Kia telah mula memberi gambaran awal tentang rekaan terbaru Kia Grand Carnival generasi ke 4. Minivan yang terkenal dengan tempat duduk penumpang yang ramai ini mungkin akan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun 2020.
Kia Grand Carnival turut dikenali dengan nama Kia Sedona bergantung kepada tempat. Imej acah yang dipratontonkan menunjukkan rekaan gril ‘tiger nose’ Kia yang sinonim dengan model ini.
Dengan 2 juta unit terjual di seluruh dunia sejak generasi pertama, Kia Grand Carnival tampil dengan rekaan yang lebih garang, futuristik dengan sedikit gaya SUV. Pereka bentuk dari Kia turut menggelarkan Kia Grand Carnival sebagai ‘Grand Utility Vehicle’ disebabkan aspek praktikalitinya.
Rekaan terbaru ini diharapkan bakal menarik minat dari golongan keluarga muda moden yang memerlukan gaya, teknologi dan praktikaliti dalam sebuah kenderaan.
Kia Grand Karnival baru akan dijual di Korea pada suku ketiga 2020, diikuti dengan penjualan secara global selepas itu. Kia akan mengeluarkan imej acah lain dan lebih banyak maklumat mengenai Kia Grand Karnival generasi keempat tidak lama lagi.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater
Upgrade
Add your car
Komen