window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta Volvo baharu di Thailand terlindung daripada sinaran matahari?

Faisal · Nov 11, 2020 03:00 PM

Kereta Volvo baharu di Thailand terlindung daripada sinaran matahari? 01

Volvo Cars Thailand (VCT) meningkatkan paras kualiti ke tahap yang seterusnya dengan melancarkan gudang baru. Gudang ini dikenali sebagai Central Distribution & Training Centre (CDTC) dimana ia berfungsi sebagai pusat pengedar dan latihan.

Kereta Volvo baharu di Thailand terlindung daripada sinaran matahari? 02

Pengarah Urusan VCT, Chris Wailes

Seperti yang anda tahu, VCT hanya mengimport kereta dari negara lain termasuk Malaysia untuk Volvo XC40 dan Volvo XC60.

Kereta Volvo baharu di Thailand terlindung daripada sinaran matahari? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gudang yang baharu ini akan menjadi destinasi pertama setelah kereta tiba di pelabuhan sebelum diserahkan kepada pembeli. Usaha ini memastikan kereta dilindung di dalam persekitaran yang terkawal untuk mengekalkan kualiti Volvo Cars seperti baharu dikeluarkan dari kilang.

Kereta Volvo baharu di Thailand terlindung daripada sinaran matahari? 01

Untuk maklumat anda, gudang yang berkeluasan 23,331 meter persegi ini boleh memuatkan 550 buah kereta dalam satu masa. VCT telah berbelanja sebanyak 1 bilion baht (RM 134 juta) untuk gudang seluas ini.

Kereta Volvo baharu di Thailand terlindung daripada sinaran matahari? 02

Selain itu, gudang ini mempunyai bay Pre-Delivery Service (PDS) untuk meneliti setiap kereta terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pemilik.

Kereta Volvo baharu di Thailand terlindung daripada sinaran matahari? 03

Untuk pengetahuan anda, PDS ialah sebuah stesen perisian (software station) untuk pemeriksaan kereta secara menyeluruh. Pemeriksaan ini termasuk sistem dan software kereta untuk menepati piawaian standard Volvo.

Kereta Volvo baharu di Thailand terlindung daripada sinaran matahari? 04

Pada masa yang sama, gudang ini mempunyai Parts Distribution Centre dimana ia memberikan kemudahan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan untuk sebelum dan selepas jualan (after sales service).

Kereta Volvo baharu di Thailand terlindung daripada sinaran matahari? 05

VCT juga melengkapi gudang ini dengan pusat latihan dimana golongan profesional boleh memberi latihan di dalam persekitaran seperti sebuah bengkel.

Kereta Volvo baharu di Thailand terlindung daripada sinaran matahari? 06

Di samping itu, gudang ini mempunyai Press Centre dimana pihak media dan akhbar boleh mendapatkan info lanjut mengenai Volvo Cars termasuk sesi uji pandu di dalam persekitaran yang tertutup.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda