window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kes banduan cuci kereta – Jabatan Penjara beri penjelasan, banduan bawah BKLP

Mersita · Dec 13, 2021 02:00 PM

Kes banduan cuci kereta – Jabatan Penjara beri penjelasan, banduan bawah BKLP 01

Jabatan Penjara Malaysia telah memberi beberapa penjelasan berkaitan kes penghinaan banduan menerusi satu gambar yang tular di media sosial, menunjukkan seorang penghuni penjara mencuci kereta Perodua Axia salah seorang anggota penjara.

Gambar tular yang disertakan dengan kapsyen, “Banduan boleh basuh buat apa basuh sendiri” berbaur penghinaan menerima pelbagai reaksi dari warganet yang menganggap perkara tersebut adalah satu ‘kes buli’ dan salah guna keatas hak penghuni penjara.

Kes banduan cuci kereta – Jabatan Penjara beri penjelasan, banduan bawah BKLP 02

Gambar tular

Merujuk kepada insiden tular ini, Jabatan Penjara Malaysia mengemukakan penjelasan berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Perkhidmatan mencuci kenderaan dibuka kepada orang awam yang hendak menggunakan perkhidmatan ini dengan kadar harga bayaran berpatutan dan perkhidmatan berkualiti.

2. Penghuni penjara yang terlibat telah dilatih dan diberi kemahiran dalam program pemulihan luar penjara yang dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).

3. Setiap penghuni penjara menerima upah atau gaji hasil daripada pekerjaan yang dilakukan.

4. Program BKLP melibatkan banduan yang telah menjalani saringan ujian fizikal dan mental tertentu sehingga layak diberi pelepasan untuk menjalani BKLP dengan pemantauan anggota penjara.

5. Kebanyakan institusi menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan.

6. Masyarakat/Komuniti setempat yang berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dialu-alukan untuk berhubung dengan penjara berdekatan.

Kes banduan cuci kereta – Jabatan Penjara beri penjelasan, banduan bawah BKLP 01

Banduan bawah program BKLP.
Sumber: FB Penjara Dusun Dato' Murad - Penjara Agro

Malah, penggunaan perkhidmatan ini merupakan satu bentuk sokongan dari masyarakat dan komuniti setempat terhadap program pemulihan dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia selain menyediakan peluang pekerjaan kepada penghuni apabila mereka dibebaskan nanti. Sebarang maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi www.prison.gov.my.

Ternyata, gambar tular berserta sentimen negatif yang menyelubunginya di laman sosial hanyalah satu salah faham dan tak ramai yang sedia maklum akan perkhidmatan yang ditawarkan. Namun, ramai juga yang berpendapat bahawa ayat yang digunakan di kapsyen gambar tersebut ‘tidak sedap didengar’ dan ‘kurang beradab’.

“Sebagai Warden Penjara kau sepatutnya jaga etika di media sosial even dia banduan jangan pandang hina mana tau suatu hari nanti dia bertaubat dan taubat diterima Allah masa depan dia lagi cerah berbanding kau,” ciap seorang pengguna Twitter, @TheFatBoySlim_.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda