window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Forte 2022 tapau Toyota Corolla dalam penilaian kualiti J.D Power di AS, EV pula paling 'manja'

Faisal · Jul 9, 2022 10:00 AM

Kia Forte 2022 tapau Toyota Corolla dalam penilaian kualiti J.D Power di AS, EV pula paling 'manja' 01

Selama empat tahun berturut-turut, Kia Forte telah diiktiraf sebagai sedan kompak pallng berkualiti di Amerika Syarikat, malah ia lebih hebat daripada Toyota.

Dalam U.S. initial Quality Study (IQS) untuk J.D Power 2022 pula, Kia Forte sekali lagi mengungguli carta Compact Car. Di tempat kedua pula adalah Toyota Corolla, diikuti dengan Nissan Sentra.

Kia Forte 2022 tapau Toyota Corolla dalam penilaian kualiti J.D Power di AS, EV pula paling 'manja' 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, Honda Civic tidak ada dalam carta tahun ini kerana ia telahpun dijual kira-kira setahun yang lalu. Dengan isu alat ganti yang tak cukup dan tempoh menunggu yang lama, bilangan Honda Civic 2022 yang ada di atas jalan sebenarnya tidak cukup untuk J.D Power membuat uji kaji dan memenuhi kriteria penilaian tempoh pemilikan yang singkat.

Secara amnya, tinjauan ini dibuat antara bulan Februari hingga Mei 2022.

Menariknya, J.D Power turut memberitahu bahawa jenama kereta biasa mempunyai kualiti yang lebih baik daripada jenama premium. Untuk setiap 100 kereta, kereta biasa mencapai skor purata serendah 175 masalah. Jenama premium pula merekodkan sehingga 196 masalah untuk setiap 100 kereta.

Kia Forte 2022 tapau Toyota Corolla dalam penilaian kualiti J.D Power di AS, EV pula paling 'manja' 01

Dalam banyak-banyak kereta, yang paling banyak dirungut oleh pemilik adalah EV (240 masalah/100 kereta). Jenama EV Tesla dan Polestar pula menduduki tangga terbawah iaitu 226 – 328 masalah/100 kereta.

Apapun, maksud rungut oleh J.D Power ini tidak semestinya isu mekanikal atau kerosakan peranti. Ia sebenarnya termasuk rungutan subjektif seperti bilangan USB yang tidak cukup, pemegang minuman yang terlalu kecil, skrin sesentuh yang sukar untuk diguna dan bermacam-macam lagi. Untuk pengetahuan anda, ini adalah isu reka bentuk, bukannya kualiti semata-mata.

Bagi anda yang belum tahu, Kia Forte kali terakhir dijual di Malaysia adalah sekitar tahun 2018, iaitu sebagai Kia Cerato.

Kia Forte 2022 tapau Toyota Corolla dalam penilaian kualiti J.D Power di AS, EV pula paling 'manja' 02

Walaupun terkenal sebagai kereta tiada harga dan jangka hayat yang tidak sehebat Toyota Corolla Altis, Kia Cerato terpakai sebenarnya antara sedan segmen C yang paling berbaloi dan paling tahan yang boleh anda beli.

Apa jual masalah yang ada, kosnya tidak akan mencecah ribuan Ringgit.

Juga bacaKia Cerato YD terpakai – dari RM 50k, setahan Corolla, kelengkapan lagi hebat, baloi tak beli?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Kia Cerato 1.6 SX

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda