window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kes Jalan Temiang ‘dicemari’ bangsa H - berdepan denda RM 2k, polis panggil ahli konvoi!

Haris · Jan 24, 2022 11:59 AM

Kes Jalan Temiang ‘dicemari’ bangsa H - berdepan denda RM 2k, polis panggil ahli konvoi! 01

Kecoh hujung minggu lepas apabila sekumpulan pemilik kenderaan Honda Civic generasi FC membanjiri jalan pintas Temiang untuk aktiviti kelab kenderaan mereka. Walaubagaimanapun, aktiviti tersebut menerima kecaman warganet kerana kesemua mereka meletakkan kenderaan beramai-ramai di lorong kecemasan, suatu kesalahan trafik di negara kita.

Selain itu, kelab pemilik Honda Civic generasi FC tersebut, FCCM - FC Club Malaysia dengan bangganya mempamerkan gambar-gambar kesalahan trafik tersebut di laman Facebook rasmi mereka. Namun, hantaran tersebut tidak berpanjangan kerana ia kini sudah dipadam oleh pengendali akaun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kes Jalan Temiang ‘dicemari’ bangsa H - berdepan denda RM 2k, polis panggil ahli konvoi! 01

Bertindak selepas ditularkan oleh orang awam, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman hari ini telah membuat kenyataan berhubung kes tersebut.

"Untuk permulaan kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, kita dah kenal pasti kira-kira 48 kereta setakat ini. Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah seperti yang tular itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Kes Jalan Temiang ‘dicemari’ bangsa H - berdepan denda RM 2k, polis panggil ahli konvoi! 02

Tangkap layar kejadian

"Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu mengikut Kaedah 53(1) Peraturan Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan daripada apa-apa kelas diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hukuman denda juga boleh dikenakan ke atas individu yang terlibat di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta denda maksimum RM 2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

@shahirr2 #fyppppp ♬ Know Me Too Well - New Hope Club & Danna Paola

Sehubungan itu, Mohd Fazley menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Jalan pintas Temiang kini menjadi pusat tumpuan orang ramai kerana jalan raya tersebut berlatar belakang keindahan flora yang menarik. Jika tiada sebarang tindakan tegas dari pihak berkuasa, tidak hairanlah jika suatu hari nanti ia akan dicemari dengan gerai penjaja kecil yang menjual makanan dan minuman, seterusnya akan dipenuhi sampah sarap suatu hari nanti.

Baca: Berikutan nahas 10 maut, MIROS beri peringatan lorong kecemasan bukan tempat baiki kenderaan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda