Membeli-belah atas talian kini semakin menjadi pilihan bagi konsumer untuk membeli apa sahaja, terutama sekali disebabkan oleh kekangan pandemik. Bagi peminat Volkswagen, berita baik untuk anda! Kini anda boleh membuat pesanan atas talian dan dapatkan kenderaan idaman anda dihantar terus ke pintu rumah!
Keselamatan kini menjadi keutamaan bagi semua dan dengan filosofi Volkswagen “people first”, servis penghantaran ke rumah ini memastikan pembeli dapat menerima kenderaan mereka dengan yakin dan selamat. Servis ini ditawarkan di semua cawangan berdaftar Volkswagen diseluruh negara.
Erik Winter, Pengarah Pengurusan VPCM berkata inisiatif ini menunjukkan evolusi Volkswagen dalam menyesuaikan diri mereka dengan tabiat membeli belah konsumer pada masa kini. “Dengan pengenalan servis ini, kami menutup jurang antara pembeli dan produk idaman mereka dan pada masa yang sama memudahkan pelanggan untuk membeli produk Volkswagen dengan selesa dari rumah.”
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Dibawah kempen Safe Hands oleh Volkswagen, inisiatif ini mengamalkan prosedur tanpa-sentuh dalam setiap proses jualan dan selepas jualan bagi memastikan keselamatan pelanggan. Ia diamalkan dalam proses penghantaran, video tutorial, sanitasi sebelum dan selepas pembaikan, bayaran tanpa tunai serta e-invoicing semasa pengambilan kereta.
Nikmati pengalaman unboxing kereta baru anda dengan Volkswagen.
Semua kereta baru Volkswagen akan dihantar dengan trak pengangkut single flatbed serta dibungkus rapi dengan pelitup kanvas. Trak pengangkut tersebut akan dibersihkan dan disanitasi sebelum dan selepas setiap penghantaran. Pemandu juga disaring dengan kerap dan sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi mengekang COVID-19.
Sebagai langkah penjagaan tambahan, Welcome Kit serta kunci kereta juga akan diletakkan di dalam kereta baru anda yang berkunci. Pemilik akan menerima notifikasi SMS apabila kereta baru mereka sudah sedia untuk dihantar dan dalam perjalanan ke rumah mereka.
Servis yang menyeluruh ini juga boleh ditambah lagi dengan pakej Volkswagen Deep Sanitisation. Dengan harga serendah RM80, 99% kuman dan bakteria akan dibasmi di bahagian dalaman dan juga sistem penghawa dingin kereta.
Pelanggan cuma perlu lawati eShowroom di laman web Volkswagen, pilih model kereta yang diingini dan seterusnya lengkapkan proses jual beli - semuanya dihujung jari. Fi penghantaran adalah percuma bagi pelanggan yang berada dalam lingkungan 20 km radius dari cawangan yang dipilih.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });