window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap

Mersita · Jun 24, 2022 08:00 PM

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 01

  • Kia EV6 dijual pada harga RM 300,688 (dengan SST), penghantaran bermula Q3 2022
  • Diimport (CBU) dari Korea, laporan terdahulu tentang stok awal habis terjual tidak benar
  • AWD, 325 PS, 700 Nm, jarak perjalanan 506 km

Dinamikjaya Motors sudah menerima tempahan bagi kereta elektrik tulen, Kia EV6. Hanya satu varian disediakan iaitu GT-Line AWD, diimport sepenuhnya dari Korea, dijual pada harga bermula dari RM 300,688 dengan SST.

Dinamikjaya tidak menyatakan harga EV6 tanpa SST, namun pembeli yang membuat tempahan sebelum 30 Jun dijamin akan menikmati harga yang rendah sedikit.

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai info, Hyundai Ioniq 5 Max yang bersaiz lebih kurang sama namun dengan janaan kuasa lebih rendah (305 PS, AWS, 430 km, dengan kapasiti bateri 72.6 kWh) berkongsi platform E-GMP yang sama dengan Kia EV6 – dijual pada harga RM 259,888.

Penghantaran Kia EV6 dimaklumkan akan bermula pada suku ketiga 2022. Oleh yang demikian, harganya mungkin akan diumumkan dalam masa beberapa minggu dari sekarang.

Kia EV6 didatangkan dengan lima kemasan warna iaitu Moonscape, Snow White Pearl, Aurora Black Pearl, Runway Red, dan Yacht Blue.

Varian GT-Line AWD yang ditawarkan secara teknikalnya diposisikan di tengah-tengah hierarki model Kia EV6. Tapi, memandangkan varian tertingginya iaitu GT 580 PS belum lagi diumumkan, model GT-Line AWD buat masa ini ialah spesifikasi tertinggi yang ditawarkan jenama Korea itu.

Model GT-Line didatangkan dengan rim lebih besar bersaiz 20 inci, sunroof, dan sistem bunyi Meridian dengan 14 speaker. Kereta yang ditunjukkan dalam gambar-gambar ini tiada sunroof kerana ia adalah unit homologasi. Kereta yang akan dihantar kepada pelanggan akan disertakan perincian ini.

Prestasi pemanduan Kia EV6

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 01

Bateri 77.4 kWh bervoltan tingginya dengan penyejukan berasas air mempunyai 4.8 kWh kuasa lebih tinggi berbanding Hyundai Ioniq 5, menghamburkan 325 PS (239 kW) bagi menggerakkan keempat-empat roda. Ia boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat, dan dengan kelajuan puncak setinggi 185 km/j.

Sebahagian besarnya, pemanduan EV ini menggunakan roda belakang; motor gandar hadapannya pula diaktivasi hanya bila diperlukan.

Jika dipandu secara biasa, secara teorinya ia boleh menempuh jarak perjalanan sejauh 506 km dengan satu cas penuh menurut kitaran WLTP. Penggunaan tenaganya dikatakan berada pada tahap 17.2 kWh/100 km.

Waranti bateri dan kenderaan untuk Kia EV6

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 02

Kia menawarkan waranti 5 tahun/150,000 km untuk baterinya. Bagaimanapun, Dinamikjaya Motors sedang menawarkan perlindungan tambahan 2 tahun; menjadikan jaminan keseluruhannya kepada 7 tahun/150,000 km, mana-mana yang sampai dahulu.

Manakala keseluruhan kereta ini pula dilindungi waranti 5 tahun/150,000 km.

Penyelenggaraan dan servis untuk Kia EV6

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 03

Tayar Continental Premium Contact 6 dibangunkan khusus untuk berat dan output EV6

Buat masa ini, Dinamikjaya Motors menyediakan 3 pusat servis yang boleh menyelenggara EV iaitu di Glenmarie, Pulau Pinang, dan Johor Bahru. Jumlah pusat servis yang berkemampuan untuk menyenggara EV akan ditambah lagi seiring dengan jumlah jualan.

Tambahan lagi, pengedar-pengedar Kia yang lain akan masih menerima permintaan bantuan tepi jalan 24 jam.

Pengecasan Kia EV6

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 04

Sama seperti kebanyakan bateri EV masa kini, pengecasan AC menggunakan soket Type 2 manakala pengecas pantas DC pula menggunakan CCS2.

Kabel 3-pin untuk Type 2 juga disertakan sekali dengan kereta ini, tapi kaedah pengecasan konvensional yang menggunakan soket kuasa 3 pin domestik ini hanyalah untuk kegunaan semasa kecemasan kerana masa mengecasnya teramatlah perlahan (32 jam, 45 minit dengan soket 230V / 12A untuk cas dari 10 ke 100 peratus).

Apabila dicas dengan ‘wallbox’ khusus (AC) 11 kW, ia hanya perlukan masa 7 jam dan 20 minit untuk dicas dari 10 ke 100 peratus – dan untuk ini pengecasan semalaman adalah disarankan.

Dinamikjaya tidak memasukkan sekali pengecas ‘wallbox’ dalam harga EV ini, namun pengedar akan membantu pelanggan dengan memberi saranan mengikut jenis pengecas yang sesuai untuk jenis kediaman masing-masing.

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 05

Salah satu aspek paling mengagumkan tentang Kia EV6 ialah senibina elektrikal 400 V/800 V-nya. Tetapan dwi-mode ini menyokong pengecasan pantas DC sehingga 350 kW yang membolehkannya dicas dari 10 ke 80 peratus dalam masa hanya 18 minit. Tapi, ini masih bergantung kepada ketersediaan fasiliti pengecas berkuasa tinggi di kawasan masing-masing.

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 06

Kebanyakan pengecas pantas jenis DC hanya akan menyediakan kuasa sekitar 100 kW, yang kemudiannya akan dibahagi kepada dua untuk dua port yang ada. Oleh itu, apabila Kia EV6 disambung kepada pengecas pantas DC 50 kW yang biasa, ia akan mengambil masa kira-kira 73 minit untuk dicas dari 10 ke 80 peratus.

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 07

Masa mengecas pastinya akan jauh lebih pendek jika ia disambungkan kepada pengecas 100 kW ke atas (kira-kira 45 minit untuk sampai 80 peratus). High Performance Charging disediakan Shell Recharge di sepanjang Lebuh Raya PLUS, misalnya, ialah jenis 180 kW. Tapi, perlu diingatkan yang setiap pengecas pantas DC boleh disambungkan kepada dua buah kenderaan pada satu-satu masa. Jika ada kereta lain yang berkongsi pengecas sama, janaannya turun kepada 90 kW bagi setiap port. Namun, buat masa sekarang, pengecas-pengecas ini ditetapkan kepada hanya satu kereta bagi prestasi maksima walaupun ada risiko pengguna terpaksa beratur lebih lama.

Teknologi keselamatan Kia EV6

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 08

Kia EV6 dilengkapi dengan semua fungsi keselamatan aktif dan pasif yang ada. EV ini dilengkapi 7 beg udara, fungsi hill-start assist, berserta set lengkap ADAS termasuk:

  • High Beam Assist
  • Blind spot monitor with collision avoidance assist
  • Blind spot view monitor
  • Rear-Cross Traffic Alert with collision avoidance assist
  • Lane Leeping Assist
  • Forward Collision-avoidance Assist
  • Adaptive cruise control with Lane Following Assist
  • Kamera parkir 360 darjah
  • Remote smart parking assist, dimana keyfob anda juga boleh berfungsi sebagai alat kawalan jauh untuk menggerakkan kereta keluar/masuk ruang letak kereta yang sempit.

Ia juga dilengkapi fungsi tambahan yang mengelakkan pintu belakang daripada dibuka jika ada kenderaan yang menghampiri dari belakang digelar Safe Exit Assistance, dan juga peringatan penumpang belakang dipanggil Rear Occupant Alert supaya anda tidak tertinggal bayi anda di tempat duduk belakang.

Kemudahan dan perincian keselesaan Kia EV6

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 09

Selain daripada sunroof dan sistem bunyi Meridian 14 speaker (juga boleh memainkan bunyi kereta buatan supaya EV ini tidak terlalu senyap) yang dinyatakan di atas, Kia EV6 juga dilengkapi dengan pengecas tanpa wayar untuk telefon pintar, penghawa dingin automatik dwi-zon berserta salur hawa untuk penumpang di belakang, soket 12V dan USB-C juga ada di bahagian depan dan belakang.

Tempat duduknya dikemasi sarung separa suede dan kulit sintetik. Skrin sentuh infotainmennya bersaiz 12.3 inci dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto.

Bagaimanapun, satu perincian yang tiada bagi unit dijual di Malaysia ialah Head-up Display (HUD) 'augmented reality'.

Sama seperti Hyundai Ioniq 5, Kia EV6 mempunyai perincian V2L (vehicle-to-load) yang membolehkan pengguna menyambungkan peranti elektrikal dengan kereta – menguasakannya menggunakan bateri bervoltan tinggi kereta ini. Dengan kemudahan ini, anda boleh pasang cerek elektrik, lampu khemah, TV, dan macam-macam lagi hanya dengan kuasa bateri kereta.

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 10

Bagi menggunakan V2L, pengguna perlu memasang adapter ke dalam port pengecasnya. Adapter ini boleh dibeli secara berasingan namun ia didatangkan sekali dengan semua EV6 yang dijual oleh Dinamikjaya Motors.

Di dalam kereta ini juga ada 3-pin plug untuk anda sambung ‘charger’ komputer riba.

Saiz dan kapasiti ruang Kia EV6

Sekilas pandang, rupa bentuknya tidak begitu menggambarkan saiz sebenarnya. Saiz Kia EV6 sebenarnya adalah lebih kurang sama dengan SUV bersaiz sederhana dan bukannya sekecil hatchback.

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 11

Ruang butnya mempunyai kapasiti 520 liter; lebih dari cukup untuk keluarga 5 ahli. Tempat duduk belakangnya juga boleh dilipat 60:40 jika perlukan ruang lebih besar. Memandangkan kereta ini tiada enjin, ia juga mempunyai ruang simpanan 20 liter di bahagian hadapan kereta.

Kia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap 12

Kia EV6 berukuran 4,695 mm panjang, 1,890 mm lebar, dan 1,550 mm tinggi. Saiz ini lebih besar daripada Honda CR-V! Jarak rodanya iaitu 2,900 mm adalah lebih panjang daripada Accord! Namun, jarak lega buminya hanyalah 160 mm, lebih rendah walau dibandingkan dengan Honda HR-V – sebahagiannya disebabkan oleh baterinya yang berat dan tebal dipasang di bawah kereta.

Sama seperti EV berbateri yang lain, kereta ini memang berat – cecah 2,105 kg pada skala! Beratnya lebih 2 tan tapi motornya menjana kuasa 325 PS, oleh itu pengguna mungkin perlu beri lebih perhatian dan jagaan pada tayar dan tekanan angin dibantu dengan sistem pemantau tekanan tayar (TPMS) yang didatangkan sekali sebagai standard.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia EV6 GT-Line AWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia