window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kerjasama Geely - DRB Hicom antara pelaburan penting ketika lawatan PM ke China

Haris · Apr 3, 2023 09:00 AM

Kerjasama Geely - DRB Hicom antara pelaburan penting ketika lawatan PM ke China 01

DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) memeterai perjanjian induk (HoA) bagi mengukuhkan lagi fasa selanjutnya kerjasama antara kedua-dua syarikat.

Dalam satu kenyataan, DRB-Hicom berkata HoA itu menyasar untuk melihat pembangunan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) sebagai hab kenderaan generasi akan datang di Tanjong Malim yang meliputi rantaian nilai penyelesaian automotif dan mobiliti meluas.

Kerjasama Geely - DRB Hicom antara pelaburan penting ketika lawatan PM ke China 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Fokus HoA itu adalah terhadap pembangunan sebuah bandar automotif bersepadu yang akan melahirkan hab industri kenderaan tenaga baharu," katanya, sambil menambah bahawa AHTV akan meliputi kawasan kira-kira 1,000 ekar dan akan diperluaskan sewajarnya bagi menampung keperluan masa hadapan.

Kedua-dua pihak kini berbincang untuk pembangunan hab kenderaan itu selepas menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk berbuat demikian pada April 2022.

MOU itu akan tamat tempoh selepas enam bulan jika tiada perjanjian muktamad ditandatangani. DRB-Hicom mengemas kini melalui pemfailan bursa pada Oktober 2022 dan kemudian Januari 2023 bahawa mereka sedang dalam perbincangan untuk melanjutkan tempoh MOU.

Kerjasama Geely - DRB Hicom antara pelaburan penting ketika lawatan PM ke China 01

HOA ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Datuk Seri Syed FAisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Daniel Li Donghui pada Forum Perniagaan Malaysia-China yang diadakan pada Sabtu (1 April), sempena lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China yang bermula pada 29 Mac.

Majlis memeterai perjanjian itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam kunjungan rasmi empat hari dari 29 Mac hingga 1 April 2023.

DRB-Hicom berkata, dalam tempoh 10 tahun akan datang, pembangunan AHTV dijangka menarik pelaburan bernilai RM32 bilion, termasuk oleh syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd (PROTON) serta pembangunan kenderaan tenaga baharu (BEV).

Baca: Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim akan jadi hab pengeluar EV, 'Detroit' versi ASEAN

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda