window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan!

Haris · Sep 30, 2020 05:00 PM

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 01

Proton X50 sedang melakukan apa yang dilakukan oleh Proton X70 dalam kelas masing-masing. Kedua-duanya menawarkan lebih fungsi dalam satu tanda harga yang mengalahkan kesemua pesaing-pesaingnya.

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 01

Bukan sekadar sebuah rebadge, Proton bekerja keras untuk memastikan Proton X50 untuk menerima sebuah nafas baru yang bercitra tempatan. Antaranya adalah talaan Proton Ride & Handling yang meningkatkan lagi mutu pemanduan SUV segmen B ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 01

Jika anda benar-benar berminat, ketahui dahulu apa terma-terma dan ciri-ciri yang ada pada sebuah Proton X50.

Aspek Trenkuasa

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 02

1.5T: Turbo

Enjin 1.5 liter Turbo digunakan dalam semua varian kecuali varian paling atas (Flagship).

1.5TGDi: Turbocharged Gasoline Direct Injection (Suntikan Terus Berkuasa Turbo)

Enjin 1.5 liter TGDi hanya digunakan pada varian paling atas iaitu varian Flagship.

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 03

MPI: Multi Port Injection (Liang Suntikan Pelbagai)

Dalam susun atur enjin 1.5T, suntikan bahan api dilakukan secara terus dalam satu liang. Bagi susun atur enjin 1.5TGDi pula, suntikan bahan api dilakukan dalam beberapa liang suntikan untuk memberikan lebih kuasa.

Dual VVT: Dual Variable Valve Timing (Pemboleh Ubah Pemasaan Injap Berkembar)

Kelengkapan ini menentukan aspek pemasaan dalam pembukaan dan penutupan injap. Penggunaan Dual VVT meningkatkan lagi kadar efisien bahan api.

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 04

Proton X50 didakwa mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 6.5 liter / 100 km pada enjin 1.5T manakala 6.4 liter / 100 km pada enjin 1.5TGDi.

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 05

DCT: Dual Clucth Transmision (Transmisi Klac Berkembar)

Proton X50 mennggunakan transmisi klac berkembar dalam memberikan sensasi pemanduan yang lebih lancar. Transmisi DCT jenis basah bermakna klac berada dalam bendalir kotak gear dan memastikan suhu sentiasa terkawal. Spesifikasi ini sesuai dengan suhu iklim Malaysia.

Aspek Teknikal

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 06

BMA: B-segment Modular Architecture (Kerangka Modular Segmen B)

Pengeluar menggunakan platform yang sama (platform BMA) untuk memudahkan pembinaan sesebuah kereta. Teknologi platform selalunya dikongsi antara beberapa pengeluar untuk mengurangkan kos pembangunan.

Geely Binyue / Proton X50 adalah model kereta pertama yang menggunakan platform ini.

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 07

GKUI: Geely Key User Interface (Antaramuka Pengguna Utama Geely)

Perisian hak milik Geely ini adalah sebuah sistem operasi yang digunakan oleh pengguna pada Proton X50. Sistem ini mengawal sistem infotainment berskrin 8 atau 10.25 inci, sistem ‘hi Proton’ dan sistem pautan telefon pintar.

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 08

Proton X50 menggunakan sistem operasi GKUI 19 iaitu sistem terbaharu yang dikeluarkan untuk pengguna. Tiada fungsi Apple Carplay dan Android Auto tetapi fungsi Mirrorlink masih dikekalkan.

Kesimpulan

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 09

Proton X50 sememangnya merupakan sebuah kenderaan yang sarat dengan ciri-ciri terbaru. Dalam pandu uji hari ini, banyak lagi fungsi-fungsi Proton X50 yang telah didedahkan.

Ketahui ciri-ciri dalam sebuah Proton X50 melalui terma yang digunakan! 10

Selain daripada aspek trenkuasa dan teknikal, Proton X50 turut dilengkapi dengan aspek keselamatan yang terkini. Ikuti ringkasan mengenai aspek keselamatan di sini.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda