window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kes konstabel maut di Johor, pemandu Perodua Myvi tanggung dakwaan bertubi-tubi

Mersita ยท Nov 13, 2020 07:00 PM

Kes konstabel maut di Johor, pemandu Perodua Myvi tanggung dakwaan bertubi-tubi 01

Rondaan polis pada 1 November lalu malangnya berakhir dengan kematian seorang konstabel muda dalam satu kemalangan di Johor Bahru. Kemalangan itu membabitkan kereta peronda polis (MPV) yang bertembung dengan sebuah Perodua Aruz ketika dalam aksi kejar-mengejar antara MPV itu dan sebuah Perodua Myvi yang disyaki dipandu penjenayah.

MPV polis itu malangnya terbalik dan menyebabkan kematian mangsa, Nicholester Dadup Anak Unggat yang berumur 20 tahun manakala rakannya, Lans Koperal Mohammad Fadhirul Musa, 32, parah dalam kemalangan tersebut.

Kes konstabel maut di Johor, pemandu Perodua Myvi tanggung dakwaan bertubi-tubi 02

Sumber: FB KES Jenayah

Pemandu Perodua Myvi itu cuba untuk lari dari polis yang membuat rondaan tersebut dan suspek enggan berhenti apabila diberi arahan. Suspek berjaya meloloskan diri setelah MPV polis itu terbalik setelah melanggar Perodua Aruz tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suspek sudahpun berjaya ditangkap. Apakah kesudahannya jika anda memandu secara merbahaya dan menyebabkan kematian dalam kes sebegini?

Pemandu Myvi tersebut dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun, denda RM 30,000, serta hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen selama 5 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret baru-baru ini. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes konstabel maut di Johor, pemandu Perodua Myvi tanggung dakwaan bertubi-tubi 01

Bukan itu saja. Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak memiliki lesen. Hukuman termasuklah denda RM 1,800 dan penjara 3 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tambahan lagi, tahukah anda lari dari pihak polis akan menyebabkan anda didakwa menghalang tugas penjawat awam? Dalam tuduhan berasingan, pemandu Myvi ini turut didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dimana beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan yang akan dijalankan secara berasingan dan denda RM 5,000 atau penjara 5 bulan sekiranya denda gagal dibayar.

Kenapa pemandu Myvi ini larikan diri, ya?

Kes konstabel maut di Johor, pemandu Perodua Myvi tanggung dakwaan bertubi-tubi 02

Dari satu kesilapan, datang kesilapan-kesilapan yang lain. Pemandu Myvi itu mengaku bersalah memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya. Oleh itu, tertuduh akan dijel 8 bulan atas kesalahan ini.

Pemandu Myvi itu tidak berseorangan – rakannya yang berada di dalam kereta sama sewaktu aksi kejar-mengejar itu juga akan dijel 8 bulan atas pertuduhan ke-4 ini kerana membawa dadah di dalam badan.

Kumpulan tertuduh ini didahului dengan tangkapan seorang ibu tunggal yang membenarkan teman lelakinya dan rakannya yang tidak berlesen mengambil Perodua Myvi yang disewanya itu. Tertuduh wanita ini dipenjara 8 bulan dan denda RM 1,000 atas kesalahan ini. Tertuduh turut dikenakan hukuman penjara 8 bulan setelah mengaku bersalah memasukkan dadah jenis sama di dalam badannya.

Kes konstabel maut di Johor, pemandu Perodua Myvi tanggung dakwaan bertubi-tubi 03

Teman lelakinya pula didenda RM 1,000 jika gagal membayar 3 bulan penjara selepas mengaku bersalah memandu tanpa lesen.

Keempat-empat yang tertuduh dalam kes kemalangan ini tidak diwakili peguam.

Disebabkan oleh kemalangan itu, siasatan menyeluruh dibuat dan akhirnya kematian konstabel tersebut sudah terbela di bawah undang-undang kita. Pihak polis berusaha sedaya upaya untuk kekalkan keselamatan dan keharmonian negara dan oleh sebab ini kita harus hargai pengorbanan mereka.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda