window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Khabar angin – Toyota Alphard baharu akan tiba pada H2 2022, ada enjin 2.4L turbo?

Faisal · Aug 9, 2021 01:00 PM

Khabar angin – Toyota Alphard baharu akan tiba pada H2 2022, ada enjin 2.4L turbo? 01

Setelah beransur sejak tahun 2015, pasti ramai yang nantikan keluaran baharu buat Toyota Alphard. Maklumlah, dah 6 tahun kan.

Baru-baru ini, media automotif Jepun, creative311 melaporkan terdapat desas-desus bahawa Toyota Alphard generasi baru (AH40) bakal diperkenalkan SEAWAL separuh kedua tahun 2022.

Khabar angin – Toyota Alphard baharu akan tiba pada H2 2022, ada enjin 2.4L turbo? 02

Lakaran oleh Magazine-X.

Pada masa yang sama, laman automobil domestik di Jepun, Magazine-X, telah mengeluarkan satu lakaran seolah ilustrasi buat Toyota Alphard generasi seterusnya. Menurut mereka, Alphard baharu akan mengekalkan elemen reka bentuk dan profil seperti model sekarang tetapi dengan perubahan pada bahagian tiang A untuk jarak penglihatan yang lebih baik buat pemandu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Khabar angin – Toyota Alphard baharu akan tiba pada H2 2022, ada enjin 2.4L turbo? 01

Lakaran sebelum ini yang dikeluarkan oleh BestCarWeb.

Bercakap mengenainya, Alphard generasi akan datang juga dikhabarkan hadir dengan platform TNGA yang mana ia menjanjikan pengendalian dan keselesaan yang lebih mantap berbanding model sekarang.

Juga bacaToyota Alphard baharu bakal guna platform TNGA dan enjin hybrid dipertingkat, pelancaran tahun 2022!

Khabar angin – Toyota Alphard baharu akan tiba pada H2 2022, ada enjin 2.4L turbo? 02

Kata mereka juga, Alphard baharu akan datang dengan enjin A25A aspirasi natural 2.5L Dynamic Force yang dipadankan dengan transmisi Direct-Shift CVT. Untuk maklumat anda, enjin yang sama pada Toyota RAV4 menghasilkan 207 PS dan 243 Nm tork.

Khabar angin – Toyota Alphard baharu akan tiba pada H2 2022, ada enjin 2.4L turbo? 03

Untuk pematuhan piawaian alam sekitar yang semakin ketat, enjin 3.5L V6 juga katanya akan diganti dengan enjin T24A 2.4L turbo yang telahpun diperkenalkan pada Lexus NX serba baharu (varian NX 350). Untuk SUV premium itu, enjin ini menghasilkan 279 PS dan 430 Nm tork.

Juga bacaLexus NX 2022 serba baharu; enjin 2.4L turbo, model hibrid 'plug-in' pertama Lexus

Khabar angin – Toyota Alphard baharu akan tiba pada H2 2022, ada enjin 2.4L turbo? 04

Toyota Alphard model UMW yang diletakkan bersebelahan dengan Vellfire.

Sebelum ini, kami pernah laporkan bahawa Toyota Vellfire tidak akan lagi diteruskan buat generasi yang akan datang. Bagi anda yang belum tahu, Toyota Alphard jauh lebih laku. Dengan itu, keputusan Toyota untuk menggugurkan terus model Vellfire sangatlah masuk akal.

Juga bacaToyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda