window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Carnival 2022 CKD Malaysia akan ke Thailand, eksport ASEAN akan menyusul

Mersita · Aug 3, 2022 07:00 PM

Kia Carnival 2022 CKD Malaysia akan ke Thailand, eksport ASEAN akan menyusul 01

  • MPV 11 tempat duduk, Kia Carnival, akan dipasang tempatan (CKD) tak lama lagi
  • Kan dijual bersama varian 7, 8 tempat duduk
  • Dijadualkan untuk eksport ke Thailand dan negara-negara ASEAN lain

Kia Carnival 2022 11 tempat duduk – pada mulanya diperkenalkan di Malaysia dengan unit eksport (CBU) dari Korea – tidak lama lagi akan dipasang secara domestik (CKD) di Kulim, Kedah untuk dijual bersama dengan varian CKD 7 dan 8 tempat duduk. Ia turut dirancang untuk eskport ke Thailand dan pasaran ASEAN lain.

Kia Carnival 2022 CKD Malaysia akan ke Thailand, eksport ASEAN akan menyusul 02

“Program CKD bagi MPV 11 tempat duduk ini telah dimulakan, secara amnya untuk eksport ke negara-negara ASEAN,” kata Dato’ Sri Ben Yeoh, pengerusi eksekutif Bermaz Auto. Dengan memanfaatkan ASEAN Free Trade Area (AFTA), beliau turut berkata eksport model ini dari Malaysia ke “secara amnya Thailand dan mana-mana negara ASEAN lain tidak kan ada sekatan dari segi jumlah, dan juga percukaian.”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Buat masa ini, Kia Carnival yang dijual di Thailand adalah unit import dari Korea.

Kia Carnival 2022 CKD Malaysia akan ke Thailand, eksport ASEAN akan menyusul 01

Setakat ini, sementara syarikat menyusun-atur program CKD ini untuk mematuhi 40% kandungan kos bagi tujuan eksport, varian 11 tempat duduk masih akan diimport dari Korea.

“Apabila kami dapat memenuhi permintaan dan pada masa sama meningkatkan kapasiti produksi kami, kami akan berhenti mengimport kenderaan ini, dan membekalkan (jumlah) sama dari kilang untuk eksport, dan juga pasaran domestik,” tambahnya lagi.

Juga baca: 2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond!

Kia Carnival 2022 CKD Malaysia akan ke Thailand, eksport ASEAN akan menyusul 02

Kapasiti produksi di kilang Inokom Kulim, Kedah adalah sebanyak 8,000 unit setahun.

Dato’ Sri Ben Yeoh turut memberithu yang Carnival 11 tempat duduk ini disasarkan untuk pembeli yang perlu membawa lebih ramai penumpang, atau untuk digunakan di dalam industri servis. Manakala, varian 7 dan 8 tempat duduk pula lebih sesuai untuk pelanggan yang mencari alternatif kepada model pesaing dari Jepun.

Juga baca: Kia: Pemasangan CKD di Malaysia kini 3x lagi mahal berbanding 10 tahun lalu, kos bahan naik & kereta lebih kompleks

Kia Carnival 2022 CKD Malaysia akan ke Thailand, eksport ASEAN akan menyusul 03

Kami sudah memandu-uji Carnival 11 tempat duduk dan kami memang puas hati. Varian-varian baharu dengan tiga baris tempat duduk ini mempunyai lebih banyak kelengkapan dalam satu pakej hebat, oleh itu ikuti kami sekarang untuk dapatkan rebiu penuh tidak lama lagi.

Kia Carnival (KA4) 2022 dijual di Malaysia pada harga berikut:

Juga baca: Rebiu: Lupakan Alphard & Vellfire ‘recon’ - Kia Carnival 2022 ialah MPV RM 200k terbaik di Malaysia!

Harga Kia Carnival 2022 di Malaysia
Varian Harga
11 tempat duduk RM 196,340.00
8 tempat duduk RM 231,428.80
8 tempat duduk High RM 247,228.80
7 tempat duduk High RM 261,228.80


Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda