window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta ‘control’ Volkswagen bawa bola di EURO 2020 jadi gimik paling digemari ramai

Mersita · Jul 7, 2021 09:30 PM

Kereta ‘control’ Volkswagen bawa bola di EURO 2020 jadi gimik paling digemari ramai 01

Kejohanan bola sepak Euro 2020 yang dijalankan tahun ini diserikan dengan gimik menarik dimana sebuah kereta kawalan jauh jenama Volkswagen digunakan untuk menghantar bola ke tengah padang sebelum permainan bermula. Dalam perlawanan separuh akhir antara Itali dan Sepanyol malam tadi, kereta kawalan jauh itu muncul semula setelah ‘hilang’ buat sementara waktu dari beberapa perlawanan sebelum ini.

Kemunculan semulanya yang disambut dengan sorakan gembira dari ramai peminat meriuhkan lagi sentimen “We drive football”, slogan rasmi jenama kereta Jerman itu dalam kejohanan ini selain menjadi bukti kepada kejayaan gimik tersebut.

Kereta ‘control’ Volkswagen bawa bola di EURO 2020 jadi gimik paling digemari ramai 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model kereta elektrik Volkswagen ID.4 kecil berskala 1:5 ini yang dipandu dengan alat kawalan jauh teramatlah popular di kalangan penonton Euro 2020 sehinggakan satu laman Twitter ditubuhkan khas baginya, dipanggil Tiny Football Car.

Rata-rata pengguna media sosial ‘bersorak’ di media sosial awal pagi tadi sejurus selepas terlihat kelibat kereta Volkswagen kecil menghantar bola perlawanan ke arah pengadil, Danny Makkelie, di Stadio Olimpico, Rome awal pagi tadi.

Kereta ‘control’ Volkswagen bawa bola di EURO 2020 jadi gimik paling digemari ramai 01

Antara reaksi netizen melihat kereta VW yang ditunggu-tunggu:

Kereta ‘control’ Volkswagen bawa bola di EURO 2020 jadi gimik paling digemari ramai 02

Kereta ‘control’ Volkswagen bawa bola di EURO 2020 jadi gimik paling digemari ramai 03

Kereta ‘control’ Volkswagen bawa bola di EURO 2020 jadi gimik paling digemari ramai 04

Volkswagen merupakan rakan mobiliti kejohanan European Football Association UEFA dan jenama kereta terkenal ini menyediakan pelbagai solusi hebat untuk menghubungkan peminat dengan acara sukan popular ini.

Selain daripada gimik kereta kawalan jauh yang mencuit hati ini, Volkswagen juga menyediakan servis seperti pengangkutan kongsi berintegrasi ke stadium bagi memudahkan aliran pergerakan penonton di 12 bandaraya yang menjadi lokasi perlawanan Euro 2020.

Kereta ‘control’ Volkswagen bawa bola di EURO 2020 jadi gimik paling digemari ramai 05

Dengan penglibatan Volkswagen dalam acara sukan besar-besaran ini, ia pastinya mengukuhkan lagi pengaruh jenama kereta ini bukan saja di kalangan peminat kereta, namun juga di kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.

Kereta ‘control’ Volkswagen bawa bola di EURO 2020 jadi gimik paling digemari ramai 06

Adakah perlawanan separuh akhir England vs. Denmark awal pagi nanti (3 am, 8 Julai waktu tempatan) akan melihat kemunculan kereta kecil VW ini lagi? Jom kita tunggu dan lihat!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda