window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli?

Faisal · Jan 29, 2022 12:00 PM

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 01

Seperti yang anda dapat lihat, Kia Cerato merupakan alternatif yang jauh lebih menawan berbanding sedan segmen C yang ditawarkan oleh jenama Honda, Toyota mahupun Nissan.

Walaupun baru tiga generasi (sekiranya termasuk Kia Forte), Cerato adalah antara model yang betul-betul mementingkan reka bentuk, ciri yang premium dan keselamatan yang rapi. Malah dengan pakej yang lebih lengkap, ia telah berjaya mencuri hati pembeli dari jenama-jenama lain.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi dengan membeli kereta Korea berbanding Jepun, kadar kesusutan harga yang pengguna perlu hadapi juga lebih tinggi. Namun kalau dilihat dari sudut yang berbeza, membeli kereta yang cepat susut nilai adalah sesuatu yang sangat berbaloi.

Sewaktu dilancarkan, Kia Cerato 1.6 dan 2.0 masing-masing ditawarkan pada harga RM 99,888 dan RM 118,888. Hari ini, unit yang berusia 5 tahun sudah boleh dimiliki dengan harga sekitar RM 50k sahaja.

Penawaran Kia Cerato di Malaysia

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 01

Sesetengah pasaran memanggil Cerato sebagai K3 ataupun Forte. Model ini dilancarkan ke Malaysia pada tahun 2013.

Juga bacaLegenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari?

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 02

Standard pada semua varian adalah ciri seperti 6 beg udara, kawalan kestabilan, kawalan cengkaman, ABS, Brake Assist, keyless entry & start, penyaman udara dwi-zon, kawalan pelayaran, larasan elektronik untuk tempat duduk pemandu dan pengesan halangan parkir depan dan belakang.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 03

Cerato 1.6 dikuasakan oleh enjin 1.6L MPI Gamma yang menghasilkan 130 PS dan 157 Nm tork. Cerato 2.0 2.0L MPI Nu pula menghembuskan 161 PS dan 194 Nm tork. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 04

Selain lebih kuasa, Cerato 2.0 hadir dengan lampu HID, bumbung suria, kluster instrumen supervision (Dot Matrix LCD pada 1.6), penyejuk tempat duduk pemandu serta spoiler belakang.

Pada tahun 2014, varian permulaan Cerato KX diperkenalkan pada harga RM 90k. Varian ini RM 10k lebih murah daripada Cerato 1.6.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 05

Disebabkan harganya lebih rendah, varian KX ini tiada ciri kawalan kestabilan dan cengkaman. Bilangan beg udara pula dikurangkan daripada 6 kepada 2.

Apapun, Cerato KX lengkap dengan infotainment 8 inci yang mana ia tiada pada model tahun 2013.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 06

Cerato facelift pula dilancarkan ke tanah air pada tahun 2016. Ia diperbaharui dengan kluster instrumen moden dan beberapa perubahan trim. Varian teratas 2.0 pula dipertingkatkan dengan pemanas dan penyejuk tempat duduk depan (sebelum ini hanya pemandu) tetapi larasan automatik untuk lampu depan digugurkan.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 07

Secara amnya, jualan Cerato YD diteruskan sehingga tahun 2020 iaitu sewaktu bekas pengedar, Naza Kia Malaysia hendak mengundurkan diri.

Juga bacaTiada jalan mudah betulkan servis selepas-jualan Kia di Malaysia, walau dengan Bermaz

Kenapa anda patut beli Kia Cerato YD?

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 08

Jentera ini mempunyai ciri keselamatan yang lengkap, rupa yang kacak, dan perhalusan yang cukup baik. Kalau anda ingat lagi Kia Forte, Cerato YD ini jauh lebih bagus.

Selain beberapa isu yang bakal kami rungkaikan, jangka hayat Cerato YD juga cukup bagus (sama seperti kereta Korea moden yang lain). Walaupun selepas 150,000 km, enjin dan transmisinya masih dapat berfungsi dengan begitu baik.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 09

Begitu juga dengan suspensi dan komponen casis yang mana ia tiada masalah dalam mengendalikan permukaan jalan raya Malaysia. Alat gantinya juga tidak terlampau mahal.

Harga pasaran Kia Cerato YD?

Untuk model tahun 2013 – 2016, Cerato YD kini berharga sekitar RM 34k untuk varian 1.6. Varian 2.0 pula dalam lingkungan RM 45k.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 10

Untuk model facelift tahun 2017 – 2020 pula, varian 1.6 kini lebih kurang RM 45k. Untuk varian 2.0, ia boleh dibeli sekitar RM 75k.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 11

Apapun, cuba dapatkan sejarah penyelenggaraan yang penuh. Lagi satu, pilih unit yang telah diselia oleh bengkel yang bertauliah.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 12

Kia Forte dalam Carsome.

Buat masa sekarang, Kia Cerato YD dalam Carsome sendiri ada 2 unit.

Bagi anda yang belum tahu, semua kereta dalam Carsome Certified datang dengan ‘Carsome Promise’. Ia merangkumi pemeriksaan 175-titik dan pemulihan kereta secara profesional, semua pada satu harga yang lengkap.

Sekiranya pemilik kurang berpuas hati, tawaran ini turut merangkumi jaminan pulangan wang dalam masa 5 hari dan waranti 1 tahun.

Varian mana yang patut anda beli?

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 13

Kedua-dua varian dilengkapkan dengan ciri yang hampir serupa. Perbezaan paling ketara adalah dari segi kos penjagaan.

Kos asas buat Kia Cerato YD
Varian 1.6 2.0
Roadtax (RM) 90 380
Saiz tayar 215/45 R17
Tayar/biji (RM) 240 - 300
Bateri (DIN 55L) 250 - 330

Varian 1.6 sememangnya kurang berkuasa tetapi ia lebih menjimatkan minyak. Kapasiti yang lebih kecil juga bermakna harga roadtax yang lebih murah.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 14

Varian 2.0 pula lebih sesuai untuk pembeli yang selalu berjalan jauh.

Penyelenggaraan umum dan isu yang kerap berlaku pada Kia Cerato YD

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 15

Membela Cerato YD sebenarnya lebih kurang sama sahaja dengan sedan segmen C yang lain, kecuali bab selang servis.

Misalnya, Honda mencadangkan agar penukaran minyak transmisi dibuat untuk setiap 60k km. Selepas itu setiap 40k km. Kia pula mencadangkan setiap 40k km dari awal.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 16

Untuk Honda Civic generasi FB, penukaran minyak breknya disarankan untuk setiap 60k km. Cerato pula setiap 40k km.

Begitu juga dengan penukaran cecair penyejuk dimana Kia mencadangkan selang 40k km, manakala Honda hanya pada setiap 100k km.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 17

Berikut adalah penjagaan asas dan selang jadual penyelenggaraan untuk Cerato YD:

Kos penyelenggaraan Kia Cerato YD
Penyelenggaraan / Selang Barang Kos (RM)
Penukaran minyak / 10k km Minyak pelincir, penapis dan sisa pembasuh plug 300
Penapis udara / 20k km Penapis udara enjin 60
Penapis kabin / 20k km Penapis hama & habuk 60
Servis brek / 40k km Minyak brek 100
Servis transmisi / 40k km Minyak & penapis ATF 280
Penggantian penyejuk / 40k km Coolant 150
Servis brek / 40k km Minyak brek 80
Servis spark plug / 40k km Ganti spark plug (set) 100

Dari segi isu dan masalah pula, ia tidaklah seberat kereta kontinental.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 18

Bagi anda yang belum tahu, model Kia dan Hyundai yang dilengkapkan dengan sistem stereng EPS cenderung untuk ada isu bunyi ataupun tiada respon ketika mengemudi.

Perkara ini sebenarnya berpunca daripada bushing steering coupling yang sudah haus. Secara teknikal, ia adalah gear plastik yang bersentuhan dengan gear besi dalam lajur stereng. Satu lembut, satu lebih keras. Sudah tentu yang plastik akan haus lebih cepat.

Penggantian komponen ini tidaklah mahal (kurang daripada RM 50) tetapi upah untuk menukar dan menala stereng (jika perlu) memakan kos yang sedikit tinggi.

Isu umum pada Kia Cerato YD
Komponen Tanda-tanda Kos
(RM)
Bushing steering coupling Bunyi ketukan & 'yek yek', stereng tiada respon 250 (Tulen)
Spring arah stereng Bunyi geseran, lampu enjin menyala, lampu ABS menyala, suis lampu / pengelap cermin tidak berfungsi 450 (Tulen)
Suis brek Lampu brek menyala, lampu tidak berfungsi 100 (Tulen)
Gear cermin sisi / actuator Ciri lipatan tidak berfungsi 150 (Gear), 300 (Actuator) 
Absorber depan  Bunyi / suspensi kurang selesa 700 (Tulen)
Absorber belakang Bunyi / pemanduan terasa melantun-lantun 600 (Tulen)

Konklusi

Kereta Korea selalu disalah anggap sebagai kenderaan yang bermasalah, kos penjagaan yang tinggi dan mahal untuk dibaiki.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 19

Walaupun selang penggantiannya memang lebih pendek daripada kereta Jepun, penawaran harga yang lebih mampu milik sudah cukup untuk menampung kos tersebut.

Dengan kadar susut harga yang lebih tinggi, ia sememangnya berita yang bagus buat mereka yang hendak membelinya secara terpakai. Kiranya, mereka akan dapat sebuah sedan segmen C yang sarat dengan ciri keselamatan dan kelengkapan yang pelbagai tetapi pada harga sebuah Perodua Myvi baru.

Kia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli? 20

Untuk pemilikan yang menenangkan, hantar Kia Cerato YD anda ke GoCar Garage. Ia dioperasikan oleh kumpulan Tan Chong dan berpusat di Petaling Jaya. Untuk makluman anda, GoCar Garage menawarkan perkhidmatan sebagus pengeluar sendiri tetapi ia terbuka untuk semua jenama dan model.

  • 2014 Kia CERATO YD 2.0

    RM 45,800
    RM 481
    /bulan

    89,825 km

    9.5 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Kia CERATO YD 1.6

    RM 55,900
    RM 613
    /bulan

    56,293 km

    7.5 years

    Petaling Jaya

  • 2015 Kia CERATO YD 1.6

    RM 42,900
    RM 511
    /bulan

    61,080 km

    8.5 years

    Kuala Lumpur

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Kia Cerato 1.6 SX

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda