window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Carens serba baharu 2022 membuat debut – kini ala SUV, Xpander, Aruz, BR-V boleh tercabar?

Faisal · Dec 16, 2021 07:00 PM

Kia Carens serba baharu 2022 membuat debut – kini ala SUV, Xpander, Aruz, BR-V boleh tercabar? 01

Kia Carens generasi baharu 2022 sebentar tadi baru sahaja membuat debut global di India. Untuk generasi kali ini, kereta 3 baris yang kita kenal dahulu menerapkan unsur kenderaan rekreasi ala SUV.

Eksterior

Kia Carens serba baharu 2022 membuat debut – kini ala SUV, Xpander, Aruz, BR-V boleh tercabar? 02

Perkara pertama yang paling menyerlah pada Kia Caren baharu adalah imejnya dimana kereta 3 baris buatan Korea yang ikonik ini tampil dengan elemen Kia moden yang berunsurkan harimau. Visual yang hendak disampaikan ditonjolkan lagi dengan lampu belakang dan DRL jenis Star Map. Lampu hadapan jenis Crown Jewel juga turut diterapkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Interior

Kia Carens serba baharu 2022 membuat debut – kini ala SUV, Xpander, Aruz, BR-V boleh tercabar? 01

Pada bahagian dalam, Kia Carens baharu tampil dengan imej yang cukup moden dimana ia menggunakan unsur reka bentuk yang kemas dan penuh dengan unsur ergonomik. Bahagian kabinnya lengkap dengan Ambient Mood Lighting 64 warna.

Antara ciri praktikal yang ditekankan adalah One Touch Easy Electric Tumble untuk baris kedua yang mana ia memudahkan penumpang di baris ketiga untuk keluar masuk kenderaan. Bercakap mengenai penumpang, Kia mendakwa bahawa jarak roda Carens baharu adalah yang terpanjang dalam kelasnya dan ini bermaksud ruang di baris ketiga juga cukup menyelesakan.

Kia Carens serba baharu 2022 membuat debut – kini ala SUV, Xpander, Aruz, BR-V boleh tercabar? 02

Lakaran konsol tengah pada Kia Carens 2022.

Satu lagi ciri yang memudahkan penumpang adalah meja yang diintegrasikan pada bahagian sandar kerusi, bekas bawah tempat duduk dan pelbagai bilangan pemegang cawan termasuk ciri penyejuk.

Antara kelengkapan moden yang ada termasuklah:

  • Infotainment 10.25 inci dengan Kia Connect
  • Sistem bunyi Bose Premium dengan 8 pembesar suara
  • Pembersih udara pintar
  • Bumbung suria Skylight
  • Pengecas telefon tanpa wayar
  • Penyegar udara

Trenkuasa

Kia Carens serba baharu 2022 membuat debut – kini ala SUV, Xpander, Aruz, BR-V boleh tercabar? 03

Kia belum mendedahkan maklumat lanjut tetapi setakat ini, enjin petrol dan diesel beserta transmisi DCT 7 kelajuan dan automatik 6 kelajuan sudah diumumkan.

Keselamatan

Kia Carens 2022 di India didatangkan standard Hi-Secure Safery Package yang mana ia merangkumi ciri 6 beg udara, ESC, Vehicle Stability Management (VSM) dan Brake Assist System (BAS).

Kia Carens serba baharu 2022 membuat debut – kini ala SUV, Xpander, Aruz, BR-V boleh tercabar? 04

Kia Carens terakhir yang dijual di Malaysia - Naza Citra II Rondo.

Menurut Kia Corporation, Carens baharu akan beransur ke pasaran lain bermula suku pertama tahun 2022. Adakah Malaysia berpotensi besar? Sama-sama kita tunggu.

Juga bacaKia Carnival, Sportage, Sorento & Niro baru akan masuk Malaysia sekali EV, CKD seawal April 2022

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda