window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Carens generasi 2023 dilancarkan di Vietnam - 3 pilihan enjin, penawaran sampai 7 varian!

Faisal · Nov 16, 2022 11:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Indonesia, Carens generasi baharu hanya ditawarkan dengan 2 varian tetapi di Vietnam, ia hadir sehingga 7 pilihan varian. Harga di sana bermula dari 619 juta VND hingga 859 juta VND (~RM 115k – RM 159k). Dalam pasaran negara itu, julat harga ini kiranya lebih kurang sama dengan Toyota Veloz Cross (658 juta VND, ~RM 122k) dan Toyota Innova (755 juta VND – 885 juta VND, ~RM 140k – RM 164k).

Kia Carens generasi 2023 dilancarkan di Vietnam - 3 pilihan enjin, penawaran sampai 7 varian! 01

Walaupun dengan harga lebih mahal, jualan Kia sememangnya cukup cemerlang di pasaran Vietnam.

Kia Carens generasi 2023 dilancarkan di Vietnam - 3 pilihan enjin, penawaran sampai 7 varian! 02

Secara amnya, Carens nampak macam crossover segmen B tetapi ia sebenarnya dibina atas platform Seltos yang dipanjangkan. Pilihan enjin yang ditawarkan di sana adalah unit petrol 1.5L Smartstream (113 PS, 144 Nm), 1.4L Turbo Smartstream (138 PS, 242 Nm) dan 1.5L diesel CRDi (113 PS, 250 Nm).

Juga bacaKia Carens serba baharu 2022 membuat debut – kini ala SUV, Xpander, Aruz, BR-V boleh tercabar?

Kia Carens generasi 2023 dilancarkan di Vietnam - 3 pilihan enjin, penawaran sampai 7 varian! 03

Enjin NA dipadankan dengan transmisi CVT IVT atau manual 6 kelajuan. Enjin turbo pula dengan DCT 7 kelajuan. Unit diesel pula digandingkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Kia Carens generasi 2023 dilancarkan di Vietnam - 3 pilihan enjin, penawaran sampai 7 varian! 04

Secara standard, Kia Carens 2023 di Vietnam datang standard dengan konfigurasi 7 tempat duduk tetapi varian Signature boleh juga didapati dengan susunan 6 tempat duduk yang mana baris tengahnya adalah kerusi kapten.

Kia Carens generasi 2023 dilancarkan di Vietnam - 3 pilihan enjin, penawaran sampai 7 varian! 05

Antara kelengkapan yang ada pada semua varian adalah lampu depan LED automatik, lampu belakang jenis LED, rim 17 inci dwi-tona, bampar belakang dwi-tona dan spoiler belakang.

Kia Carens generasi 2023 dilancarkan di Vietnam - 3 pilihan enjin, penawaran sampai 7 varian! 06

Dengan jarak roda yang terpanjang dalam segmen, interior Kia Carens 2023 menawarkan ruang yang cukup luas.

Kia Carens generasi 2023 dilancarkan di Vietnam - 3 pilihan enjin, penawaran sampai 7 varian! 07

Bergantung pada varian, Kia Carens di Vietnam hadir dengan ciri keselamatan seperti berikut:

  • Sistem audio Bose dengan 8 pembesar suara
  • Penyejuk tempat duduk depan
  • Bumbung suria
  • Pad pengecas nirwayar
  • Infotainment 10.25 inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto jenis nirwayar
  • Kluster digital 12.5 inci
  • Penyaman udara automatik

Kia Carens generasi 2023 dilancarkan di Vietnam - 3 pilihan enjin, penawaran sampai 7 varian! 08

Walaupun kelengkapannya macam banyak, ciri keselamatan ADAS sebenarnya tidak didatangkan langsung.

Kia Carens generasi 2023 dilancarkan di Vietnam - 3 pilihan enjin, penawaran sampai 7 varian! 09

Apapun, pembeli di Malaysia yang berminat dengan Kia Carens generasi baharu perlu menunggu dahulu kerana BAuto masih belum memberikan sebarang pengumuman selain daripada beberapa model SUV seperti Sportage dan juga Sorento baharu.

Juga bacaKia Carnival, Sportage, Sorento & Niro baru akan masuk Malaysia sekali EV, CKD seawal April 2022

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carens Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda