window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kes cermin terkena balingan batu dari jejantas highway PLUS terjawab, suspek buat angkara dendam

Faisal ยท Nov 11, 2021 02:00 PM

Kes cermin terkena balingan batu dari jejantas highway PLUS terjawab, suspek buat angkara dendam 01

Foto: PDRM.

Tempoh hari, kecoh satu Malaysia mengenai kejadian balingan batu dari jejantas Lebuhraya Utara-Selatan di perkarangan Bandar Darulaman, Kedah. Bayangkan tengah sedap laju, tiba-tiba cermin kereta berkecai akibat impak dari batu yang agak besar.

Juga baca(Video) Malang tak berbau, cermin Perodua Myvi ini berkecai dibaling batu dari jejantas highway

Walau bagaimanapun, kes aniaya ini telah terjawab dimana pihak polis Daerah Kubang Pasu telahpun menahan seorang lelaki yang berusia 34 tahun.

Hasil siasatan terhadap lelaki itu mendapati bahawa perbuatan tidak bermoral itu dibuat semata-mata sebab dendam akan kenderaan berat yang sering menghimpit motosikalnya sebelum ini. Namun setiap kali selepas membaling, lelaki itu akan cepat-cepat sorok.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kes cermin terkena balingan batu dari jejantas highway PLUS terjawab, suspek buat angkara dendam 01

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, pasukan anggota polis ternampak seorang penunggang motosikal berwarna biru di atas jejantas terbabit. Hasil pemeriksaan yang dijalankan berjaya menemukan dua ketul batu di dalam bakul motosikal berkenaan.

Semakan lanjut mendedahkan bahawa suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin.

Kes cermin terkena balingan batu dari jejantas highway PLUS terjawab, suspek buat angkara dendam 02

Kes ini apapun disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Sumber: Awani

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda