window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul!

Haris · Jan 12, 2022 04:00 PM

Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul! 01

  • Harga disahkan pada RM 196,340
  • CBU dari Korea; Operasi CKD akan bermula hujung tahun ini
  • Waranti Pengeluar 5 tahun dan Penyelenggaraan Berjadual Percuma disertakan

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar baharu jenama Kia di Malaysia telah mempamerkan Kia Carnival 2022 serba baharu tahun lepas. Ketika itu, MPV 11-penumpang tersebut hanya dibuka untuk tempahan dengan harga anggaran. Kini, DMSB mengesahkan bahawa harga rasmi Kia Carnival adalah pada RM 196,340.

Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul! 02

Buat masa ini, Kia Carnival diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea. Di samping pengumuman harga tersebut, Dinamikjaya turut memberi tahu rancangan untuk memulakan pemasangan tempatan (CKD) akhir tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul! 01

Hanya satu varian Kia Carnival yang ditawarkan di Malaysia, MPV 11-penumpang serba baharu itu dikuasakan oleh enjin 2.2 liter turbodiesel yang dipertingkatkan dengan padanan transmisi automatik 8-kelajuan konvensional. Output kuasa pula dicatatkan sehingga 199 PS kuasa kuda dan 440 Nm tork.

Baca: Harga Kia Carnival 2022 didedah – RM 196k, CBU Korea, 1 varian. Buat apa ambil Alphard?

Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul! 02

Jika anda lihat penampilan baharu Kia Carnival ini lebih menyerupai SUV dan bukannya MPV, hal ini adalah kerana perekanya memang mengambil inspirasi daripada reka bentuk SUV. MPV ini juga turut menampilkan inspirasi fasia Harimau, di mana Kia menyifatkan reka bentuk itu sebagai sentuhan moden pada gril Tiger Nose yang merupakan tanda jenama itu.

Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul! 03

Di bahagian dalam, Kia Carnival 2022 menawarkan tempat duduk yang dibalut dengan kerusi coklat dan beberapa komponen turut diliputi kemasan kulit hitam untuk kontras yang seimbang, diletakkan dalam susun atur 2+3+3+3. Setiap baris mempunyai corong pendingin hawa individu bagi memastikan semua orang di dalam kereta berasa nyaman.

Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul! 04

Beberapa kemudahan yang turut ditawarkan pada Kia Carnival ialah A/C dwi-zon, pengecasan nirwayar, sambungan Bluetooth dengan sehingga 7 port USB untuk pengecasan. Kia Carnival juga menampilkan sistem infotainment skrin sesentuh LCD resolusi tinggi 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul! 05

Beberapa ciri penting MPV termasuk Pintu Gelangsar Kuasa Pintar, Pintu Belakang Kuasa Pintar dan Kunci Pintar dengan satu butang buka/tutup untuk pintu gelangsar belakang dan pintu belakang.

Baca: Kia Carnival, Sportage, Sorento & Niro baru akan masuk Malaysia sekali EV, CKD seawal April 2022

Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul! 06

Untuk ciri keselamatan, Kia Carnival datang dengan 7 beg udara, Electric Stability Control (ESC), dan Traction Control (TCS) untuk ciri keselamatan pasif, manakala sistem keselamatan aktif termasuk sistem seperti Blind-spot Collision Warning (BCW) dan Rear Cross-Traffic Avoidance Assist (RCCA).

Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul! 07

Dinamikjaya Motors turut menawarkan Waranti Pengeluar dan Penyelenggaraan Berjadual Percuma, kedua-duanya meliputi tempoh 5 tahun dan had perbatuan 100,000 km, yang mana datang dahulu.

Baca: Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya

Kia Carnival 2022 umum harga rasmi RM 196,340, projek CKD Malaysia menyusul! 08

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda