window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kesan kawalan subsidi, bilangan kenderaan Thailand isi diesel di sempadan Malaysia menurun 50% - laporan

Faisal · Jun 21, 2024 04:29 PM

Kesan kawalan subsidi, bilangan kenderaan Thailand isi diesel di sempadan Malaysia menurun 50% - laporan 01

Satu tinjauan yang dibuat oleh Bernama di beberapa stesen minyak berdekatan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menunjukkan bahawa bilangan kenderaan dengan plat Thailand yang mengisi diesel di sekitar sempadan negara telah menurun dengan ketara sejak subsidi diesel bersasar diumumkan pada 10 Jun lalu.

Juga bacaBantuan RM 200/bulan untuk kenderaan diesel persendirian TAK CUKUP? Kajian maklum balas akan dibuat

Pelaksanaan ini dilihat boleh mengurangkan keuntungan stesen minyak tetapi menurut Mohamad Nekmat Ariffin, pengusaha sebuah stesen minyak di Changlun yang terletak 8 km dari sempadan itu, perkara ini langsung tidak menjejaskan perniagaannya kerana 80% daripada jualan diesel di stesen beliau diperuntukkan untuk syarikat logistik iaitu pelanggan tetapnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kesan kawalan subsidi, bilangan kenderaan Thailand isi diesel di sempadan Malaysia menurun 50% - laporan 01

Gambar hiasan

Jelas beliau dalam laporan akhbar sohor itu, "Hanya 20% daripada kuota diesel kami dijual kepada kenderaan persendirian atau komersial, termasuk kenderaan asing yang mana pembeliannya dihadkan kepada 20 liter untuk setiap transaksi. Namun sekarang, tidak banyak kenderaan asing yang mengisi minyak di sini. hanya kenderaan penumpang seperti van sahaja yang datang mengisi. Kalau sebelum ini, banyak kenderaan asing jenis pacuan empat roda".

Menariknya, beliau sebenarnya menyokong subsidi diesel bersasar kerana sudah banyak ketirisan diesel ke negara luar.

Ulas beliau dalam hal ini, "Kenderaan asing selalunya akan mengisi minyak di beberapa lokasi stesen yang berbeza. Disebabkan itu, kami tidak dapat mengesan pergerakan atau berapa kali mereka mengisi".

Kalau anda nak tahu, Ariffin memaklumkan bahawa jualan diesel di tempatnya menurun hanya kerana beberapa syarikat logistik menangguhkan operasi masing-masing sementara menunggu kad 'fleet' diesel siap untuk mendapatkan semula subsidi.

Kesan kawalan subsidi, bilangan kenderaan Thailand isi diesel di sempadan Malaysia menurun 50% - laporan 02

Gambar hiasan

Seorang pekerja di stesen minyak Lebuhraya Bukit Kayu Hitam-Jitra pula melaporkan kepada akhbar itu bahawa jumlah kenderaan luar yang mengisi diesel telah berkurang sebanyak lebih 50%. Kata pekerja itu, "Sebelum ini, kita menjual sebanyak 8,000 liter diesel B10 setiap hari. Namun sekarang, ia menurun kepada 5,000 - 6,000 liter. Kenderaan tempatan juga kurang mengisi, mungkin disebabkan mereka menunggu kad 'fleet' masing-masing".

Untuk pengetahuan anda, pengurusan stesen minyak tersebut mengehadkan pembelian diesel untuk kenderaan asing kepada RM 30 sahaja walaupun had yang dibenarkan ialah 20 liter. Jika kenderaan sama kembali semula, mereka mengehadkan kepada RM 20 pula.

Kesan kawalan subsidi, bilangan kenderaan Thailand isi diesel di sempadan Malaysia menurun 50% - laporan 03

Gambar hiasan

Sementara itu, Brian Yuen iaitu pengurus stesen minyak di Napoh yang terletak 18 km dari sempadan melaporkan kepada Bernama bahawa jualan diesel mereka telah menurun sebanyak 50%. Ulas beliau, "Perkara ini tidak menjadi isu kerana stesen kami meletakkan fokus pada jualan petrol. Sebelum ini, kami menjual 1,000 - 2,000 liter diesel setiap hari. Sekarang, hanya ratusan liter sahaja".

Juga bacaMAA: Tiada kesan besar daripada penarikan subsidi diesel, ramalan TIV sebanyak 740k unit akan kekal, tetapi insentif hibrid diperlukan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda