window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta U-turn dan langgar arus ‘berjemaah’, elak sesak disebabkan SJR di Pulau Pinang

Mersita · May 25, 2021 02:00 PM

Kereta U-turn dan langgar arus ‘berjemaah’, elak sesak disebabkan SJR di Pulau Pinang 01

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan setelah satu video tular di media sosial menunjukkan sekumpulan kenderaan membuat pusingan U lalu melawan arus di lorong bertentangan. Kejadian berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di Jelutong, Georgetown.

Rakaman video berdurasi 2 minit 9 saat itu dipercayai diambil dari sebuah pangsapuri berhampiran dan ia jelas menunjukkan segerombolan pemandu tidak bertanggungjawab ini melakukan kesalahan yang boleh mencederakan pengguna jalan raya lain.

Kereta U-turn dan langgar arus ‘berjemaah’, elak sesak disebabkan SJR di Pulau Pinang 02

Kiri: Myvi memang tak tinggal kes-kes begini.
Kanan: Trak pikap putih dah dalam arus yang betul, boleh pula dia ikut sekali U-turn 'gohed gostan' di lorong sama.

Beberapa pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang seperti biasa dilihat terkejut dan cuba untuk mengelak daripada bertembung dengan kereta-kereta yang melanggar arus di sana. Sebuah trak pikap putih dilihat membuat pusingan U di lorong itu sendiri bagi melawan arus bersama yang lain. ‘Kentang’ habis.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dianggarkan kira-kira 30 buah kenderaan melakukan kesalahan itu beramai-ramai bagi mengelakkan kesesakan disebabkan oleh sekatan jalan raya (SJR) yang bertapak di Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan melanggar peraturan lalu lintas yang boleh membahayakan nyawa orang lain boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis juga meminta pihak yang merakam video tersebut atau orang awam yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai untuk membantu siasatan. Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan masa kejadian serta pesalah-pesalah yang terlibat dalam kejadian itu.

Sumber berita: Kosmo

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda