window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Carnival CBU 2022 laku keras, hampir habis dijual, model CKD akan dilancarkan di Malaysia Mei ini!

Zamil Syaheer · Mar 24, 2022 01:00 PM

Kia Carnival CBU 2022 laku keras, hampir habis dijual, model CKD akan dilancarkan di Malaysia Mei ini! 01

Dinamikjaya Motors, pengedar rasmi Kia di Malaysia dan anak syarikat Bermaz boleh tersenyum gembira kerana sebahagian besar peruntukan untuk Kia Carnival 11-tempat duduk yang diimport sepenuhnya dari Korea (CBU) hampir habis dijual.

Kia Carnival pemasangan tempatan (CKD) akan dilancarkan di Malaysia selepas Mei 2022, kata sumber yang mengetahui perkara itu.

Kia Carnival CBU 2022 laku keras, hampir habis dijual, model CKD akan dilancarkan di Malaysia Mei ini! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Semakan dengan pengedar menunjukkan bahawa kebanyakan peruntukan MPV tersebut yang dikatakan dalam julat pertengahan ratusan telah terjual dalam bulan pertama pelancarannya pada Januari 2022.

Kia Carnival CBU kini dijual pada harga RM 196,340. MPV 11-tempat duduk itu dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.2 liter yang menghasilkan 199 PS dan 440 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang memacu roda hadapan.

Baca juga: Kebaikan & Keburukan: Kia Carnival 2022 boleh menulis semula cerita Kia di Malaysia, tetapi...

Kia Carnival CBU 2022 laku keras, hampir habis dijual, model CKD akan dilancarkan di Malaysia Mei ini! 01

Ramai bakal pembeli juga telah meminta varian 8-tempat duduk tetapi sukar untuk mengatakan sama ada konfigurasi tempat duduk ini akan tersedia dalam model CKD. Ini kerana harga bagi varian 7 atau 8 tempat duduk pastinya jauh lebih tinggi daripada 11 tempat duduk - pelik tetapi benar.

Baca juga: Rebiu: Lupakan Alphard & Vellfire ‘recon’ - Kia Carnival 2022 ialah MPV RM 200k terbaik di Malaysia!

Kia Carnival CBU 2022 laku keras, hampir habis dijual, model CKD akan dilancarkan di Malaysia Mei ini! 02

Peraturan cukai Malaysia membenarkan kenderaan 11-tempat duduk diisytiharkan sebagai bas mini. Oleh sebab itu, ia  mempunyai kadar cukai yang lebih rendah daripada MPV 7 atau 8 tempat duduk biasa.

Inilah sebabnya mengapa Hyundai Staria 7-tempat duduk berharga hampir dua kali ganda (dari RM 358,888 hingga RM 368,888) berbanding Kia Carnival 11-tempat duduk, walaupun kedua-dua kereta diimport (CBU) dari Korea, dan dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.2 liter yang sama.

Kia Carnival CBU 2022 laku keras, hampir habis dijual, model CKD akan dilancarkan di Malaysia Mei ini! 03

Kia Carnival pemasangan tempatan (CKD) akan menjadi model pertama yang dikeluarkan oleh Kia Malaysia, usaha sama pembuatan oleh Kia Motors dan Bermaz Auto, dimana ia akan dipasang di kilang Inokom, Kulim.

Baca juga: Kia Carnival 2022, berapa jumlah bayaran bulanan kalau taknak angkat Toyota Alphard/Vellfire 'recon'?

@wapcar_zamil Boleh bawa family sambil layan K-pop! #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #belajaronline #kelastiktok #kia #kiacarnival #alphard #vellfire ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda