window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Carnival CKD bakal lebih mahal berbanding CBU, harga sekitar RM 235k hingga RM 260k!

Haris · Jun 16, 2022 07:00 PM

Kia Carnival CKD bakal lebih mahal berbanding CBU, harga sekitar RM 235k hingga RM 260k! 01

Kia Carnival CBU

Umum mengetahui bahawa Kia Carnival yang dijual di Malaysia ketika ini merupakan unit CBU dengan projek pemasangan CKD akan menyusul hujung tahun ini. Untuk itu, seorang pengedar kereta tempatan telah mendedahkan butiran awal Kia Carnival pemasangan tempatan (CKD) di halaman Facebook miliknya. Menurut hantaran tersebut, Kia Carnival CKD akan tersedia dalam tiga varian, dengan harga dianggarkan antara RM 235k hingga RM 260k.

Kia Carnival CKD bakal lebih mahal berbanding CBU, harga sekitar RM 235k hingga RM 260k! 02

Kia Carnival CBU

Hantaran yang sama juga ada menyebut bahawa Kia Carnival CKD akan ditawarkan dalam konfigurasi 7 dan 8 tempat duduk, berkemungkinan besar ditentukan berdasarkan varian yang dipilih.

Butiran lanjut dari segi spesifikasi masih belum diumumkan, namun hantaran tersebut menyebut bahawa Kia Carnival CKD akan dilengkapi dengan kluster instrumen digital, berbanding kluster analog dalam Kia Carnival yang diimport sepenuhnya (CBU).

Baca: Rebiu: Lupakan Alphard & Vellfire ‘recon’ - Kia Carnival 2022 ialah MPV RM 200k terbaik di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kia Carnival CKD bakal lebih mahal berbanding CBU, harga sekitar RM 235k hingga RM 260k! 01

Kia Carnival CBU

Bagi rangkaian kuasa pula, Kia Carnival CKD berkemungkinan akan dikuasakan oleh enjin 2.2 liter turbodiesel yang sama (202 PS/441 Nm) dengan padanan transmisi automatik 8-kelajuan - sama seperti Kia Carnival CBU. Alternatifnya ialah enjin V6 3.5 liter aspirasi semula jadi petrol namun ini adalah negara yang kurang mendambakan sesaran dan silinder yang banyak.

Mengapa Kia Carnival CKD lebih mahal berbanding CBU?

Kia Carnival CKD bakal lebih mahal berbanding CBU, harga sekitar RM 235k hingga RM 260k! 02

Kia Carnival CBU

Sebagai rujukan, Kia Carnival CBU 11-penumpang berharga RM 196,340 (OTR dengan 50% SST). Ini berikutan peraturan cukai Malaysia yang membenarkan kenderaan 11-penumpang diisytiharkan sebagai kenderaan komersial, yang mempunyai kadar cukai yang lebih rendah daripada MPV 7 atau 8-penumpang biasa.

Ini juga menjelaskan perbezaan harga yang ketara antara Hyundai Staria (harga dari RM 358,888 hingga RM 368,888) dengan Kia Carnival 11-penumpang, walaupun kedua-duanya diimport dari Korea dengan enjin 2.2 liter turbodiesel yang sama.

Baca: 11 tempat duduk meriah sangat? Kia Carnival 7 tempat duduk CKD boleh dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 

Kia Carnival CKD bakal lebih mahal berbanding CBU, harga sekitar RM 235k hingga RM 260k! 03

Kia Carnival CBU

Buat masa ini, kita perlu menunggu sehingga pengumuman rasmi untuk harga yang disahkan dan spesifikasi terperinci. Nantikan lebih lanjut.

Baca: Kia Carnival CBU 2022 laku keras, hampir habis dijual, model CKD akan dilancarkan di Malaysia Mei ini!

@wapcar_zamil Boleh bawa family sambil layan K-pop! #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #belajaronline #kelastiktok #kia #kiacarnival #alphard #vellfire ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda