window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k!

Haris · Apr 23, 2021 08:00 AM

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k! 01

Apabila memlilh sedan segmen C, rakyat Malaysia tidak akan terfikir untuk memiliki sedan selain Toyota Corolla Altis atau Honda Civic. Namun jika anda menggemari sesuatu yang berbeza, Kia Cerato generasi ketiga (siri BD) masih menunggu pembeli di Naza Automall PJ, dengan harga dari RM 129,888.

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k! 02

Diimport sepenuhnya dari Korea (CBU), Kia Cerato ini adalah sedan segmen C yang selalu dilupakan. Nasibnya tidak begitu memberangsangkan berbanding rakan senegara Hyundai Elantra yang masih dikemaskini untuk bersaing dengan Civic-Corolla.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k! 01

Varian GT (RM 149k)

Varian yang dipertontonkan adalah varian 1.6 SX, model terakhir untuk jualan. Di samping varian ini adalah varian lebih atas iaitu 1.6 GT dengan enjin bercaj turbo tetapi varian ini sudah menemui pembeli.

Spesifikasi Kia Cerato

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k! 02

Kia Cerato generasi BD ini masih sedan yang mantap, cuma pada hemat kami ia kekurangan kelengkapan terkini. Misalnya, lampu hadapan masih halogen, bukan isu besar tetapi boleh jadi isu untuk tukang komen di Facebook.

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k! 03

Selain itu, ia mengenakan rim 17-inci dengan rekaan kelopak. Bahagian antena pula menggunakan rekaan antena sirip yu.

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k! 04

Oleh kerana ini adalah model Kia Cerato pra-facelift, ia masih memakai rekaan lampu belakang yang lama dan reka bentuk bumper belakang yang lebih ringkas.

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k! 05

Pada bahagian dalam, ia masih mengekalkan rekaan dalaman yang sinonim dengan Kia. Skrin infotainment jenis terapung, roda stereng multi-fungsi dan meter analog dengan MID (Multi Information Display).

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k! 06

Keselesaan boleh didapati dengan tempat duduk kemasan kulit, tempat duduk pemandu kuasa boleh laras, tempat duduk belakang dengan nisbah lipatan 60:40 dan sistem infotainment skrin sentuh 8-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k! 07

Tujahan berasal dari enjin empat silinder 1.6 liter NA: kuasa dinilai pada 128 PS @ 6,300 rpm, dan tork 155 Nm @ 4,850 rpm. Ia mempunyai kotak gear automatik 6-kelajuan yang menghantar kuasa ke roda depan.

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k! 08

Dari segi keselamatan, Kia Cerato mendapat rangkaian asas kawalan kestabilan elektronik (ESC), bantuan permulaan bukit (HSA), sistem brek anti-kunci (ABS), dan 6 beg udara.

Kia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k! 09

Kia Cerato disokong oleh jaminan 5 tahun / 150,000 km. Bagaimanapun, pengedaran jenama Kia telah dipindahkan ke Dinamikjaya Bermaz dan tidak dapat dipastikan apakah mereka akan memenuhi jaminan tersebut, kerana kereta ini tidak dijual oleh mereka.

Bacaan Lanjut:

Tiada jalan mudah betulkan servis selepas-jualan Kia di Malaysia, walau dengan Bermaz

Bermaz: Kia Seltos, Carnival CKD tangguh sehingga 2022. Servis selepas-jualan lebih penting

Kia diselamatkan Bermaz, Kia Seltos dan Kia Carnival versi CKD bakal menyusul!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Kia Cerato 1.6 SX

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda