window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Khas untuk Indonesia, Toyota Avanza GR Sport ini jadi model terakhir sebelum model DNGA tiba

Mersita Β· Aug 6, 2021 06:10 PM

Khas untuk Indonesia, Toyota Avanza GR Sport ini jadi model terakhir sebelum model DNGA tiba 01

Penjenamaan GR Sport Toyota yang semakin berkembang tak lama lagi akan merangkumi Toyota Avanza, menurut risalah dari Indonesia yang bocor di media sosial.

Khas untuk Indonesia, Toyota Avanza GR Sport ini jadi model terakhir sebelum model DNGA tiba 02

Menurut laman Instagram indra_fathan, Toyota Indonesia akan melancarkan Avanza GR Sport tidak lama lagi, dijual di sana sebagai Veloz GR Sport. Avanza GR Sport ini akan menjadi model terakhir bagi model generasi terkini, sebelum model generasi terbaru iaitu berdasarkan platform DNGA dilancarkan nanti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Toyota Avanza generasi baharu akan guna enjin Ativa, bakal didedahkan Nov 2021?

Khas untuk Indonesia, Toyota Avanza GR Sport ini jadi model terakhir sebelum model DNGA tiba 01

Perbezaan yang boleh dilihat termasuklah bampar hadapan dan belakang gaya GR Sport, rim aloi dan cermin sisi berwarna hitam, serta lambang GR Sport di beberapa bahagian badannya.

Khas untuk Indonesia, Toyota Avanza GR Sport ini jadi model terakhir sebelum model DNGA tiba 02

Walaubagaimanapun, berbeza dengan Vios GR Sport Malaysia, ruang dalaman Avanza GR Sport yang khas untuk Indonesia sahaja ini kekal sama. Tiada sentuhan GR Sport dapat dilihat di mana-mana ruang dalam kabinnya.

Baca juga: Kebaikan & Kekurangan: Toyota Vios GR-S 2021, prestasi GR-Sebenar atau prestasi Tipu-R?

Khas untuk Indonesia, Toyota Avanza GR Sport ini jadi model terakhir sebelum model DNGA tiba 03

Sama juga dengan trenkuasa dan pengendaliannya - tiada perubahan bagi kedua-dua aspek ini. Toyota Veloz spesifikasi Indonesia diberi dua pilihan trenkuasa iaitu enjin 1.3 liter (94 PS, 121 Nm) dan 1.5 liter (104 PS, 136 Nm). Kedua-dua enjin ini menghantar kuasa pacuan ke roda belakang menerusi kotak gear automatik 4 kelajuan ataupun manual 5 kelajuan.

Sumber-sumber juga mendapati yang Toyota Indonesia akan melancarkan Toyota GR Sport ini pada 9 Ogos. Ikuti kami di Facebook WapCar – BM untuk perkembangan seterusnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda