window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ketahui 5 kereta dengan road tax paling mahal di Malaysia!

Haris · Jun 11, 2020 11:24 AM

Ketahui 5 kereta dengan road tax paling mahal di Malaysia! 01

Ramai orang mengidamkan sebuah kereta berprestasi tinggi atau mewah. Namun, tak semua orang berpeluang memilikinya. Jadi, dengan lambakan kereta berprestasi tinggi dan mewah dalam pasaran, kereta manakah yang benar-benar lambang kekayaan pemiliknya?

1. Bugatti Chiron 8.0L – RM 24,630*

Ketahui 5 kereta dengan road tax paling mahal di Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2. Rolls-Royce Phantom / Bentley Mulsanne 6.75L – RM 19,005*

Ketahui 5 kereta dengan road tax paling mahal di Malaysia! 01

3. Rolls-Royce Ghost 6.6L – RM 18,330*

Ketahui 5 kereta dengan road tax paling mahal di Malaysia! 02

4. Lamborghini Aventador/Ferrari 812 6.5L – RM 17,880*

Ketahui 5 kereta dengan road tax paling mahal di Malaysia! 03

5. Bentley Continental GT 6.0L – RM 15,630*

Ketahui 5 kereta dengan road tax paling mahal di Malaysia! 04

*anggaran mengikut jumlah CC enjin yang dibundarkan; contohnya 6,000 cc. Angka sebenar mungkin sedikit berbeza namun jumlahnya masih mahal.

Pemilik Bugatti Chiron di Malaysia secara teknikalnya membeli sebuah Perodua Axia manual setiap tahun untuk memperbaharui road tax.

Berikut adalah pengiraan ringkas struktur cukai jalan Malaysia, khususnya road tax kenderaan persendirian.

Terdapat 2 kategori - kereta saloon dan kereta bukan saloon. Kereta saloon merangkumi sedan, hatchback, coupe, wagon dan convertible. Sementara itu, kereta bukan saloon adalah MPV, SUV, trak pikap dan van.

Untuk kereta saloon, harga asas bermula seperti berikut:

RM 20 untuk enjin 1,000 cc ke bawah, 

RM 55 untuk 1,001 cc hingga 1,200 cc

RM 70 untuk 1,201 cc hingga 1,400 cc

RM 90 untuk 1,401 cc hingga 1,600 cc.

Selepas itu, harga untuk setiap cc semakin meningkat. Untuk setiap kenaikan satu cc, ada jumlah tertentu yang meningkat di atas harga asas. Misalnya, kadar asas untuk 2,000 cc adalah RM 380 dan kadar peningkatan adalah RM 1 untuk satu cc. Sebagai contoh, road tax bagi enjin 2,500 cc akan berharga RM 880 [RM 380 + RM 1(500cc)] untuk setiap tahun.

Ketahui 5 kereta dengan road tax paling mahal di Malaysia! 05

Kadar tersebut tentulah semakin tinggi bagi enjin 3,000 cc ke atas, iaitu sebanyak RM 4.50 untuk satu cc. Kadar asas bagi enjin 3,000 cc adalah RM 2,130

Jadi bagaimanakah pengiraan road tax untuk Bugatti Chiron? Chiron mempunyai enjin berjumlah 8,000 cc (secara tepatnya 7,993 cc tetapi kami akan membundarkannya menjadi 8,000 cc untuk memudahkan pengiraan). Oleh itu, [RM 2,130 + RM 4.50(5,000 cc)] sama dengan RM 24,630.

Kereta bukan saloon mempunyai pengiraan kadar asas dan kadar peningkatan yang berbeza. Sebagai perbandingan, kadar asas untuk enjin 3,000 cc ke atas adalah sebanyak RM 1,460. Kadar peningkatan pula adalah pada RM 1.60 bagi satu cc.

Ketahui 5 kereta dengan road tax paling mahal di Malaysia! 06

Rolls Royce Cullinan

Oleh itu, jika anda mahukan ‘penjimatan’, anda boleh lah membeli Rolls Royce Cullinan (6,750 cc, kereta bukan saloon) dengan road tax sebanyak RM 7,640. Berbanding Rolls Royce Phantom (6,750 cc, kereta saloon) yang mempunyai road tax sebanyak RM 19,005. Memang ‘jimat’ kan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Bentley Mulsanne Speed

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda