskan (warm-up) dengan sebaiknya, dan lebih masa sedikit lagi bagi kelembapan tersebut hilang.

Kereta ‘mileage’ tinggi

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 07

Bagi kereta dengan ‘mileage’ tinggi, selalunya ia melibatkan pemanduan di lebuh raya yang kerap.

Apabila kereta dipandu dalam perjalanan jarak jauh, enjinnya beroperasi pada kelajuan sekata, membuatkannya lebih relaks dan cekap. Kotak gearnya juga tak perlu membuat kitaran dengan kerap.

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 08

Pada kelajuan lebih tinggi, kereta berkenaan menerima aliran udara (airflow) lebih tinggi menerusi radiator. Ini bermaksud sistem penyejukan dan penghawa dingin tak perlu bekerja keras.

Perkara ini lebih kurang sama dengan pelincir – perjalanan lebih panjang membolehkan kereta berkenaan untuk naik ke suhu yang sepatutnya, dan ini memberikan penjagaan lebih baik kepada enjin.

Bukankah kereta dengan ‘mileage’ tinggi perlu lebih banyak penyelenggaraan?

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 09

Secara umumnya, ya – lagi tinggi ‘mileage’ kereta, lagi banyak ‘wear and tear’ yang terjadi.

Walaubagaimanapun, jika penyelenggaraan atau komponen servis ini, contohnya pelincir, ‘belt’, penapis, tayar, dan komponen ‘suspension’ diganti tepat pada waktunya – kereta berkenaan akan terus berfungsi dengan lancar dan selamat.

Satu isu biasa dengan kereta ber’mileage’ rendah ialah servis berkalanya cenderung untuk dilengah-lengahkan sehinggalah ‘mileage’ sebenarnya tercapai.

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 10

Inilah sebabnya mengapa beberapa pengilang kereta mengenakan selang masa untuk jadual servis mereka. Kami selalunya melihat selang masa yang diberikan berada anda 10,000 km / 6 bulan atau 15,000 km / 1 tahun.

Yang lebih teruk lagi ialah apabila selang masa ini dibiarkan dan servis hanya dilakukan apabila kereta mencapai ‘mileage’ yang ditetapkan.

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 11

Dedak minyak terkumpul di dalam enjin. Imej

Lama kelamaan, minyak dan pengawet berasaskan petroleum yang terkandung dalam minyak enjin kereta mula terhakis (disebabkan oleh haba dan tekanan di dalam enjin) dan sudah tak mampu melindungi komponen enjin – meningkatkan ‘wear and tear’ dan mendapan dedak.

Oleh itu, kereta dengan ‘mileage’ tinggi yang diganti pelincirnya dengan kerap akan mempunyai mendapan dedak dan karbon lebih rendah di dalam enjin – meningkatkan jangka hayatnya.

Kesimpulan

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 12

Proses pencarian kereta terpakai yang sempurna sememangnya satu proses yang sukar. Namun, pembeli yang berminat tidak perlu mengehadkan pilihan masing-masing kepada kereta dengan ‘mileage’ rendah sahaja.

Kereta ‘mileage’ tinggi masih layak untuk dipertimbangkan jika penyelenggaraannya dilakukan tepat pada masanya dan komponen diganti mengikut saranan. Ini juga boleh membawa maksud yang enjinnya lebih sihat dan sudah disesuaikan dengan pemanduan.

Kereta terpakai dengan 'mileage' rendah pilihan lebih bagus? Tak semestinya! 13

Selain daripada mengamati jadual penyelenggaraan kereta terpakai yang ingin dibeli, sejarah pembaikan yang komprehensif juga amat penting dalam memastikan betapa baik kereta ini dijaga oleh pemilik asalnya dan apa yang boleh anda jangka daripada pembelian kereta terpakai ini.

Baca juga: 73% daripada pembeli kereta terpakai di Malaysia hanya ada bajet RM 80k

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda