window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kes baru COVID-19 melonjak, bagaimana bengkel kereta di Malaysia boleh bertahan dengan PKP?

Mersita · Jul 8, 2021 08:00 PM

Kes baru COVID-19 melonjak, bagaimana bengkel kereta di Malaysia boleh bertahan dengan PKP? 01

Sejak ‘total lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dilaksanakan pada 1 Jun, periuk nasi para peniaga dan pekerja terlibat sememangnya terjejas. Industri automotif pun tidak terkecuali akibat ketidaktentuan keadaan dan keputusan pihak berkuasa.

Tidak cukup dengan keraguan yang dihadapi ketika PKPP dilaksanakan, kini bengkel kereta tidak dibenarkan beroperasi di kawasan PKPD (Diperketatkan). Ya, semuanya adalah untuk menjaga kesihatan penduduk, namun krisis untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan dan pendapatan semakin meruncing.

Kes baru COVID-19 melonjak, bagaimana bengkel kereta di Malaysia boleh bertahan dengan PKP? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WapCar sempat berbual dengan beberapa pemilik bengkel kenderaan, dan ramai mengadu tentang situasi suram yang dihadapi. Ray Wong, pemilik Ray Car Care memberitahu yang perniagaannya menjunam sehingga 70 peratus sejak ‘total lockdown’ dilaksanakan pada 1 Jun lalu.

Kes baru COVID-19 melonjak, bagaimana bengkel kereta di Malaysia boleh bertahan dengan PKP? 01

“Kesulitan pertama ialah cubaan untuk mendapatkan kelulusan MITI supaya boleh terus beroperasi, memandangkan kami tersenarai di bawah ‘essential services’. Tapi hakikatnya, proses itu sangat kucar-kacir. Walaupun kami berjaya dapat kelulusan untuk beroperasi, bisnes memang sangat perlahan.

“Walaupun kami dah buka kedai, pelanggan masuk dan minta khidmat minima saja. Melainkan ada kerja pembaikan atau servis yang berat, sebahagian besarnya hanyalah permintaan untuk menukar minyak hitam dan servis tayar. Kami dapat buat untung sedikit saja,” keluhnya.

Kes baru COVID-19 melonjak, bagaimana bengkel kereta di Malaysia boleh bertahan dengan PKP? 02

“Polisi Kerajaan yang tidak menentu mengundang banyak kekeliruan. Tambahan pula, walaupun perniagaan menurun dengan mendadak, saya masih terpaksa membayar gaji dua staf dan ‘overhead’ sekali. Sekurang-kurangnya, kos operasi saya tidaklah begitu tinggi, namun kami tak pasti sampai bila kami boleh bertahan,” tambahnya lagi.

Kes baru COVID-19 melonjak, bagaimana bengkel kereta di Malaysia boleh bertahan dengan PKP? 03

Seorang lagi pemilik bengkel, Steven Cheah dari Deutsche Motor, mengalami penurunan kira-kira 60 peratus dari segi kunjungan ke kedai. Steven berkata walaupun bengkelnya dibenarkan beroperasi, pelanggannya samada tidak sanggup mengeluarkan belanja ataupun tidak dapat berkunjung ke bengkelnya.

Kes baru COVID-19 melonjak, bagaimana bengkel kereta di Malaysia boleh bertahan dengan PKP? 04

“Perniagaan kecil dan sederhana seperti kami merana lebih lagi, memandangkan kami ada ramai staf untuk dibayar gajinya, ditambah pula dengan sewa. Saya belum memotong gaji staf mahupun membuang mana-mana pekerja kerana mereka ada membantu ketika syarikat berkembang di masa dahulu,” katanya.

Harapan di masa hadapan

Kes baru COVID-19 melonjak, bagaimana bengkel kereta di Malaysia boleh bertahan dengan PKP? 05

Ray berkata dia hanya boleh berharap yang Kerajaan akan memberi garis panduan lebih jelas tentang cara-cara untuk keluar dari PKPP ini.

“Tolong beri keputusan yang tetap, turunkan jumlah kes harian dengan strategi yang baik, jalankan vaksinasi dengan meluas. Semakin lama kita ‘lockdown’, semakin banyak perniagaan yang akan gulung tikar.

“Masalahnya sekarang, walaupun setelah sebulan ‘total lockdown’, kes harian masih meningkat walaupun rata-rata rakyat mematuhi SOP. Ia tak masuk akal. Buat masa sekarang, saya masih boleh bertahan. Siapa tahu sampai bila?” katanya lagi.

Kes baru COVID-19 melonjak, bagaimana bengkel kereta di Malaysia boleh bertahan dengan PKP? 06

Steven berharap pihak Kerajaan akan membantu kumpulan peniaga kecil dan sederhana serta golongan berpendapatan sederhana, bukan sektor awam dan asnaf sahaja.

“Sebahagian besar bantuan diberi kepada kategori B40. Bagaimana pula dengan kategori M40? Adakah kami juga tidak menyumbang kepada ekonomi?

Kes baru COVID-19 melonjak, bagaimana bengkel kereta di Malaysia boleh bertahan dengan PKP? 07

“Pantau pemilik kedai sewa yang telah mengambil moratorium tapi masih tidak mahu memberi diskaun sewa kepada penyewanya. Dalam masa genting sebegini, kita sepatutnya bantu-membantu antara satu sama lain,” tegasnya lagi.

Steven berkongsi sentimen yang sama, dan dia juga berpendapat bahawa ekonomi industri bengkel kereta akan menjunam lebih teruk jika situasi terkini terus berlaku. Katanya, banyak perniagaan sudah gulung tikar dan mereka mencuba sedaya upaya untuk bertahan.

Kesimpulan

Kes baru COVID-19 melonjak, bagaimana bengkel kereta di Malaysia boleh bertahan dengan PKP? 08

Persoalannya ialah; mengapa kes baharu jangkitan COVID-19 harian masih berada pada paras tinggi? Apakah langkah yang kita ambil selama ini tidak berkesan? Apabila ternyata ianya tidak berkesan, adakah langkah pencegahan seterusnya cukup tegas dan disasarkan terus kepada punca masalah sebenar?

Hari ini (8 Julai), kita mencatatkan kes jangkitan baharu pada angka hampir 9,000 kes (8,868 kes) setelah beberapa minggu kekal pada kadar sekitar 6,000 kes. Harapan untuk pulih daripada pandemik ini dalam masa terdekat semakin kelam, bolehkah kita bertahan? Apa-apa pun, kita harus kuatkan semangat dan semoga industri terkesan, termasuklah automotif, mampu bertahan dan pulih dari kesusahan ini di masa akan datang.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda